Pada 21 November 2015, kami pelajar dari seksyen 37 Tamadun Islam dan Asia Tenggara UICI1012 telah mengadakan program amal Helping Hands UTM-Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan.
Saya memainkan peranan sebagai AJK aktiviti bagi aktiviti “Ice Breaking” dengan tujuan untuk memastikan perjalanan program yang melibatkan pelajar bersama penghuni rumah jagaan tersebut berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah dari segi komunikasi, pergaulan, dan kerjasama serta tanpa wujud rasa janggal antara pelajar dan warga emas semasa melakukan aktiviti bersama. Bagi gerakerja sebelum, saya bersama rakan saya yang turut berperanan sebagai AJK aktivi bagi aktiviti “Ice Breaking” telah membincangkan beberapa aktiviti sesi berkenalan dalam kumpulan yang melibatkan aktiviti sampingan yang menarik seperti melilitkan benang pada jari ahli kumpulan yang sedang memperkenalkan diri dan benang tersebut akan bergerak kepada ahli kumpulan yang bertentangan dimana hasilnya akan membentuk “web” yang menarik dan aktiviti yang melibatkan beberapa jenis warna gula-gula dimana ahli kumpulan akan memperkenalkan diri dari segi tertentu seperti nama, umur, tempat asal, hobi, dan sebagainya berdasarkan warna gula-gula yang diberikan.
Memandangkan penghuni Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan terdiri daripada warga emas dan bekas penghuni Hospital Bahagia Tampoi, maka kami merancang pembahagian dibuat berdasaPembahagian kumpulan sepatutnya melibatkan pelajar dan warga emas dari jantina yang sama atas nasihat daripada Dr. Akmaliza. Walaubagaimanapun, pembahagian kumpulan tidak dapat dilakukan sebelum aktiviti kerana usaha kami untuk medapatkan senarai nama mereka yang terlibat gagal. Kemudian, saya bercadang untuk membahagikan kumpulan semasa aktiviti kerana aktiviti ini tidak melibatkan kumpulan yang besar. Bagi gerakerja semasa, masalah besar timbul yang melibatkan pembahagian kumpulan dimana warga emas yang terlibat dalam program ini kesemuanya adalah golongan wanita, tetapi pembahagian kumpulan tetap dijalankan mengikut keadaan dan kedudukan kumpulan warga emas di situ. Aktiviti bagi slot “Ice Breaking” pula tidak dapat dijalankan kerana kesuntukan masa. Gerakerja selepas tidak melibatkan banyak aktiviti dan kami dari pihak AJK aktiviti hanya membantu dari segi tenaga kerja seperti mengangkat barang.
Selepas program berakhir, saya tidak pelajari apa-apa perkara baru atau menarik mengenai diri saya. Saya cuma yakin bahawa saya telah memberikan komitmen saya kepada program ini dan menjalankan tanggungjawab saya.
Saya tidak pelajari banyak mengenai realiti kehidupan masyarakat melalui program ini kerana sifat manusia yang tidak menghargai akan manusia sekitarnya yang telah banyak berkorban untuknya adalah sering berlaku lebih-lebih lagi apabila mereka tidak lagi memerlukan pertolongan daripada golongan tersebut tidak kiralah ibubapa atau adik-beradik. Walaubagaimanapun, pengalaman yang saya dapat dari program ini adalah amat bernilai.
Budaya meletakkan ibubapa di bawah jagaan rumah warga tua ini berlaku kerana manusia ini merupakan golongan yang mudah terpedaya dan terpengaruh dengan kesenangan dan keselesaan hidup di dunia sehingga lupa akan asas kehidupan sebagai seorang manusia iaitu sifat berperikemanusiaan. Memang benar menajaga golongan yang tua itu susah dan payah apatah lagi apabila mereka berpenyakit, tetapi sifat berperikemanusiaan dalam diri itulah yang menentukan si anak akan terus menjaga ibubapanya yang tua atau tidak menjaga mereka. Bagi saya, sebagai seorang anak, kita haruslah menjaga ibubapa kita sehinggalah meraka tua lebih-lebih lagi apabila meraka dalam keadaan yang tidak mampu. Pada umur mereka dan keadaan mereka yang bergitu, kebarangkalian untuk dipanggil oleh Allah itu adalah tinggi. Sebagai seorang anak, lalukanlah pengorbanan yang terakhir untuk menjaga mereka supaya mereka tidak menyesal hidup di muka bumi ini pada umur mereka dan keadaan mereka yang bergitu. Pada pendapat saya, lupakan atau ketepikan kesengan dunia itu buat sementara waktu demi memberi laluan kepada ibubapa kita lebih-lebih lagi yang sedang tenat supaya sisa-sisa hidup mereka dihabiskan bersama anak-anak.
Aspek kemahiran yang saya dapat pertingkatkan ialah dari segi pemikiran kritis dan menyelesaikan masalah kerana saya berjaya menyelesaikan masalah pembahagian kumpulan semasa program tersebut berjalan walaupon pembahagian kumpulan ini merupakan asas atau permulaan supaya program tersebut dapat berjalan ke peringkat atau slot yang seterusnya tanpa sebarang senarai nama atau bantuan dari pihak jagaan tersebut.
~Ikmal~