Refleksi Khidmat Komuniti Nur Ehsan (2)

Pada 21 November 2015, TITAS seksyen 37 telah mengadakan lawatan ke Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan.

 

Untuk menjayakan program ini, ahli-ahli seksyen 37 telah memainkan peranan masing-masing dengan sepenuh hati. Saya dan Han Xin Hui bertanggungjawab untuk menyediakan cenderahati untuk warga-warga emas. Walaupun saya mempunyai pengalaman dalam menyediakan cenderahati untuk program-program sewaktu sekolah menengah, tetapi untuk kali ini, saya dan ahli unit saya, Han turut tidak memandang ringan tanggungjawab ini. Ini disebabkan rumah warga emas yang akan kami melawat adalah rumah warga emas muslim. Kami perlu mempertimbangkan banyak aspek semasa penyediaan. Kami perlu memikir cenderahati yang sesuai untuk warga emas dan turut harga cenderahati yang dalam bajet unit kami. Akhirnya kami mengambil keputusan membeli tuala kecil untuk warga emas. Kami mencari maklumat dari internet bersama-sama. Untuk mendapat harga yang lebih rendah, kami mengambil keputusan untuk membeli tuala kecil daripada pemborong. Beberapa hari sebelum lawatan, akibat budjet yang mencukupi, kami menerima cadangan ahli-ahli yang lain untuk membeli tasbih untuk warga-warga emas sebagai cenderahati lawatan ini juga. Dua hari sebelum lawatan, saya dan Han telah bertolak untuk membeli cenderahati. Kami pergi ke kedai yang menawarkan perkhidmatan membuat plakat yang terletak di Taman Universiti untuk menempah plakat. Selepas itu, kami pergi ke kedai Mr.DIY dalam U-Mall untuk membanding harga tuala kecil yang dijual di situ dengan harga yang ditawarkan oleh pemborong. Selepas mengenalpasti harga pemborong lebih murah, kami terus mencari tasbih yang dijual dalam U-Mall. Akibat harga tasbih yang dijual oleh kedai-kedai U-Mall telah melebihi budjet kami, kami mengambil keputusan bertolak ke Syarikat Perniagaan Tong Seng yang terletak Bandar Baru Permas Jaya. Selepas membeli tuala kecil, kami pergi ke Mydin yang terletak di Taman Rinting untuk membeli tasbih. Proses membeli tasbih merupakan pengalaman yang amat istimewa bagi saya dan Han. Untuk menjimat masa, kami terus tanya pekerja hypermarket Mydin lokasi meletak tasbih. Selepas itu, kami telah menggunakan masa yang panjang untuk memilih tasbih. Akibat perbezaan agama dan kepelbagaian jenis tasbih di depan kami, kami tidak tahu tasbih yang mana patut kami beli. Oleh itu, kami tanya pendapatan pensyarah kami supaya dapat membeli tasbih yang sesuai untuk waarga emas. Semasa memilih tasbih, kewujudan kami telah manarik perhatian pekerja-pekerja di situ kerana agama kami. Seorang pekerja lebih berumur pula menjeling kami semasa kami sedang memilih tasbih, kemungkinan dia anggap kami menganggap tasbih sebagai barang hiasan. Walau bagaimanapun, pengalaman ini menyebabkan kami memahami kegunaan tasbih. Selepas itu, kami mengira budget yang tinggal dan mengambil keputusan untuk membeli kotak-kotak kecil untuk memasukkan tuala kecil dan beg kecil untuk memasukkan tasbih.

