Raja Ali Haji. Syair Siti Siyanah.
Anggota lidah sangatlah masyhur
Ialah mengotorkan dalam dan tohor
Ialah menzahirkan Islam dan kufur
Dengan sebabnya manusia tercebur.
Peliharakan lidah daripada dusta
Memungkiri janji sudah dikata
Mengumpat mengadu maki dan dusta
Bertengkar berbantah mendatangkan meta
Speak Your Mind