TESTIMONI 1
Pengajaran pensyarah sepanjang kursus ini juga memberikan impak yang besar kepada saya. Gaya pengajaran beliau yang santai dan menarik telah berjaya menarik perhatian kami untuk belajar dengan lebih bersemangat. Aktiviti kelas seperti debat mengenai pancaindera kawan [lawan] akal antara Empirikisme [empirisisme] dan Rasionalisme sangat menyeronokkan dan membina. Debat tersebut mengajar saya cara untuk mengemukakan hujah dengan lebih jelas dan terstruktur, serta mendengar dan menghormati pandangan orang lain. Untuk cadangan penambahbaikan, saya lebih suka aktiviti yang melibatkan interaksi antara para pelajar kerana dengan ini kami boleh berkenalan serta belajar daripada satu sama lain.
Secara keseluruhan, kursus ini telah membawa perubahan besar dalam cara saya berfikir dan bertindak. Saya kini lebih berhati-hati dalam membuat keputusan dan lebih terbuka dalam melihat dunia dan kehidupan. Saya belajar bahawa banyak perkara yang kita lakukan dan fikirkan sebenarnya dipengaruhi oleh persekitaran sekitar kita, baik dari segi perbuatan mahupun pemikiran. Kursus ini juga mengajar saya bahawa untuk menjadi seorang individu yang lebih baik, kita perlu sentiasa terbuka terhadap idea dan pandangan baru, serta berusaha untuk memahami dan menghargai perspektif orang lain.
Secara keseluruhan, kursus ini bukan sahaja memperkaya pengetahuan saya tentang falsafah, tetapi juga memberi impak besar terhadap perkembangan peribadi saya. Akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr Akmaliza sebab telah mengajar kami sepanjang kursus ini. Dr telah membuatkan kursus falsafah ini menarik dari segi cara Dr mengajar dan cara Dr melayan kami walaupun banyak perangai yang Dr jumpa semasa Dr mengajar dalam section kami ini. Saya ingin Dr tahu yang Dr ada mengubah sedikit sebanyak adab dan cara anak-anak murid Dr berfikir ke arah yang baik. Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr. Jangan lupakan kami Dr hehe. Saya harap Dr akan sentiasa membuat perubahan ini dalam diri pelajar. Saya juga berharap Dr sentiasa sihat, kerana tempoh hari Dr tidak sihat selama beberapa minggu. Jangan lupa jaga kesihatan diri lagi-lagi sekarang musim panas dan hujan yang tidak menentu. Saya juga mahu minta maaf sekiranya ada perbuatan dari kami yang ada membuatkan Dr kurang berkenan ataupun sakit hati dengan kami. Itu sahaja daripada saya, Franklyn. Terima kasih Dr.
TESTIMONI 2
Gaya pengajaran pensyarah juga amat dihargai. Dr. Akmaliza Abdullah mewujudkan suasana kelas yang terbuka dan mendorong pelajar untuk berfikir dan menyuarakan pandangan tanpa rasa takut. Aktiviti seperti forum-forum dalam pautan pembelajaran secara dalam talian, perbincangan secara berkumpulan dan analisis kes sebenar membantu saya memahami aplikasi falsafah dalam dunia sebenar. Akhir kata, kursus ini bukan hanya mencorak pemikiran saya, tetapi memberi peluang saya untuk berfikir dan melihat isu kini. Saya sekarang lebih peka terhadap nilai dan prinsip yang berdasarkan tindakan, serta lebih berhati-hati dalam membuat penilaian moral. Nilai seperti integriti, tanggungjawab dan kejujuran mengutamakan dalam kehidupan saya. Kursus ini telah membuka mata saya untuk menjadi bukan sahaja pelajar yang cemerlang dalam akademik, tetapi juga seorang individu yang bertanggungjawab dan berprinsip dalam kehidupan. Sekian terima kasih kepada Dr. Akmaliza Abdullah atas kursus ini. Semoga segala yang dipelajari terus menjadi panduan dalam kehidupan saya.