Abstrak: Manifestasi akhlak menerusi unsur-unsur alam dalam beberapa karya Raja Ali Haji

Manifestasi akhlak menerusi  unsur-unsur alam dalam beberapa karya Raja Ali Haji

Akmaliza Abdullah[1], Abdul Latif  Hj. Samian[2], Maznah Ali1, Adibah Muhtar1

Abstrak

Kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan mengenai peranan alam dalam menzahirkan sistem akhlak dalam masyarakat Melayu pada abad ke-19 Masehi. Penelitian dan penaakulan akal terhadap unsur-unsur alam yang berada di sekeliling diterjemahkan melalui bahasa sebagai medium untuk memperolehi ilmu yang benar dan mencapai keelokan akhlak serta budi pekerti. Pendekatan analisis konten digunapakai bagi meneliti beberapa karya Raja Ali Haji (1808-1872), seorang pujangga agung kelahiran Riau yang terdidik dalam sistem tradisi keilmuan Islam. Hasil kajian mendapati bahawa dalam masyarakat Melayu Nusantara, alam bukan sekadar dianggap sebagai tercipta untuk kesenangan hidup manusia malah ia turut berperanan untuk memanifestasikan ketinggian akhlak yang bertunjangkan kepada pandangan semesta Islam.

 

Kata kunci: akhlak, alam, Raja Ali Haji, bahasa

[1] Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia.

[2] Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia

 

*Joint International Seminar Islam, Science, And Civilization: Prospect And Challenge For Humanity. UIN Wali Songo Semarang, 3 October 2015.

Speak Your Mind

*