Saya pelajari untuk menyayangi kedua orang tua dan menjaga mereka ketika tua.Selain itu, saya mempelajari untuk melatih diri agar bersabar dalam melayan warga emas.Saya sedar saya mampu berkomunikasi dengan baik dengan warga emas di rumah kebajikan tersebut. Saya rasa sungguh menarik kerana pada mulanya saya begitu risau untuk berkomunikasi dengan orang tua.
Realiti masyarakat sekarang lebih mengejarkan duit dan sanggup meninggalkan ibu bapa mereka di rumah warga emas dengan alasan sibuk bekerja mencari wang. Sedangkan kita patut menjaga mereka kerana mereka ibu bapa yang melahirkan dan membesarkan kita. Malah,tiada lagi yang dapat menjadi pengganti ibu bapa melainkan yang sedia ada.
Pengalaman yang dilalui berbeza dengan tanggapan awal saya. Saya fikirkan rumah kebajikan itu besar seperti balai raya. Namun sangkaan saya meleset,apabila rumah warga emas itu kecil dan terletak di dalam jauh daripada jalan utama.
Saya suka melawat rumah warga emas itu kerana saya dapat kenal mereka serta telatah mereka dengan lebih mendalam. Bagi saya ia adalah satu pengalaman yang sangat menarik.
Isu yang mendesak dalam komuniti tersebut ialah anak-anak mereka lebih rela meninggalkan ibu bapa mereka di rumah tersebut dan sanggup bayar berapa sahaja yuran yang perlu dibayar untuk ibu bapa mereka menetap di sana. Menurut pengurus rumah tersebut,ada segelintir daripada warga emas di situ dibiarkan terabai di hospital dan ada segelintir yang dibuang oleh anak mereka sendiri sehinggakan menjelang hari raya adilfitri sendiri mereka tidak menjenguk langsung ibu bapa yang mereka tinggalkan di rumah kebajikan tersebut.
Aktiviti yang kami jalankan ketika program ada menyentuh isu tersebut. Salah satunya ialah aktiviti ice breaking. Daripada situ saya dan rakan-rakann yang lain mengetahui kisah pahit warga emas yang sudah lama menetap di situ.
- Impak pengalaman tersebut pada masa hadapan terhadap :
- Diri : Saya dapat kesedaran untuk menjaga ibu bapa saya sehingga mereka tua dan melatih diri untuk bersabar melayan orang tua kerana sifat mereka yang akan kembali seperti kanak-kanak, sensitif,mudah terasa,dan inginkan perhatian.
- Komuniti : Dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dengan orang tua di rumah kebajikan tersebut.
Andaian terhadap punca isu tersebut :
- Kurang didikan agama
- Terlalu mengejarkan wang sehingga sanggup menghantar ibu bapa ke rumah orang tua
Pengajaran yang saya perolehi daripada pengalaman tersebut :
- Sentiasa mementingkan ibu bapa dan keluarga dalam apa jua keadaan sekalipun.
- Tidak mengabaikan dan melupakan ibu bapa apabila sudah berjaya dan mempunyai kerjaya sendiri.
- Melayan orang tua dengan sabar dan sopan.
Saya mengaplikasikan pengajaran yang saya perolehi terhadap ibu bapa saya. Walaupun sibuk belajar, saya tidak lupa untuk sentiasa menelefon mereka dan pulang ke rumah ketika cuti pertengahan sem, cuti sem atau cuti perayaan.
Saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut di mana anak-anak yang meninggalkan ibu bapa mereka tanpa berita dan tidak pernah menjenguk sekalipun ibu bapa mereka di rumah warga emas tersebut.
Maklumat yang saya boleh kongsikan dengan orang lain adalah tentang keadaan orang tua di rumah warga emas tersebut serta keadaan rumah warga emas yang kecil. Mungkin saya serta rakan-rakan yang lain dapat membantu dengan memberi sumbangan kepada warga rumah orang tua tersebut.
Sumbangan yang telah kami berikan pada hari itu adalah beberapa guni beras,tiga kotak pampers,tuala serta tasbih. Pada masa akan datang, mungkin dapat memberikan sumbangan dalam bentuk wang serta pampers untuk mereka.
Sumbangan ini dapat memberikan impak positif kepada masyarakat dengan meringankan beban mereka bukan sahaja dari segi kewangan malah masa dan tenaga pengurus rumah warga emas tersebut.
- i) kemahiran komunikasi :
Program ini dapat mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi ini dengan rakan-rakan, orang tua serta orang luar seperti pengurus rumah warga emas tersebut.
- ii) Pemikiran kritis dan Kemahiran menyelesaikan masalah :
Dapat menyelesaikan masalah secara langsung. Contohnya, ketika di rumah warga emas tersebut, ada beberapa aktiviti tidak dapat dijalankan akibat kekangan masa. Maka dari situ kami membuat keputusan untuk menyelesaikan masalah ini kerana terdapat perubahan yang perlu dilakukan pada tentatif program.
iii) Kemahiran kerja berpasukan :
Ahli program dapat menguasai kemahiran kerja berpasukan apabila seluruh ahli program bersatu padu bagi menjayakan program tersebut melalui sikap kerjasama dan toleransi dalam sesuatu unit.
- vi) Kemahiran kepimpinan dan proaktif :
Program ini dapat meningkatkan kemahiran kepimpinan dengan menubuhkan struktur organisasi dan mengagihkan tugas yang telah ditetapkan. Contohnya selaku pengarah dan ahli jawatankuasa pelaksana program, perlulah bersikap tegas dan proaktif bagi menjayakan sesebuah program.
~Farah Adibah~