Solat Jenazah

Daripada Abi Hurayrah r.a.  bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : Sesiapa yang menziarahi jenazah seorang muslim dengan penuh perasaan keimanan dan tetap berada bersama jenazah sehinggalah ianya disolatkan dan turut serta sehingga selesai ia dikebumikan, maka dia pulang dengan mendapat 2 qirat. Setiap satu qirat ganjarannya sebesat Bukit Uhud. Manakala sesiapa yang solat jenazah, kemudian dia pulang tanpa menunggu sehingga jenazah  tersebut dikebumikan, dia mendapat 1 qirat. (Sahih Bukhari)

Solat jenazah merupakan antara solat yang sangat mudah dan ringkas, namun tidak semua berebut-rebut untuk melakukan tanggungjawab fardu kifayah ini.  Lebih-lebih lagi kaum wanita. Kita tidak dibiasakan dengan amalan solat jenazah walaupun untuk keluarga terdekat.

Berikut adalah cara-cara untuk solat jenazah:

1.Niat: Sahaja aku solat jenazah ke atas mayat ini 4 takbir mengikut imam kerana Allah ta’ala.

2. Takbir 4 kali.

3. Selepas takbir pertama, baca al-Fatihah

4. Selepas takbir kedua, baca selawat

5. Selepas takbir ketiga, baca doa untuk jenazah

6. Selepas takbir keempat, beri salam.

 

 

Speak Your Mind

*