Pada 21 November 2015, TITAS Seksyen 37 telah menganjur Program Helping Hands 2015 di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan. Semua mahasiswa/i dari TITAS seksyen 37 dan pensyarah Dr. Akmaliza Bt Abdullah telah melibatkan diri dalam program ini.
Saya dan kawan sekelas saya, Chik Wen Xin telah dilantik sebagai ahli unit cenderamata. Setelah beberapa perjumpaan dan mesyuarat dengan pensyarah dan semua AJK program ini, kami telah mendapat panduan untuk memberi cenderamata yang paling sesuai untuk warga emas Pusat Jagaan Nur Ehsan. Kami telah mengambil keputusan untuk membeli tuala kecil dan tasbih untuk warga emas. Kami juga dikehendaki membeli kenangan plakat untuk Pusat Jagaan Nur Ehsan sebagai kenangan. Kebanyakan warga emas sudah uzur dan bertindak lambat, kami ingin menghadiahkan barangan yang dapat digunakan oleh mereka dan bukan hiasan sahaja. Semua warga emas di pusat jagaan tersebut adalah beragama Islam, oleh itu, tasbih sangat sesuai untuk mereka. Saya dan Chik amat mementingkan program ini kerana tanggungjawab kami dapat membawa kegembiraan kepada bukan sahaja watga emas, tetapi juga untuk Pusat Jagaan Nur Ehsan. Kami amat berharap dapat mewakili TITAS Seksyen 37 untuk memberi hadiah kenangan yang kecil tetapi perasaan kebahagiaan yang sepenuhnya kepada warga emas yang jarang mendapat cenderamata. Kami ingin mengkongsikan perasaan kegembiraan dan kebahagiaan semua ahli dari TITAS seksyen 37 dan pensyarah kami dengan semua warga emas dan juga semua pekerja di pusat jagaan tersebut.
Untuk persediaan awal, saya dan Chik telah mencari beberapa kedai dan pemborong untuk berbanding harga tuala kecil. Kami ingin mendapat tuala kecil yang berkualiti tinggi dalam harga yang terendah supaya dapat menjimatkan baget yang ditetapkan. Untuk tasbih, kami telah mendapat pandangan dari ahli lain bahawa boleh membeli tasbih di hypermarket seperti Mydin. Kami telah menghubungi beberapa pemborong dan kedai untuk mendapat harga yang terendah dan munasabah. Akhirnya kami telah memilih beberapa lokasi untuk mendapat harga yang memuaskan. Kami telah merancang perjalanan yang paling sesuai supaya tidak membazirkan masa. Pada 19 November 2015, saya dan Chik telah mendapat bantuan daripada abang Chik untuk membeli barangan. Pada permulaan, kami telah pergi Taman Universiti untuk mencari sebuah kedai membuat cenderamata dan trophy. Kami telah menempah plakat kenangan di sana. Selepas itu, kami telah pergi Mr. D.I.Y yang terletak di U-Mall, Skudai untuk membandingkan harga tuala, tetapi harga tuala di Mr. D.I.Y agak mahal. Oleh itu, kami mengambil keputusan untuk membeli tuala di sebuah pemborong tuala yang terletak di Bandar Baru Permas Jaya. Walaupun pemborong tersebut sangat jauh tetapi kualiti tuala mereka sangat baik dengan harga yang lebih rendah. Selepas itu, kami telah pergi Mydin Wholesale Hypermarket di Taman Rinting, Masai untuk membeli tasbih. Semasa membeli tasbih, Saya dan Chik keliru apabila menghadapi jenis tasbih yang berbeza-beza dari segi saiz dan warna. Hal ini demikian kerana kami tidak biasa dengan tasbih walaupun kami pernah melayari internet untuk memdapat gambar tasbih tetapi kami tidak tahu adakah hanya tasbih tertentu sesuai untuk warga emas. Akhirnya, kami telah mendapat tujuk ajar dari pensyarah kami untuk memilih tasbih yang sesuai. Semasa proses pembelian tasbih ini, terdapat seorang pekerja asyik menjeling kami. Kami rasa pekerja tersebut mungkin ingat kami bermain-main dengan tasbih kerana tasbih merupakan untaian butir manik-manik agama Islam. Pekerja tersebut kemungkinan besar rasa kami tidak menghormati agama lain, tetapi kami tidak berniat begitu. Selepas mengira kos yang telah digunakan, kami terdapat baki yang mencukupi untuk membeli bekas untuk tuala kecil dan tasbih. Kami memilih bekas yang cantik tetapi perlu sendiri DIY dan juga bag kecil untuk mengisi tasbih. Pada keesokkan hari, saya dan Chik telah DIY bekas tersebut untuk mentaruhkan tuala kecil dalam bekas dan mengisikan bag kecil dengan tasbih. Pada waktu petang, kami telah pergi kedai membuat cenderamata dan trophy untuk mengambil plakat kenangan yang ditempah. Selepas menyiapkan persediaan, saya dan Chik amat gembira dan bersyukur mendapat bantuan daripada rakan sekelas, pensyarah dan juga abang Chik. Pada masa itu, kami rasa sangat puas hati kerana dapat menyempurnakan tanggungjawab kami dalam baget dan masa yang ditentukan.
