Refleksi Khidmat Komuniti Nur Ehsan (11)

Pada 21 November 2015 pensyarah dan pelajar-pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia(TITAS) telah mengadakan satu Projek Komuniti di Rumah Nur Ehsan yang terletak di Kempas, Johor.Penghuni-penghuni Rumah Nur. Ehsan kebanyakkannya terdiri daripada warga emas dan juga orang kelainan upaya(OKU).Pertama sekali saya ingin memanjat kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi kerana saya telah diberi peluang untuk melibatkan diri secara langsung dalam menjayakan Projek Komuniti di Rumah Nur Ehsan. Saya telah diberikan tanggungjawab oleh pengarah projek untuk menjadi ahli jawatankuasa bagi unit makanan. Ini merupakan kali pertama saya diberikan amanah untuk mengendalikan unit makanan dan saya tidak mempunyai sebarang pengalaman sebelum ini. Alhamdulillah setelah mendapat sedikit bimbingan daripada Dr. Akmaliza yang merupakan pensyarah bagi subjek Titas saya dan beberapa rakan yang terlibat dalam unit makanan dapat menyelesaikan masalah-masalah yang timbul sepanjang mengendalikan unit makanan.

Berikut merupakan laporan yang berkaitan dengan unit makanan.

  1. Sebelum projek dijalankan.

Secara jujurnya tidak banyak tugas yang dilaksanakan sebelum projek dijalankan . Hal ini kerana saya tidak mempunyai sebarang pengalaman  dalam menempah mana-mana katering dan Dr. Akmaliza telah membantu saya dan rakan-rakan lain dengan memberikan contact no. sebuah katering yang berdekatan dengan kawasan di sekitar Kempas.Selepas mendapat maklumat tentang katering tersebut saya terus menghubungi katering tersebut melalui Whatapps  untuk menempah bubur berserta dengan air. Tempahan juga dilakukan dalam tempoh seminggu sebelum projek dijalankan. Selain itu, rakan setugas saya iaitu Amir telah bersetuju untuk menggunakan perkhidmatan ibunya bagi menyediakan makanan tengahari bagi pensyarah dan juga para pelajar yang terlibat bagi projek komuniti ini. Saya juga telah membuat tempahan sarapan pagi dan juga minuman bagi makan tengahari di Kafe Mak Ngah, Kolej Tun Dr. Ismail(KTDI).

  1. Semasa projek dijalankan.

Antara tugas-tugas yang dilaksanakan semasa projek dijalankan ialah saya berserta        rakan-rakan yang lain telah mengagihkan bubur berserta dengan air kepada penghuni  Rumah Nur Ehsan.

 

  1. Selepas projek dijalankan.

 

Sebelum meninggalkan Rumah Nur Ehsan saya dan ahli jawatankuasa bagi unit makanan telah membersihkan segala sampah-sampah dan juga memastikan persekitaran rumah tersebut berada dalam keadaan bersih dan kemas.Saya juga telah menyerah segala resit-resit yang berkaitan dengan unit makanan kepada bendahari yang bertugas.

Setelah projek komuniti ini berakhir pelbagai pengalaman yang berharga saya dapati. Hal ini disebabkan, saya tidak pernah menyertai apa-apa program yang berkaitan dengan khidmat masyarakat dan saya sangat bersyukur kerana berpeluang untuk melibatkan diri dalam projek komuniti ini. Melalui projek komuniti saya telah membuka mata hati untuk lebih menghargai ibu bapa saya yang telah banyak berkorban masa, keringat dan juga wang ringgit. Kasih sayang meraka curahkan kepada saya sejak saya dilahirkan, sangat besar nilainya dan saya tidak akan mampu untuk membalas jaya meraka. Perasan dan tanggapan pertama apabila saya sampai di Rumah Nur Ehsan ternyata berbeza dengan apa yang saya bayangkan. Saya tidak menyangka yang di sekitar kawasan perumahan di kawasan Kempas terdapat sebuah rumah yang menempatkan warga emas dan juga orang yang tidak sempurna sifatnya. Hati saya sangat tersentuh apabila pengurus Rumah Nur Ehsan menceritakan serba sedikit tentang latar belakang penghuni-penghuni disitu, bagaimana tergamaknya seorang anak meninggalkan ibu kandungnya pada hari raya di rumah tersebut. Terdapat juga segelintir anak-anaknya yang rela membayar upah untuk menjaga ibu mereka akibat kesibukan kerja.

Berdasarkan kisah-kisah yang diceritakan oleh pengurus tersebut dan juga pemerhatian saya, antara pengajaran yang saya dapat teladani ialah hargai dan sayangi ibu bapa kita selagi meraka masih hidup dan sangat rugi jika kita mensia-siakan meraka kerana apabila meraka sudah tiada apa yang kita lakukan sudah tidak bermakna lagi. Bagi yang beragama Islam, restu ibu bapa kita sangat penting supaya hidup kita sentiasa diberkati Allah.

Sepanjang saya melibatkan diri dalam projek komuniti, terdapat beberapa kemahiran yang telah saya pelajari secara tidak langsung antaranya ialah kemahiran kerja berpasukan. Saya telah belajar cara-cara untuk berkerja secara berkumpulan dan membuat keputusan berdasarkan kata sepakat daripada ahli kumpulan.Saya juga harus bersikap sabar dan bertolenrasi antara ahli kumpulan jika terdapat sebarang percanggahan pendapat. Selain itu, saya juga dapat memantapkan kemahiran komunikasi saya. Hal ini kerana, saya perlu berhubung dengan orang luar selain daripada rakan saya semasa membuat tempahan makanan. Melalui projek komuniti ini juga saya dapat berkomunikasi secara langsung dengan rakan sekelas saya yang saya tidak pernah tegur apabila di kelas. Akhir kata, saya berharap saya berpeluang untuk melibatkan diri secara langsung dalam program-program yang berkaitan dengan khidmat masyarakat kerana saya dapat keluar daripada zon selesa dan juga dapat membuka minda saya supaya berfikir diluar kotak.

 

~Nurul Syuhada Imani~