Refleksi Khidmat Komuniti Nur Ehsan (7)

(A)

Sebelum

Sebelum hari kejadian, saya telah dicadangkan untuk menyertai Unit Tugas-tugas Khas serta ditugaskan untuk merancang apa yang perlu dilakukan serta apa yang diperlukan untuk hari kejadian tersebut. Antara perkara yang telah saya lakukan adalah menyediakan templat video yang akan ditayangkan pada hari kejadian serta menyenaraikan alatan yang diperlukan seperti kamera.

Saya telah menyertai beberapa mesyuarat yang bertujuan untuk merancang jadual untuk hari kejadian tersebut. Saya juga telah memberi beberapa cadangan untuk unit aktiviti supaya melakukan aktiviti yang perlahan. Saya juga dapat mengenal pasti beberapa masalah etika semasa menjalankan mesyuarat. Antara contohnya adalah peserta tidak memberi perhatian semasa peserta lain sedang bercakap.

 

Semasa

Semasa hari lawatan, antara masalah yang dihadapi adalah kamera yang tidak mempunyai kuasa bateri dan saya telah dipaksa untuk mengecaskan baterinya walaupun pada masa yang singkat. Saya teruskan mengecas bateri kamera selepas sampai ke Rumah Warga Emas Nur Ehsan. Saya juga telah memberi arahan kepada unit tugas-tugas khas yang lain untuk mengambil gambar yang mereka rasa sesuai. Sementara itu, saya berada di dalam Rumah tersebut kerana dipaksa mengubah templat yang telah saya sediakan disebabkan jangka masa lawatan telah dipendekkan. Saya juga telah ditugaskan untuk menyediakan video montaj untuk dikongsi bersama semua peserta program tersebut.

 

Selepas

Selepas hari lawatan ke Rumah Warga Emas Nur Ehasan, saya telah diberi amanah untuk memuat naikkan video montaj yang telah saya sediakan ke YouTube supaya dapat dikongsi bersama semua peserta tanpa mengira di manakah mereka.

Saya juga telah diberi amanah untuk menyediakan gambar yang akan di-frameĀ­-kan dan dihantar kepada pihak pengurusan Rumah Warga Emas Nur Ehsan.

 

 

 

 

 

 

 

 

(B)

Setelah program berakhir, saya dapat sedari bahawa kemahiran pemikiran kritikal serta kemahiran penyelesaian masalah saya telah meningkat. Ini dapat dilihat jelas apabila berlaku perubahan masa dan saya terpaksa untuk mengubah apa yang telah disediakan dalam masa yang singkat. Selain itu, saya juga diuji apabila dapat tahu tentang masalah kamera yang tiada bateri dan saya dipaksa untuk mengecas kamera tersebut serta menggunakannya pada masa yang tersingkat.

 

(C)

Masyarakat zaman kini telah berbeza berbanding dengan masyarakat zaman dulu. Kini, ramai orang berasa adalah lebih penting untuk mencari kerja dan rezeki berbanding dengan keluarga yang mereka sepatutnya menyayangi. Seperti yang wakil pihak pengurusan Rumah Warga Emas Nur Ehsan beritahu, mereka semua yang telah ditinggalkan di sana mempunyai anak dan anak mereka telah meninggalkan mereka dengan pelbagai alasan. Ibu-ibu yang telah ditinggalkan di sana berasa kesunyian tanpa teman yang merek menyayangi.

Manusia zaman kini perlu dididik supaya menyayangi keluarga mereka dan selalu mengutamakan keluarga mereka daripada kekayaan. Mereka perlu dididik sejak kecil lagi supaya keutamaan itu menjadi suatu perkara yang biasa.

 

(D)

Saya rasa saya akan lebih menyayangi dan menghargai ibu bapa saya yang telah membesarkan saya selama 21 tahun ini. Saya juga akan lebih melakukan kerja sukarela supaya dapat lebih memahami masalah yang dihadapi oleh dunia sekarang. Saya juga rasa adalah lebih baik jika saya dapat tahu latar belakang setiap warga emas dan sebab mengapakah mereka ditinggalkan di sana supaya lebih memahami dan mendapat pengajaran dari cerita mereka.

 

~Ryan Low Wei Yee~