Pada 21 November 2015, semua ahli TITAS Seksyen 37 dan pensyarah berkumpul di Mak Ngah’s catering untuk bersarapan pada pukul 7 pagi. Lebih kurang pukul 8, kami bertolak ke Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan. Kami tiba di sana pada pukul 8.45 am, sebaik tiba di sana, saya berasa terkejut kerana pusat jagaan tersebut pada luar jangkaan saya. Pusat jagaan tersebut tidak begitu mewah dan sedikit lusuh. Semua warga emas kelihatan penat dan termenung semasa ketibaan kami. Pada masa itu, saya berasa segan kerana takut ketibaan kami telah membebankan mereka. Tetapi semasa proses ice-breaking, semua warga emas mula menikmati aktiviti-aktiviti yang dilangsungkan oleh ahli TITAS Seksyen 37. Semasa saya berbual-bual dengan warga emas Nur Ehsan, saya mendapati mereka sangat sunyi dan mereka amat suka kedatangan kami. Melalui perbualan dengan warga emas, kebanyakan anak-anak mereka sibuk dengan pekerjaan masing-masing, oleh itu, mereka dihantar ke pusat jagaan untuk mendapat jagaan yang lebih sempurna. Selepas sesi ice-breaking, aktiviti seterusnya ialah senamrobik. AJK program Helping Hands telah menimbang situasi warga emas dengan menyediakan senamrobik yang senang dan dapat membuat dengan duduk di atas kerusi. Pada sesi itu, saya mendapati warga emas membuat pergerakan dengan sifat kebudakan. Muka mereka ceria dan tidak ada perasaan tidak sabar. Saya amat terharu apabila melihat situasi ini. Sesi seterusnya ialah aktiviti melipat origami. Mereka melipat origami dan juga segelintir melukis gambaran di atas kertas warna. Pada masa itu, semua AJK juga menulis perkataan rahmat untuk warga emas sebagai kenangan untuk mereka. Kami juga telah menyediakan makanan iaitu bubur untuk warga emas. Terdapat beberapa AJK menyuapkan bubur untuk warga emas. Apabila saya menampak situasi ini, saya amat terharu kerana AJK kami melayankan warga emas sebagai ibu kandungan mereka dengan seikhlas hati. Selepas itu, saya dan Chik memberikan cenderamata kepada semua warga emas. Sebaik sahaja mereka mendapat cenderamata, muka warga emas bersyukur dan sangat ceria. Apabila saya mengedarkan hadiah, saya pun berasa sangat gembira dan puas hati kerana warga emas sangat suka cenderamata yang kami sediakan. Pada sesi akhir, iaitu sesi bergambar, semua warga emas senyum dengan seiklas hati dan ini telah menjadi kenangan yang sangat istimewa dan gembira semua orang. Kami telah mengakhirkan program ini pada pukul 12 tengah hari. Selepas balik dari Pusat Jagaan Nur Ehsan, semua AJK dan pensyarah mendapat bungkusan makanan tengah hari.
