Saya merupakan ajk makanan dan tugas saya semasa disana ialah membuat mural. Pada awalnya saya tidak tahu sangat tentang tugas saya. Seminggu sebelum program baru saya faham akan tugas saya. Memandangkan bahagian makanan telah diuruskan oleh ketua ajk makanan jadi gerak kerja sebelum saya seperti tidak buat apa apa. Saya hanya datang ke mesyuarat dan mendengar tetang isu isu yang dibangkitkan. Antara isunya ialah tentang aktiviti. Aktiviti yang disediakan banyak akan tetapi aktiviti itu harus dipertimbangkan tentang kesesuaian memandangkan mereka warga tua. Alhamdulillah isu itu dapat diselesaikan malam sebelum program itu.
Gerak kerja semasa yang sepatutnya saya lakukan ialah melukis mural. Tetapi disebabkan atas kekangan waktu lukisan mural terpaksa dibatalkan. Setibanya kami disana keadaan agak muram. Semua pelajar kelihatan kekok memandangkan ini adalah pengalaman pertama kami menguruskan program seperti berikut. Setelah kassim mengambil alih dalam aktiviti barulah kelihatan nenek nenek semua tampak ceria. Mereka sudah boleh mula bergaul dengan kami. Walaupun ada segelintir nenek yang tampak seperti tidak mahu bergaul tapi kami tetap teruskan usaha kami untuk bergaul sebaik mungkin dengan mereka.
Sepanjang saya berada disana saya sering memikirkan apalah yang mereka rasakan. Tentu sekali mereka kesunyian dan merindui keluarga mereka yang selama ni rapat dengan mereka. Tegamakkah anak anak mereka meninggalkan mereka di tempat rumah rumah orang tua? Segelitir nenek yang saya lihat disana tampak sedih. Ada yang sampai tidak lalu untuk makan. Saya sempat menyuapkan dia sesudu. Selepas itu dia sudah tidak mah makan. Dari situ saya sedar saya berjanji akan menjaga ibu bapa saya sebaiknya sesudah mereka tua kelak. Menghormati ibu bapa adalah keutamaan.
Walaupun kita sibuk dengan kerja seharian, sanggup kah kita meletakkan ibu bapa kita di rumah rumah orang tua? Apa yang akan mereka rasakan jika kita berbuat sedemikian kepada mereka? Mereka mempunyai anak mereka sahaja semasa mereka tua. Tentu sekali mereka berharap anak mereka untuk membalas jasa mereka selama ini. Walaupun bukan dalam bentuk wang ringgit sekurang kurangnya balas lah jasa mereka dengan menjaga mereka sehingga hembusan nafas terakhir mereka.
- IMPAK PENGALAMAN TERSEBUT PADA MASA HADAPAN TERHADAP DIRI DAN KOMUNITI
Saya berharap saya tidak sesekali akan menghantar orang tua saya ke rumah orang tua. Saya akan lebih menghormati ibu bapa saya bermula detik ini. Menghantar mereka kerumah orang tua bukan lah jalan penyelesaiannya. Terdapat banyak cara lagi untuk membalas budi jasa mereka menjaga kita dengan penat lelah selama ini. Sanggup berhutang dengan orang lain semata mata untuk melihat anaknya gembira.
Terhadap komuniti pula, sebelum menghantar ibu bapa kerumah orang tua ingatlah jasa mereka menjaga kita. Apa yang mereka sanggup buat untuk kita. Jika terpaksa pun untuk menghantar ke rumah orang tua , kerap kali lah melawat mereka disana.
ASPEK KEMAHIRAN INSANIAH YANG SAYA DAPAT PERTINGKATKAN
- Kemahiran komunikasi
Sebelum ini saya agak sukar untuk bercakap lagi lagi didepan orang ramai. Dengan adanya program ini sedikit sebanyak mengajar saya untuk berkomunikasi di khalayak ramai walaupun masih ada lagi malu malu untuk bercakap.
- Kemahiran kerja berpasukan
Kerja berkumpulan agak susah pada awalnya. Kerana masing masing mempunyai sikap nak menang tak mahu mengalah. Tetapi itulah yang bagusnya , mengajar kita bermusyuarat dan melemparkan isu isu yang harus dibangkitkan. Dalam masa yang sama kerja berkumpulan terhasil melalui situ.
- Etika dan Integriti
Program ini mengajar saya untuk menghargai orang orang tua. Semasa disana macam macam mereka ceritakan tentang keluarga mereka. Tampak seperti mereka rindu yang amat terhadap keluarga mereka. Jangan sesekali untuk bersikap kurang ajar kepada ibu bapa.
~Wan Luqman Hakeem~
Speak Your Mind