Abstrak: ANALISIS PERBANDINGAN MENGENAI KONSEP KHILAFAH FI’L-ARD DAN FAHAM PENGUASAAN KE ATAS ALAM (DOMINION OVER NATURE)

ANALISIS PERBANDINGAN MENGENAI KONSEP KHILAFAH FI’L-ARD DAN FAHAM PENGUASAAN KE ATAS ALAM (DOMINION OVER NATURE)

Akmaliza Abdullah1, Buerah Tunggak1, Adibah Muhtar1, Abdul Latif Samian2

1Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia

2Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Krisis alam sekitar merupakan masalah global manusia yang semakin meruncing dan tidak terkawal berpunca daripada kerakusan mereka mengeksploitasi alam atas nama pembangunan dan kemajuan. Menerusi kertas kerja ini, perbincangan dibuat melalui analisis perbandingan mengenai faham mengenai alam sekitar daripada perspektif Islam dan Barat bagi tujuan memperlihatkan akar masalah yang sebenar berkaitan isu tersebut. Dalam konteks hubungan dengan alam, Islam memperkenalkan konsep khilafah fi’l-ard yang terkandung dalamnya makna tauhid, ilmu dan adab manakala di Barat pula faham penguasaan ke atas alam (dominion over nature) yang mengenepikan aspek spiritual terpakai dalam kehidupan masyarakat. Penghayatan makna tanggungjawab dan amanah dalam hubungan manusia dan alam akan mendorong kepada kesedaran dan usaha ke arah pelestarian alam sekitar dalam kehidupan.

 

Kata kunci: alam sekitar, khalifah fi’l-ard, lestari, dominion over nature

 

*Joint International Seminar Green Religion, Science and Technology: Prospect and Challenge,UIN Wali Songo Semarang, 18-20 November 2015.

Speak Your Mind

*