Iktibar Syair Siti Siyanah dalam Pemerkasaan Akal Budi Wanita Melayu

Artikel ini akan dibentangkan di Muslimah International Summit Kelantan (MISK 2019).

ABSTRAK

Raja Ali Haji, tokoh intelektual Melayu kurun ke-19 Masehi telah mengemukakan suatu pemikiran bagi mengangkat peribadi contoh wanita Melayu menerusi karya puisi beliau berjudul Syair Siti Siyanah Sahibah al-Futuwwah wa al-Amanah. Syair tersebut adalah ungkapan puisi berupa alegori yang menonjolkan dua watak utama wanita iaitu Siti Siyanah dan Siti Diyanah bagi  memperlihatkan gabungan nilai-nilai ilmu dan budi pekerti yang berteraskan kepada pandangan semesta Islam yang perlu dimiliki oleh golongan wanita. Pendekatan analisis konten digunapakai untuk meneliti  keseluruhan bait syair ini bagi memberikan gambaran kepada  kepentingan ilmu pengetahuan dalam kalangan wanita, di samping pernyataan aspek suruhan dan larangan yang menjadi panduan dalam membina keperibadian yang tinggi. Ia boleh diandaikan sebagai usaha ilmiah Raja Ali Haji dalam mengutarakan idea pemerkasaan akal budi wanita Melayu yang bertunjangkan kepada lima elemen utama yang membentuk kerangka akhlak iaitu agama, ilmu, akal, bahasa dan malu.

Kata kunci: Syair Siti Siyanah, Raja Ali Haji, akal budi Melayu, pemikiran Melayu, wanita Melayu

*Klik link ini untuk artikel penuh https://www.researchgate.net/publication/334131061_IKTIBAR_SYAIR_SITI_SIYANAH_DALAM_PEMERKASAAN_AKAL_BUDI_WANITA_MELAYU_ULAMA%27_MALAYSIA

Online Sources: Lisaan.net

Lisaan.net adalah web site   Classical Arabic Linguistic Reference untuk rujukan mengenai peristilahan kosa kata Bahasa Arab. Menariknya ia memuatkan pelbagai kamus dan leksikon Bahasa Arab dari seawal bermulanya pengumpulan ilmu bahasa dan linguistik pada kurun pertama Hijrah hingga kini.

http://lisaan.net/

CABARAN PENERAPAN ELEMEN KHIDMAT KOMUNITI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TITAS DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Abstrak

Kertas kerja ini bertujuan untuk meneliti cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) rentetan inisiatif penerapan elemen khidmat komuniti dalam pengajaran dan pembelajaran kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Seramai 90 orang  yang terdiri daripada pelajar tahun satu yang mengambil kursus TITAS pada  semester 1 dan 2 sesi 2014/15 terlibat sebagai responden. Kajian ini merupakan kajian tindakan (action research) menggunakan pendekatan  kuantitatif. Instrumen  soal selidik menggunakan skala Likert 5 mata diedarkan kepada responden. Data diproses menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) version 15.0. Analisis data dinyatakan secara deskriptif dalam bentuk min. Hasil kajian menunjukkan cabaran yang dialami oleh pelajar sewaktu penerapan elemen khidmat komuniti dalam pembelajaran TITAS di UTM berada pada tahap sederhana.

Kata Kunci: Khidmat komuniti, pembelajaran servis,  pengajaran dan pembelajaran, TITAS

  • Kertas kerja diterbitkan di Proseding 6th International Conference on Global Business & Social Entrepreneurship Kota Bharu Kelantan 2016 (6th ICoGBSE) pada 7-8 Disember 2016 di Holiday Villa, Kota Bharu.

Sikap Pelajar terhadap Penerapan Khidmat Komuniti dalam Pengajaran dan Pembelajaran TITAS di Universiti Teknologi Malaysia

Abstrak

Kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji sikap pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terhadap usaha penerapan elemen khidmat komuniti dalam pengajaran dan pembelajaran kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Seramai 90 orang  yang terdiri daripada pelajar tahun satu yang mengambil kursus TITAS pada  semester 1 dan 2 sesi 2014/15 terlibat sebagai responden. Kajian ini merupakan kajian tindakan (action research) menggunakan pendekatan  kuantitatif. Instrumen  soal selidik menggunakan skala Likert 5 mata diedarkan kepada responden. Data diproses menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) version 15.0. Analisis data dinyatakan secara deskriptif dalam bentuk min. Hasil kajian menunjukkan sikap pelajar adalah positif terhadap penerapan elemen khidmat komuniti dalam pembelajaran TITAS di UTM.

 

Kata kunci: Khidmat komuniti, service learning, khidmat masyarakat, TITAS, pengajaran dan pembelajaran

 

*Kertas kerja diterbitkan dalam Proseding  INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND RESEARCH 2016 (ICIER 2016), pada 5-6 Disember 2016 di Hotel Eagle Bay Langkawi .