 

Pada 21 November pagi, ahli-ahli seksyen 37 termasuklah pensyarah kami berkumpul di Mak Ngah. Selepas makan sarapan pagi, kami bertolak ke Rumah Warga Emas Nur Ehsan dengan menaik bas. Apabila tiba di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, saya berasa terkejut apabila melihat keadaan dan sekililing Nur Ehsan. Persekitaran Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan amat berbeza dengan rumah orang tua yang pernah saya lawati. Ahli-ahli seksyen 37 dan pensyarah memberi salam kepada warga-warga emas. Aktiviti ice-breaking telah bermula, ahli-ahli seksyen 37 telah dibahagikan kepada beberapa kelompok untuk berbual-bual dengan warga-warga emas. Saya, Izyan dan Liyana berbual dengan seorang warga emas yang berbaring. Selepas itu, Kassim telah memimpin semua orang menjalankan aktiviti senamrobik. Senamrobik yang disediakan adalah mudah dan tidak memerlukan tenaga yang banyak atas pertimbangan kebanyakan warga emas tidak berdaya dan telah uzur. Ahli-ahli seksyen 37 telah menyediakan aktiviti melukis atas kertas-kertas warna dan melipat origami. Ahli-ahli seksyen 37 mengajar warga-warga emas melipat origami. Semua orang menjalankan aktiviti-aktiviti sambil berbual-bual. Warga-warga emas turut berpantun dan mereka yang berpantun dan melukis dengan baik diberi hadiah. Mereka yang mendapat hadiah senyum dengan gembira seperti kanak-kanak yang mendapat gula-gula. Bubur ayam turut disediakan untuk warga-warga emas. Saya berasa puas hati gembira melihat warga-warga emas makan dengan gembira. Beberapa ahli seksyen 37 menyuap warga emas yang tidak berdaya dengan prihatin. Selepas itu ialah sesi memberi cenderahati, ahli-ahli seksyen mengagihkan cenderahati kepada warga-warga emas. Semua orang menghayati video pendek yang merekod detik-detik ahli-ahli seksyen 37 dengan warga-warga emas yang disediakan oleh Ryan. Sebelum meninggal Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, semua orang menangkap gambar bersama-sama sebagai kenangan. Program ini diakhiri pada kira-kira pukul 12 tengah hari. Selepas balik ke UTM, ahli-ahli seksyen 37 mendapat bungkusan makanan sebagai tengah hari.

 

Sebenarnya semasa mengetahui seksyen 37 mengambil keputusan untuk mengadakan lawatan ke Rumah Warga Emas Nur Ehsan, perasaan saya pada masa itu agak keliru. Dalam satu tangan, saya berasa gembira kerana dapat menyumbang kepada komuniti yang memerlukan kasih sayang tetapi pada masa yang sama dalam hati saya mempunyai kebimbangan. Saya bimbang bahawa aktiviti seperti ini bukan mendatangkan perasaan kasih sayang kepada orang tua sebaliknya lebih kepada mendatang perasaan belas kasihan kepada warga-warga emas. Belas kasihan daripada orang lain cuma akan melemahkan keadaan mental mereka dengan rasa dirinya tidak berguna lagi atau menanam perasaan rendah diri dalam hati. Saya membimbangkan bahawa warga-warga emas akan menganggap kedatangan kami cuma kerana mempunyai perasaan belas kasihan terhadap mereka dan ini akan menyinggung perasaan mereka atau menimbul perasaan ketidakselesaan. Saya turut bimbang bahawa lawatan kami cuma akan membawa perasaan gembira yang sementara kepada mereka dan perasaan kecewaan yang dalam akan menganti perasaan gembira yang sementara itu selepas kami balik. Jadi, mungkin lawatan ini akan membawa perasaan kekecewaan kepada mereka secara tidak langsung.

 

Selepas lawatan ini, saya telah mengubah fikiran saya. Apabila saya melihat senyuman yang meliputi air muka warga-warga emas yang sunyi itu, saya menyedari kebimbangan saya adalah lebih. Walaupun lawatan kami akan membawa kecewaan kepada mereka, tetapi kegembiraan yang pernah mereka merasai kerana kedatangan kami tidak akan lenyap bersama ketinggalan kami. Perasaan kesunyian yang mereka alami dapatlah disembuhkan dengan lawatan kami yang mengingatkan mereka bahawa mereka bukan golongan yang dipinggir dan dilupai oleh masyarakat tetapi golongan masih diambilberat. Senyuman yang berhinggap pada muka mereka sehingga ke ketamatan lawatan ini telah membuktikan lawatan kami telah membawa kegembiraan kepada mereka. Bagi saya, ini merupakan objektif utama lawatan ini diadakan.

