Sebelum menaiki pesawat, saya mengambil kesempatan meninjau himpunan buku-buku yang tersusun rapi di rak-rak di MPH Lapangan Terbang Senai, Johor. Mata tiba-tiba tertarik kepada sebuah buku berwarna biru. Wah. tajuknya memang kontroversi – A World without Islam. Dunia tanpa Islam. Hati saya terus meneka yang penulis buku ini paling-paling tidak adalah bekas CIA. Tangan segera meraih buku tersebut. Mata terus tertancap pada nama pengarang. Graham E. Fuller. Sah. Benar agakan saya. Mr Fuller pernah menyandang jawatan Vice Chairman of the National Intelligence Council at CIA.
Walaupun buku ini kali pertama diterbitkan di New York pada Ogos 2010 oleh Little, Brown and Company, ianya masih relevan untuk situasi dunia masa kini yang saban hari dihidangkan dengan berita-berita mengenai terrorisme, IS dan Islamophobia. Buku di tangan belum lagi dibayar, tapi saya sempat berangan-angan untuk membincangkan buku ini dalam kelas TITAS pada semester hadapan. A world without Islam pada awalnya diterbitkan dalam bentukĀ hard cover tapi kemudiannya diterbitkan pada 2011 dan 2012 dalam bentukĀ paperback. Alhamdulillah, mampulah nak beli dengan harga RM36.90.
Buku ini dibahagikan kepada 3 bahagian utama dan mengandungi 14 bab:
Bahagian 1 Heresy and Power
- Islam and the Abrahamic Faiths
- Power, Heresy and the Evolution of Christianity
- Byzantium versus Rome: Warring Christian Polarities
- Islam Meets Eastern Christianity
- The Great Crusades (1095-1272)
- Shared Echoes: The Protestant Reformation and Islam
Bahagian 2 Meeting at the Civilizational Borders of Islam
7. The ” Third Rome” and Russia: Russia Inherits the Orthodox Legacy
8. Russia and Islam: Byzantium Lives!
9. Muslims in the West: Loyal Citizens of Fifth Column?
10. Islam and India
11. Islam and China
Bahagian 3 The Place of Islam in the Modern World
12. Colonialism, Nationalism, Islam and the Independence Struggle
13. War, Resistance, Jihad and Terrorism
14. What to do? Toward a New Policy with the Muslim World
Speak Your Mind