Refleksi Khidmat Komuniti Nur Ehsan (17)

Sebelum mulanya gerak kerja kami telah berbincang bersama-sama pensyarah di dalam kelas untuk kerangka program dan penerangan mengenai objektif program khidmat masyarakat ini untuk dilaksanakan. Perlantikan ahli-ahli jawatankuasa untuk melaksanakan program ini dilakukan pada hari yang sama.

Semasa gerak kerja, saya telah ditugaskan untuk menjadi salah seorang ahli dalam unit aktiviti yang dianggotai oleh 4 ahli yang lain. Kami membahagikan tugas mengikut slot-slot yang dikendalikan. Kassim Siedik , Farah Adibah dan saya sendiri bertanggungjawab untuk slot “Senaman Pagi” . Namun begitu , di pertengahan gerak kerja setiusaha program terpaksa mengundur diri atas sebab yang tidak dapat dielakkan dan diganti oleh saudari Farah Adibah Binti Mohd Ezanee. Saya dan Kassim telah meneruskan perancangan slot pagi dengan membuat sedikit cendaramata (origami) untuk diberikan kepada penghuni yang terlibat pada hari kejadian. Sebanyak dua pertemuan antara kami telah dijalankan untuk menyediakan cenderamata(origami baju) untuk dihadiahkan kepada penghuni Rumah Nur Ehsan yang ‘sporting’ . Origami itu telah diberikan kepada beberapa orang penghuni Rumah Nur Ehsan yang terlibat dalam aktiviti melukis , menyanyi dan membuat origami paling cantik.

 

Syukur ke hadrat Ilahi kerana program khidmat masyarakat ini , berjalan dengan jayanya atas kerjasama dari semua mahasiswa- mahasiswa yang terlibat. Gambar hari kejadian telah diedarkan kepada mahasiswa yang terlibat sebagai tanda kenang-kenangan.

Knowing the unknown

Apa yang boleh saya pelajari dari penglibatan dalam program khidmat komuniti seperti ini , ialah di mana saya sedar bahawa interaksi saya antara golongan warga emas kurang menyerlah berbanding orang lain . Hal ini kerana , pada hari kejadian saya tidak mampu menjenguk penghuni yang terlantar sakit di dalam rumah kerana saya khuatir saya tidak dapat mengawal keadaan yang mungkin terjadi kepada penghuni tersebut. Sebagai contoh , seorang siswi yang hadir pada hari kejadian telah memberi makan bubur nasi yang disediakan kepada penghuni yang terlantar dan perkara ini tidak dapat dilakukan oleh saya sendiri.

 

 Realiti kehidupan masyarakat

Bagi pendapat saya, realiti kehidupan masyarakat ada pelbagai lapisan masyarakat di mana kebanyakkan penghuni yang berada di Rumah Nur Ehsan datang dari latar belakang keluarga yang senang. Pengalaman yang dialami dan tanggapan awal tidak begitu berbeza. Kerana saya telah pergi ke Rumah Nur Ehsan sebelum itu. Komuniti yang tinggal di rumah ini , ada yang dihantar oleh anak-anak untuk jagaan harian da nada yang dibuang keluarga. Pengalam paling menyedihkan yang masih mekar dalam ingatan saya apabila, seorang penghuni ini dibuang anak pada hari pagi raya apabila anaknya tidak mahu mengambil ibunya untuk sama-sama menyambut sambutan hari raya. Secara keseluruhannya saya amat menyukai pengalaman yang saya alami semasa di Rumah Nur Ehsan kerana ini kali pertama saya berinteraksi dengan golongan yang lebih berumur dan lanjut usianya. Banyak perkara yang perlu dititikberatkan ketika berinteraksi dengan orang lebih lanjut usianya kerana mereka ini hati mudah terguris. Alhamdulillah aktiviti yang dijalankan secara kesuluruhan diterima baik oleh penghuni-penghuni dan juga pengurus yang terlibat menjaga mereka.

 

Impak pengalaman yang dapat dirumuskan terhadap diri saya ialah, dapat belajar cara bergaul dengan golongan yang lebih tua dan juga bekerja secara berkumpulan walaupun kebanyakkan mahasiswa yang terlibat termasuk saya lokek ilmu dan pengalaman dalam aktiviti berkomuniti seperti ini. Punca yang boleh wujudnya komuniti orang-orang tua yang ditempatkan di rumah orang tua kadangkala bermula apabila anak-anak mereka terlalu sibuk mengurus kerjaya masing-masing. Komitmen kepada kerja dan keluarga perlu dibahagikan namun sebahagian besar individu-individu yang mengahadapi situasi begini tidak mampu memberi komitmen yang sebaiknya kepada keluarga mereka. Pengajaran yang boleh saya dapati juga dari hasil pengalaman sepanjang mengikuti program komuniti ini, saya haruslah berfikir lebih jauh sebelum menceburi sesuatu bidang pekerjaan di masa akan datang. Hal ini demikian kerana, komitmen saya sebagai seorang anak tidak seharusnya saya abaikan. Jika bagi saya, pengalaman dilalui oleh setiap penghuni ingin sekali saya ketahui tetapi kekangan masa dan beberapa factor lain menyebabkan niat saya untuk bertanya lebih lanjut itu hanya disimpan dan tidak mampu diluahkan. Hasil dari pengalaman ini, dapat saya kongsikan kepada orang lain jenis aktiviti yang sesuai dilakukan bersama golongan lebih tua dan cara berinteraksi dan berbual dengan mereka tidak seperti kita berbual dengan orang biasa. Ini kerana sebahagian dari mereka mempunyai kecatatan akal dan lupa. Bentuk sumbangan yang boleh disalurkan kepada mereka bukan sahaja dalam bentuk kewangan, pakaian, dan keperluan harian malah kasih saying yang ikhlas mampu memberi aura positif kepada inidividu yang kita cuba dekati ini. Impak positif program ini dijalankan dapat menjadi teladan kepada masyarakat sekeliling kita agar tidak mengabaikan orang yang lebih tua dan memberi fokus kepada orang muda. Kerana tanpa orang yang lebih tua siapalah kita pada hari ini. Pengalaman dan bakti mereka serta pengorbanan yang mereka lalui telah memberi tempat kepada siapa kita di hari ini.

Aspek kemahiran insaniah yang dapat diperoleh dari program ini ialah kemahiran berkomunikasi. Seperti saya huraikan sebelum ini , program ini banyak membantu saya dan juga mahasiswa lain untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan golongan yang lebih lanjut usianya. Tambahan pula, melalui program ini juga, telah mengajar saya cara membuat perbincangan dengan pihak yang terlibat dan juga ahli-ahli jawatankuasa yang turut terlibat menjayakan program ini. Selain itu , kemahiran dari segi pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah juga termasuk sepanjang program ini berlangsung. Hal ini demikian kerana, pada hari kejadian pihak kami tidak dikhabarkan bahawa terdapat pertindihan program di antara Universiti Teknologi Malaysia dan sebuah organisasi lain. Pada masa ini, setiap mahasiswa perlu memainkan peranan masing-masing bagi menjayakan setiap slot dalam masa yang diperuntukan kepada kami. Dalam keadaan ini juga mengajar kami erti kemahiran kerja secara berpasukan. Ketua haruslah mengeluarkan arahan yang jelas supaya tindakan lanjut dapat dilaksanakan oleh anak-anak buahnya.

Speak Your Mind

*