Hari pertama
Pada hari pertama kami berkumpul dan bertolak awal pagi daripada kolej perdana seawal 9 pagi dan mengambil masa 3 jam perjalanan dari utm ke kampung tanah abang di mersing.perjalanan yang jauh menyebabkan kami berasa mengantuk dan mula hilang semangat untuk meneruskan program. Setibanya di sana kami melihat persekitaran di sana seperti di kampung- kampung yang lain. Kami menjangkakan kampung orang asli ini agak ketinggalan seperti tinggal di kawasan hutan namun, kampung mereka sama seperti di kampung-kapung melayu yang lain dimana kawasan mereka telah dibangunkan oleh ramai pihak yang sudi membantu mereka selama ini. Walaupun kami dikhabarkan bahawa ada antara mereka menganut agama islam, kami melihat anjing kelihatan bersepah di situ dan bermain dengan anak-anak mereka. Kami menganggapkan bahawa mereka ini masih terikat dengan cara hidup mereka yang lama. Setelah kami berhenti di dewan yang sepatutnya menjadi kediaman kami, kami pun turun dari bas dan mengeluarkan barang kami sambil disambut oleh anak-anak orang asli yang kelihatan agak gangster. Semua hadiah, beras dan pakaian dibawa masuk ke dewan.
Pada petangnya, kami telah dibawa oleh jkkk kampung menziarahi penduduk di situ sambil mengundang mereka hadir pada majlis yang akan berlangsung tiga malam berturut-turut nanti. Pada masa itu juga kami diperkenalkan kepada keluarga angkat kami yang mana kami seorang untuk satu keluarga. Setelah itu, kami pulang untuk membuat persiapan majlis yang akan berlangsung pada malam itu. Pada malam itu, telah berlangsungnya cabutan bertuah, perasmian pembukaan majlis dan makan malam bersama keluarga angkat. Makanan yang disediakan cukup sedap untuk dinikmati dan kebanyakan penduduk orang asli ini amat bersyukur dengan rezeki yang mereka dapat. Pada malam itu juga kami beramah mesra bersama keluarga angkat.
Postmortem pada malam itu, kami senang hati apabila program pada hari itu berjalan dengan lancar.
Hari kedua
Pada awal pagi, kami telah bersama-sama sebagai umat islam telah mengadakan qiamullail dan mengadakan ceramah pendek selepas subuh berjemaah. Setelah itu,pihak perempuan telah mengadakan senamrobik bagi menjalani kehidupan yang sihat. Kemudian kami telah bersarapan dan menuju ke rumah keluarga angkat masing-masing untuk sesi suai kenal dan ramah mesra.kami sungguh puas hati dengan layanan yang telah diberikan oleh penduduk kampung kerana mereka tidak menganggap kami seperti orang luar. Mereka sungguh mesra dan dan kami menjadi tetamu yang bertuah kerana dapt mengetahui cara hidup mereka. Sehingga tengah hari, kami telah dihantar makan tengah hari oleh pihak jabatan agama untuk makan bersama. Selepas makan, kami pulang ke dewan untuk bersiap-siap untuk pertandingan badminton lelaki dan perempuan pada petangnya. Kami memulakan pertandingan dengan kategori perempuan diikuti kategori lelaki pula. Tujuan pertandingan dilangsungkan adalah untuk merapatkan lagi hubungan antara kami dan juga mereka. Walaupun ada antara kami yang menang, hadiah adalah hanya untuk penduduk kampung. Kami secara sukarela menyertai pertandingan itu bagi memeriahkan majlis. Selepas itu, pertandingan bola sepak pula telah dilangsungkan antara pihak kampung dan juga jabatan agama. Keputusan penuh adalah dimenangi oleh penduduk kampung dengan gol 5-2.
Pada malamnya, seperti biasa cabutan bertuah telah diadakan dahulu bagi memeriahkan majlis. Kemudian pula telah berlangsung tayangan dokumentari bagi semua penduduk kampung dengan isi nilai-nilai murni di dalamnya. Teka- teki telah dijalankan dengan terbuka kepada semua pihak sama ada kanak-kanak mahupun orang dewasa. Hadiah yang lumayan yang telah disediakan bagi mereka-mereka yang dapat menjawab soalan.tayangan telah berjalan dengan lancar dan difahami oleh penduduk kampung kerana telah diceritakan semula oleh MC majlis dengan bahasa yang lebih mudah. Setelah penat berlangsung majlis, makan malam disediakan dan sekali lagi beramah mesra bersama anak angkat. Program berjalan dengan lancar pada hari keduanya dan kami tidur setelah lewat malam.
