Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaNya program simulasi haji cilik 2 berjalan dengan lancar dan baik.Program ini berlangsung pada tarikh 15 september 2015 bersamaan dengan 1 zulhijjah 1436H bersamaan dengan hari selasa yang lalu.Program ini diadakan di sekitar Masjid Negeri Kota Iskandar di bawah anjuran Persatuan Tadika Islam Malaysia.Pada hari tersebut saya telah diamanahkan untuk menggalas tugas sebagai mutawif (fasililator) kepada peserta-peserta simulasi haji cilik 2.Program ini disertai oleh semua tadika di negeri Johor.Sebanyak kira-kira 300 peserta yang menyertai program ini.
Sehari sebelum program berlangsung kami diberi taklimat tentang tugas-tugas mutawif di bawah kelolaan En. Hazman ketua persatuan tadika Johor.Dari taklimat tersebut kami dapati bahawa setiap fasililator harus mempunyai pengetahuan tentang cara menunaikan ibadah haji dengan betul supaya dapat menjawab persoalan daripada adik-adik tentang ibadah haji.Seterusya,memudahkan lagi perjalanan program tersebut.Seawal 7 pagi kami bertolak dari UTM ke Masjid Kota Iskandar,semasa dalam perjalanan alunan takbir dilaungkan untuk menghidupkan suasana mengerjakan ibadah haji yang sebenar.Ianya secara tidak langsung menaikkan semangat saya dan rakan-rakan untuk membantu adik-adik tersebut .
Setibanya di sekitar kawasan Masjid saya melihat terdapat replika yang dibuat oleh pihak penganjur yang seperti keadaan di Tanah suci Kota Mekkah.Selain itu,terdapat juga ‘check point’ yang menandakan peringkat-peringkat ibadah haji.Hal ini,memudahkan lagi fasililator untuk mengendali dan mengeiringi peserta.Perasaan teruja dan keyakin diri mula meningkat dengan suasana persekitaran yang tenang dan perancangan yang lancar dan bijak oleh pihak penganjur.Setelah sarapan kami diberi taklimat ringkas dan doa yang perlu dibaca semasa mengiringi mereka.
Setibanya peserta-peserta di perkerangan kawasan masjid itu, mereka sudah pun siap mengenekan pakaian ihram bagi pelajar lelaki dan telekung bagi pelajar perempuan.Selain itu,mereka juga dibekalkan beg sandang yang berisik passport untuk menghidupkan suasana mengerjakan haji yang sebenar.Mereka juga diiringi dengan guru tadika masing-masing untuk memudahkan lagi program berjalan.Perasaan saya pada ketika itu sungguh terharu dan berbangga dengan kesungguhan adik-adik yang sungguh bersemangat untuk menimba ilmu dan pengalaman baru dalam program ini walaupun cuaca yang agak panas dan keadaan yang sesak.
Setelah pendaftaran dibuat di Check point yang pertama, setiap fasililator akan menunggu giliran untuk mengambil kumpulan tadika yang hendak diiring.Pada permulaannya saya dan seorang lagi fasililator dipilih untuk mengiringi dan membantu satu kumpulan/tadika.Perasaan pada masa itu agak gugup dan kekok kerana tidak biasa untuk memberi arahan kepada orang ramai.Namun perasaan itu dapat ditangani dan saya berjaya mengiring kumpulan tersebut hingga ‘check point’ terakhir.Akibat kepesatan dan kesesakan kaunter pendaftaran setiap tadika hanyalah untuk satu fasililator mengiring.
Setelah selesai dengan kumpulan pertama saya terus mengiringgi kumpulan yang baru.Alhamdulillah saya dapat berkomunikasi dengan baik dan tidak lagi berasa gugup.Setiap peserta juga memberikan kerjasama yang baik.Guru-guru dari tadika turut membantu bagi menghadapi setiap ‘check point’ haji seperti wukuf ,Melontar jumroh aqobah,tahallul awal ,tawaf, dan sa’i haji.Melalui program ini saya dapat pelajari tentang kecekalan dan keazaman yang di tunjukkan oleh haji cilik menghabisakan setiap ‘check point’ walaupun dalam keadaan yang sesak dan panas.Program disudahi dengan tawaf perdana yang dilakukan beramai-ramai.
Sepanjang program ini berlangsung pelbagai ilmu dan pengalaman yang saya dapat.Antaranya ialah,kita seharusnya bertanggungjawab dalam menggalas tugas yang diberi agar program berjalan dengan lancar.Selain itu,kita juga harus bersabar dalam menempuh segala liku-liku dalam kehidupan.Kerjasama juga amat penting dalam sesebuah organisasi untuk memudahkan dan melancarkan kerja.Saya juga berasa bangga dengan keluarga setiap peserta haji cilik yang datang memberi sokongan kepada anak-anak mereka.
