Daripada Abi Hurayrah r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : Sesiapa yang menziarahi jenazah seorang muslim dengan penuh perasaan keimanan dan tetap berada bersama jenazah sehinggalah ianya disolatkan dan turut serta sehingga selesai ia dikebumikan, maka dia pulang dengan mendapat 2 qirat. Setiap satu qirat ganjarannya sebesat Bukit Uhud. Manakala sesiapa yang solat jenazah, kemudian dia pulang tanpa menunggu sehingga jenazah tersebut dikebumikan, dia mendapat 1 qirat. (Sahih Bukhari)
Solat jenazah merupakan antara solat yang sangat mudah dan ringkas, namun tidak semua berebut-rebut untuk melakukan tanggungjawab fardu kifayah ini. Lebih-lebih lagi kaum wanita. Kita tidak dibiasakan dengan amalan solat jenazah walaupun untuk keluarga terdekat.
Berikut adalah cara-cara untuk solat jenazah:
1.Niat: Sahaja aku solat jenazah ke atas mayat ini 4 takbir mengikut imam kerana Allah ta’ala.
2. Takbir 4 kali.
3. Selepas takbir pertama, baca al-Fatihah
4. Selepas takbir kedua, baca selawat
5. Selepas takbir ketiga, baca doa untuk jenazah
6. Selepas takbir keempat, beri salam.
Speak Your Mind