Hari ketiga
Pada hari ketiga di situ, kami telah menjalankan senamrobik untuk semua orang kampung di padang. Kebanyakan dari mereka berasa malu untuk mengikuti gerak geri kami namun mereka masih dapat memeriahkan suasana di pagi itu. Semua termasuk kanak-kanak dan orang dewasa telah memberikan kerjasama yang amat baik sekali. Kami juga telah mengadakan sukaneka untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa. Dimulakan dengan permainan mencari gula dalam tepung, membawa bola ping-pong menggunakan sudu dan mengadakan permainan belon air yang mana dipanggil permainan ’semakin jauh semakin sayang’. Pada masa yang sama, pihak jabatan agama telah mengadakan pertunjukan membuat martabak maggi. Ini dilakukan bagi menunjukkan cara-cara bagaimana ingin membuat martabak maggi kepada penduduk khususnya pada kaum wanita. Selepas itu, martabak maggi yang dimasak dijamu oleh semua penduduk kampung termasuk pihak jabatan agama serta mahasiswa dari UTM.
Seterusnya, kami telah membawa semua kanak-kanak untuk hadir ke dewan bagi mengadakan program motivasi pula untuk mereka . program telah berjalan dengan lancar kerana kami berjaya membuatkan kanak-kanak berasa selesa dan gembira pada masa itu. Kami telah menyediakan aktiviti belon beracun dimana mereka perlu menyelesaikan tugasan yang telah diberikan pada mereka apabila lagu berhenti dan pada masa yang sama belon itu berada di tangan mereka. Selain itu, kami adakan aktiviti melukis, dan juga menari bersama. Hadiah telah diberikan pada semua pemenang. Setelah program selesai, kami berehat sebentar sebelum sesi beramah mesra sekali lagi bersama keluarga angkat pada petangnya. Sehingga jam 5 petang, kami telah hadir ke padang untuk mengadakan perlawanan persahabatan antara penduduk kampung dan juga mahasiswa UTM. . Keputusan penuh adalah dimenangi oleh penduduk kampung dengan gol 5-1. Pada malamnya, kami memulakan majlis dengan cabutan bertuah dan seterusnya dengan ucapan daripada pengarah, Tok Batin, dan juga Timbalan Dekan fakulti Tamadun Islam UTM.
Perasmian penutup dilakukan dan diakhiri dengan majlis makan malam bagi semua. Setelah selesai majlis, postmortem kami telah dikejutkan dengan ketidakpuasan hati pihak jabatan agama kepada pihak UTM kerana tidak menyatakan peranan jabatan agama di dalam skrip ucapan semasa majlis menyebabkan ada sesetengah pihak mengatakan jabatan agama tiada melakukan apa-apa untuk menjayakan program anak angkat sedangkan merekalah yang bertungkus lumus dari awal hingga akhir dan banyak nengeluarkan belanjawan. Kami amat sesal dengan perkara sebegini dan kami telah meminta maaf kepada mereka. Namun akhirnya, pihak mereka telah terbuka hati untuk memaafkan kami dan ini amat menggembirakan hati kami semua. Keesokan harinya, kami pulang ke UTM dengan iringan penduduk kampung.
Kesimpulan
Pengalaman sepanjang saya berada di Kampung Orang Asli, saya telah banyak belajar bagaimana cara hidup mereka dan bergaul dengan baik dengan mereka . Mereka saling hidup dalam keadaan yang harmoni dan tidak bermusuhan antara satu sama lain apatah lagi dengan orang luar seperti kami. Kami telah menjadi tetamu yang dihormati dan dilayan mesra oleh mereka seperti keluarga mereka sendiri. Kami menampakkan mereka tidak kekok apabila bersama kami malah mereka lebih suka dengan kedatangan kami. Kami rasa bersyukur dengan limpahan bantuan yang diberikan kepada mereka oleh banyak pihak. Kehidupan mereka sekarang telah banyak berubah dalam masa yang singkat walaupun pada masa dahulu mereka agak ketinggalan dalam dunia sebenar. Kami belajar yang mereka ini sama seperti kita cuma mereka hanya satu suku kaum yang belum mencapai kemajuan. Kami nampak potensi yang ada pada anak-anak di situ yang mana mereka akan mencapai kejayaan dan mengubah kehidupan mereka pada masa akan datang. Kebanyakan orang asli juga telah banyak kacukan dari melayu dan juga cina. Ini menunjukkan tiada halangan untuk kita dan juga mereka menjadi seorang kawan. Keluarga angkat kami di kampung orang asli dan juga di kampung melayu sungguh berbeza kerana mereka lebih ini lebih kepada sifat berkeluarga sebenar. Mereka juga memahami agama kami seperti mana mereka sering cuba untuk menghidari anjing daripada kami. Kami sangat terharu bagaimana mereka menghormati cara hidup kami sebagai umat Islam.
~Saiful~