Sehubungan dengan itu,saya pengalaman menjadi seorang fasililator mendewasakan saya lagi dalam cara berkomunikasi dengan orang ramai dan juga meningkatkan keyakinan diri.Selain itu,setiap soalan yang ditanya oleh adik-adik cilik ini sedikit sebanyak menyedarkan saya tentang kekurangan diri dalam ilmu agama.Oleh itu,kita haruslah memperbanyakkan membaca dan membuat kajian untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
Seterusnya,menyentuh kepada realiti kehidupan masyarakat,kebanyakkan dari mereka tidak pernah terfikir untuk membuat program seperti ini kerana kebanyakkan masyarakat berpendapat ilmu seperti menunaikan ibadah haji ini boleh dibelajar dengan membaca buku atau di sekolah.Namun hakikatnya dengan kaedah yang dipanggil simulasi ini dapat mempercepatkan lagi kefahaman orang ramai terutamanya kanak-kanak tadika.Disini kita dapat melihat proses pembelajaran dan pengajaran yang berkesan.Justeru itu,program ini sememangnya memberikan inspirasi kepada saya yang bakal menjadi seorang pendidik untuk lebih berfikiran terbuka dan menyumbang idea yang boleh membantu generasi muda masa depan untuk berjaya.
Dari segi pengalaman pula,memandangkan ini merupakan program komuniti yang pertama.Perasaan pada awalnya agak gemuruh dan kekok,tetapi lama kelamaan perasaan tersebut berasa gembira dan teruja.Melihat kepada tentatif program yang memerlukan saya mengawal dan memberikan arahan kepada satu kumpulan kanak-kanak tadika merisaukan saya.Namun dengan bantuan rakan-rakan dan guru pengiring saya mula berasa selesa.Oleh itu,program ini memang memberikan saya pengalaman yang banyak dan peluang kepada saya untuk berkomunikasi serta berkongsi ilmu pengetahuan.
Melalui program ini juga dapat membuka mata masyarakat tentang kepentingan ilmu dunia dan juga akhirat.Selain itu,dengan khidmat masyarakat ini juga dapat melatih mahasiswa/mahasiswi untuk meningkatkan keyakinan,jati diri dan keperibadian.Seterusnya,membuka mata pihak tertentu untuk memperbanyakkan aktiviti komuniti seperti ini.Mendengar kuliah sahaja tidak mencukupi untuk melahirkan graduan yang hebat.Oleh itu,mahasiswa/mahasiswi harus terlibat dalam program ini untuk memperluaskan idea dan pegalaman mereka.
Akhir kata,kemahiran insaniah yang saya dapat semasa penglibatan dalam program simulai haji cilik 2 ini ialah kemahiran komunikasi.Komunikasi adalah penting untuk menjadi seorang pendidik.Jadi program ini banyak meningkatkan keyakinan saya untuk berkomuikasi dengan baik.Selain itu kemahiran kerja berpasukan,kerana pada awal program ini dua fasililator ditugaskan untuk mengiring satu kumpulan adik tadika.Jadi dari situ saya dapat merangka satu kerja kumpulan dimana setiap individu mempunyai tugas dan peranan masing-masing.Tambahan lagi,pemikiran kritis dan kemahiran meyelesaikan masalah berlaku semasa situasi sesak di ‘check point’ tertentu yang mendorong saya megambil langkah untuk membuat ‘check point’ yang lain dahulu untuk mempercepatkan dan meredekan kesesakan.Namun setiap haji cilik diberi penerangan tentang turutan yang betul dalam ibadah haji untuk mengelakkan mereka keliru.Kemahiran kepimpinan dan proaktif juga dapat digilap di dalam program ini kerana setiap fasililator menjadi pengiring yang ditugaskan untuk memberi penerangan yang jelas dan juga menyelesaikan sebarang masalah yang boleh membantut perjalanan program.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Dr.Akmaliza Binti Abdullah kerana memberi saya peluang untuk merasa sendiri pengalaman menjadi fasililator dalam program komuniti ini.Banyak pengalaman dan kenangan yang tidak dapat dilupakan.Terima kasih juga kepada Persatuan Tadika Islam Malaysia kerana membuat program yang bermanfaat kepada semua.Semoga program seperti ini berterusan dan dipelbagaikan supaya dapat menarik minat semua pihak.
~AHMAD ZAINAL ABIDIN BIN MOHD YUSOF~
Speak Your Mind