Hubungan Akhlak dan Bahasa: Analisis berdasarkan Beberapa Karya Raja Ali Haji

Akmaliza Abdullah, Abd. Latif  Hj. Samian, Maznah Ali, Adibah Muhtar

Abstrak

Penulisan ini bertujuan untuk menganalisis hubungkait antara akhlak dan bahasa sebagaimana terkandung dalam karya-karya Raja Ali Haji (1808-1872), seorang tokoh pujangga kelahiran Riau yang terdidik dalam sistem tradisi keilmuan Islam Nusantara.Beliau tidak hanya mementingkan aspek-aspek zahiri bahasa semata-mata, malah turut menekankan kepentingan bahasa sebagai medium untuk memperolehi ilmu yang benar dan mencapai keelokan akhlak serta budi pekerti.Pendekatan analisis konten digunapakai bagi menyorot hubungkait antara kedua-duanya di samping memberi gambaran mengenai sistem akhlak masyarakat Melayu di Nusantara pada abad ke-19 Masehi.Hasil kajian mendapati bahawa peranan bahasa bukan terhad sebagai medium untuk sesebuah masyarakat berkomunikasi dan berinteraksi dalam lingkungan sosial mereka, malah ianyapenting untuk memanifestasikan ketinggian akhlak yang bersumberkan kepada agama dan akal budi.

Kata Kunci: akhlak, bahasa, Raja Ali Haji