 

Semasa tingkatan enam, saya merupakan ahli pembimbing rakan sebaya dari unit bimbingan kaunselling. Saya pernah menyertai Program Bersamamu Warga Emas yang melawat ke Rumah Seri Kenangan Cheras, Selangor. Persekitaran and kemudahan Rumah Seri Kenangan Cheras amat selesa dan sempurna. Kawasan Rumah Seri Kenangan Cheras turut amat luas. Warga-warga emas di situ kebanyakan masih aktif. Rumah warga Emas Nur Ehsan pula tidak mempunyai kemudahan yang sempurna dan sekitar yang baik, keadaan warga emas di situ lebih uzur dan tidak berdaya. Pengalaman melawat ke Rumah Seri Kenangan Cheras amat berbeza dengan pengalaman melawat ke Rumah Warga Emas Nur Ehsan. Terdapat kejurangan yang amat besar antara kedua-dua rumah orang tua ini.   Menghantar ibu-bapa ke pusat jagaan telah semakin menjadi “trend” masa kini. Fenomena ini amat menyedihkan. Isu ini haruslah dipandang berat oleh masyarakat hari ini. Ibu bapa telah membesarkan anak dengan bersusah payah. Mereka memberi segala yang terbaik kepada anak-anak mereka tetapi akhirnya mendapat anak menghantar mereka ke pusat jagaan semasa mereka telah uzur sebagai balasan. Lawatan ke pusat jagaan diharapkan dapat menyedarkan pemuda-pemuda hari ini supaya tidak melayan ibu bapa begini masa depan. Pekerja-pekerja yang bekerja di pusat jagaan dan sukarela yang rela menyumbang kepada warga emas tanpa mngharapkan balasan amat dikagumi. Mereka yang menjaga warga-warga emas dengan teliti, prihatin dan memberi kesabaran sepanjang masa haruslah dihargai dan mendapat penghormatan dari masyarakat kerana mereka seolah-olahnya memikul tanggungjawab yang seharusnya dijalankan oleh anak warga-warga emas.

 

Antara aspek-aspek kemahiran insaniah yang saya dapat pertingkatkan melalui program ini ialah kemahiran komunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran kerja berpasukan. Sepanjang masa penyediaan, saya dapat berkomunikasi dengan rakan-rakan seksyen 37 dengan kerap. Untuk menjayakan program ini semua unit kerap berkomunikasi dan mengadakan mesyuarat. Bukan itu sahaja, unit cenderahati turut perlu berkomunikasi dengan unit aktiviti untuk mengambil keputusan apa perlu dibeli. Unit cenderahati juga berkomunikasi unit yang lain untuk menetapkan masa pengedaran cenderahati. Selain itu, program ini telah pertingkatkan  pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah. Saya dan Han telah mengambil keputusan untuk membeli tuala yang letak dalam bekas yang berbentuk “love” semasa melayari laman web pemborong tuala tersebut tetapi pada hari membeli cenderahati, pihak pemborong memberitahu kami bahawa tuala dan bekas itu tidak dijual lagi. Untuk mengatasi masalah ini, saya dan Han berbincang dan mengambil keputusan untuk memilih tuala lain yang tanpa bekas. Kemudian, kami membelikan kotak kecil untuk memasukkan tuala-tuala. Akhir sekali ialah kemahiran kerja berpasukan. Saya dan Han telah meluangkan masa untuk merancang dan mencari maklumat bersama-sama. Sebelum membuat keputusan kami akan berbincang dengan satu sama lain untuk mengeluarkan keputusan yang terbaik. Kami turut mengagihkan kerja-kerja yang perlu dibuatkan.

~Chik Wen Xin~