Di transkrip oleh: Akmaliza Abdullah
Fasal 1
Pada menyatakan memeliharakan ruh ya’ni nyawa dan hati bermula makna ruh dan makna qalbu dan makna nafsu dan makna akal itu iaiyu berpanjanganlah bicaranya di dalam kitab yang panjang-panjang seperti di dalam Ihya’ ‘Ulum al-Din dan lainnya maka tiadalah boleh patut ditanggungkan pada kitab mukhtasar ini sehingga kunyatakan atas makna ruh yang ghalib atas pengetahuan orang yang awam jua kerana adalah pada pengetahuan orang yang awam adalah manusia iaitu tubuh badan berhimpun kepadanya beberapa anggota seperti mata dan telinga danlidah dan hidung dan tangan kaki dan perut dan zakar maka iaitu menerima penyakit yang zahir yang dapat diubatkan oleh tabib dengan beberapa ubat yang zahir yang berlainan khasiatnya dan faedahnya adapun ruh and hati itu memerintahkan segala anggota yang zahir itu hal keadaannya jism latif yakni jisi, yang halus yang tiada didapat oleh pancaindera yang zahir dan menerima ia akan enyakit yang batin dan tiada didapat diubatkan dengan ubat yang zahir dan seperti dipegang dan dijabat akan tetapi menerima pula ia ubat yang latif yang halus-halus akan lagi datang sebutnya intaha.
Bermula pada pihak memeliharakan ruh dan memeliharakan hati dan nafsu itu fardu kerana jika sakit segala yang tersebut itu (ayat) membawa kepada membinasakan kepada anggota yang zahir jua bermula adalah penyakit yang datang kepada raja itu (ayat)iaitu anwa’ bala’ yakni kedatangan beberapa bagi bala dan susah pertama pada rezeki yakni sebab kepecakan rezeki yakni kehidupannya sebab kedua sebab kedatangan penyakit kepada badan dan kepada tubuh ketika sebab bercerai dengan kekasih sayang sama ada kepada manusia seperti kematian anak isteri dan sanak saudara kaum kerabat dan sahabat handai atau sebab bercerai dengan kekasih sayang daripada pangkat dan kebesaran dan kemuliaan atau kasih sayang daripada harta benda emas perak seperti tanggal segala yang tersebut itu daripada genggamannya yakni terlepas daripadanya dengan kehilangan atau kerugian keempat dengan sebab kedatangan susah daripada pihak yang ditakutkan hilang nayawa atau mudarat kepada badan iaitu kesusahan pada pihak seteru seperti di dalam permusuhan dan pergaduhan atau lainnya yang segala pekerjaan yang ditakuti kelima sebab kedatangan dihina-hinakan manusia seperti diumpat orang dan dicela orang dan dinista orang atau barang sebagainya segala pekerjaan yang jatuh dirinya yang jadi menyusahkan dia maka inilah segala yang tersebut itu (ayat) yang mendatangkan penyakit ruh hendaklah bersungguh-sungguh mengubatkan dan memeliharakan dia kerana penyakit ini ibinasa kepada badan maka wajiblah memeliharakan dia dan mengubatkan dia bermula memeliharakan dia dan mengubatkan dia ‘ala al-umal tiada yang terlebih besar dan terlebih segera pada membaiki dia melainkan mendengar Quran al-‘Azim dan hadis Sayyid al-Mursalin dan perkataan dan nasihat dan aarab sahabat dan awliya’ dan ulama dan hukama’ al-mutaqaddimin wa al-muta’akkhirin seperti memikirkan maknaya dan mafhumnya segala perkataan mereka itu dan pada menyuruh sabar dan redha dan tawakal apabila kedatangan segala anwa’ al-bala’ yang telah tersebut itu kepada kitakerana di dalam dunia ini tiada hampa daripada anwa’ al-bala’ yang tersebut itu maka hendaklah jangan kita ikutkan susahnya kerana tiada berguna susah dan tiada tertolak perintah Allah ta’ala dengan sebab susah kita itu dan tiada boleh kita menegah takdirnya akan tetapi jika dilawan susah kita itu dengan