Sebelum program ini, saya tidak pernah melibatkan diri dalam aktiviti seperti ini. Pengalaman ini sangat saya hargai. Melalui program ini, saya dapat mengetahui cara bercakap terutamanya terhadap wagra emas. Semasa berbual-bual dengan mereka, saya selalu mengingatkan diri supaya tidak menyentuh isu yang sensitif supaya tidak melukai hati mereka. Di samping itu, saya juga dapat mempelajari sabar. Semasa menghangdapi dengan warga emas yang uzur, mereka bertindak tidak begitu cergas, oleh itu, saya selalu sabar apabila berbual-bual dengan mereka atupun pada masa mengedarkan cenderamata. Sebelum ini, saya selalu tidak menyempurnakan tanggungjawab sendiri dengan sepenuh hati. Melalui program ini, daripada perancangan, proses pembelian dan akhirnya di pusat jagaan, saya mendapati saya dapat menyempurnakan tanggungjawab saya dengan seikhlas hati.
Semasa menghadapi warga emas di Pusat Jagaan Nur Ehsan, saya berasa simpati dengan perbuatan anak mereka yang menghantar warga emas ke pusat jagaan. Anak mereka menganggap perbuatan mereka dapat menjaga ibu mereka, tetapi sebaliknya, ibu mereka hanya memerlukan temanan anak mereka sahaja. AJK program ini dapat melayan warga emas sebagai ibu kandungan mereka, kenapa anak-anak mereka tidak dapat melayankan ibu kandungan sendiri dengan sepenuh hati? Masyarakat sekarang yang semakin mementingkan kekayaan ini telah menyebabkan keadaan bilangan warga emas bertambah di pusat jagaan. Pada pendapat saya, ibu bapa merupakan orang yang paling berdekatan dengan kita dan mereka bersusah payah membesarkan kita, kita tidak harus menghantar mereka ke pusat jagaan malahan sepatutnya menjaga mereka dengan sepenuh hati. Penubuhan Rukun tetangga haruslah didorongkan secara besa-besaran. Hal ini demikian kerana semua komuniti terutaanya mereka yang pertengahan umur dapat melibatkan diri dalam sktiviti yang bermakna ini. Komuniti ini kebanyakkan yang terdiri daripada warga emas kerana mereka mempunyai masa lapangan yang banyak. Secara langsung, anak-anak mereka tidak perlu merisaukan ibu bapa mereka terlalu lapang dan kadar menghantar ibu bapa ke pusat jagaan dapat dikurangkan.
Melalui program ini, aspek kemahiran insaniah yang dapat saya pertingkatkan melalui program ini ialah kemahiran komunikasi. Kemahiran komunikasi saya dipertingkatkan apabila saya berbincang dengan AJK Program Helping Hands lain. AJK lain mempunyai tanggungjawab masing-masing, tetapi kami dikehendaki saling berkomunikasi dan bekerjasama supaya program ini dapat dijalankan dengan lancar. Sebagai contoh, masa sesi pengedaran cenderamata telah ditetapkan selepas berbincang dengan AJK lain. Kemahiran seterusnya ialah pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah. Dari proses perancangan, proses perbandingan antara kedai-kedai, proses pembelian dan penyediaan dan proses pengedaran hadiah, saya telah mempelajari pemikiran krisis dengan menentukan yang mana perbuatan dan keputusan paling sesuai untuk program ini. Apabila saya dan Chik menghadapi masalah semasa proses pembelian, kami berbincang bersama-sama dan menukarkan perancangan yang telah ditetapkan awal supaya dapat meyelesaikan masalah dengan secepat mungkin. Sebagai contoh, asalnya kami ingin membeli tuala kecil di Mr. D.I.Y, tetapi harga terlalu mahal dan kami mengambil keputusan pergi ke pemborong yang terletak di Bandar Baru Permas Jaya. Kemahiran selanjutnya ialah kemahiran kerja berpasukan. Unit cenderamata hanya terdiri daripada saya dan Chik. Kami saling bekerjasama dan membahagikan kerja supaya dapat menyempurnakan kerja kami dalam masa yang singkat. Sebagai contoh, Chik telah mencari beberapa kadei dan pemborong menjual tuala kecil, malahan saya menghubungai mereka untuk mendapat informasi yang lebih lanjut.
Kesimpulannya, program ini telah memanfaatkan saya bukan sahaja kemahiran teknikal tetapi juga kemahiran insaniah yang sangat berguna untuk masa depan saya.
~Han Xin Hui~