sabar dan redha dan tawakal mudah-mudahan bertemu kita dengan barang yang dijanjikan Allah ta’ala didalam Quran al-‘Azim iaitu Allah ta’ala kasihkan orang yang sabar dan meluaskan orang yang tawakal di dalam dunia dan di dalamakhirat dan memberi pahala pula kepada orang yang sabar di dalam bala’ dan menggantikan pula Allah akan orang uang sabar di dalam bala’ dengan beberapa kelebihan di dalam dunia dan akhirat seperti hikayat segala anbiya’ yang tersebut di dalam Quran seperti Nabi Ya’kub diberi bala bercerai dengan anaknya Yusuf ‘alayhi al-salam kemudian berapa akhirnya iaitu dipertemukan Allah ta’ala dengan bapa dan dengan segala saudaranya di dalam negeri Mesir pada hal dengan kemuliaan dan kebesarannya menjadi raja di dalam negeri Mesir dengan berkat sabarnya akan bala intaha. Dan seperti Nabi Allah Ayyub ‘alayhi al-salam diberi bala dengan penyakit dan kematian segala ahlinya kemudia betapa akhirnya disihatkan badannya terlebih baik daripada dahulunya dan dikembalikan segala anak-anaknya dan segala hartanya terlebih banyak daripada yang binasa itu dengan berkat sabarnya intaha. Dan Nabi Allah Musa alayhi al-salam diberi bala dengan bermusuh dengan raja Firaun dengan beberapa masa kemudia betapa akhirnya iaitu ditenggelamkan Allah ta’ala Raja Firaun dengan segala kaumnya dan lepas Nabi Allah daripada balanya dan menggantikanlah ia akan kerajaan Firan dengan berkat sabarnya ntaha seperti Nabi Allah ‘Isa ‘alayhi al-salam diberi bala dengan disakiti oleh kaum Yahudi kemudian betapa akhir pekerjaannya diangkatkan Allah ta’ala ke langit dengan kemyliaan dan seperti Nabi kita Muhammad s.a.w. beberapa bala dipersakiti oleh kaum Quraish dengan didustakan dan dengan diperangi dan diperusir dari negeri Makkah al-Musharrafah sampai ke Madinah kemudian diperikut oleh kaum Quraish kemudian dengan diperangi dengan sebenar-benar susah permusuhan yang besar-besar beberapa kali kemudian pada akhir pekerjaan betapa rupanya siapa yang ditolong Allah ta’ala dan siapa yang dibinasakan fikirlah olehmu dengan fikiran yang sempurna sebab kerana inilah tiada yang terlebih besar ubat penyakit anwa’ al-bala’ daripada Quran al-‘Azim dan hadis Sayyid al-Mursalin dan kitab-kitab karangan ulama al-‘amilin makan iaitu segera ubat mengapuskan segala anwa’ al-bala’ yang telah tersebut itu syahadan setengah daripada yang memberi manfaat memeliharakan raja iaitu hendaklah sekedudukan dengan orang yang berilmu daripada ulama atau orang yang salih-salih orang yang baik perangai biasa sabar dan redha akan qada’ Allah ta’ala dan tawakal kepada yang dijanjikan Allah ta’ala daripada rezeki dan lainnya hendaklah jangan dihampiri segala sebab yang membawa dukacita dan susah yang tiada disuruhkan syara’ di dalamnya dan jika datang susah dan dukacita dengan jalan disuruhkan Allah ta’ala dan rasulnya maka hendaklah sabar serta redha serta berharap akan kebajikan dan tawakal kepada Allah dan minta tolong kepadanya dengan minta doakah atau dengan sembahyang hajat dan jika segera ditolongnya maka hendaklah syukur kepadanya dan jika lambat ditolongnya hendaklah sabar serta baikkan sangka kepada Allah ta’ala sebab hikmatnya tiada kita ketahui entahkan apa-apa yang jadikebaikan kepada kita janganlah keluh kesah mengadu-ngadu ke sana kemari demikianlah kita kerjakan pada memeliharakan ruh syahadan jika hendak terang kenyataan perkara yang tersebut itu hendaklah mutala’ah kitab-kitab ahli sufi seperti kebanyakan kitab al-Ghazali dan lainnya intaha.