- GERAKAN KERJA SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS
Gerakan kerja sebelum kami tidak berjalan seperti apa yang diharapkan. Semua jawatankuasa masih lagi terpinga-pinga dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Saya sendiri sebagai jawatankuasa tugas-tugas khas juga tidak tahu apa yang perlu dilakukan kerana ketua jawatankuasa tugas-tugas khas Muhamad Luqman bin Nizam menarik diri daripada program ini atas hal tertentu. Selepas penambahan ahli baru dalam jawatankuasa tugas-tugas khas , barulah saya tahu tugas apa yang perlu saya lakukan. Tugas saya sewaktu sebelum program tersebut adalah mendapatkan kamera DSLR. Saya cuba dapat kan kamera tersebut daripada persatuan-persatuan dan rakan-rakan namun gagal.
Sewaktu program itu berlangsung, kami dalam tidak tahu apa yang dilakukan kerana keadaan di rumah orang tua tersebut tidak seperti yang dijangkakan. Namun, kami jalankan tugas-tugas yang perlu dilakukan seperti yang dirancang. Kami juga mengalami masalah lain iaitu kamera yang dipinjam perlu dicaj baterinya kerana bateri kamera tersebut dalam keadaan lemah. Kami berjaya menyelasaikan masalah tersebut dengan sebaik mungkin. Tugas kami pada hari tersebut adalah menangkap gambar, menyediakan montaj dan membantu jawatankuasa lain yang memerlukan bantuan dalam melakukan tugas-tugas mereka. Gerakan sewaktu program itu berlangsung berjalan dengan lancer.
Selepas selesai program tersebut,tugas kami adalah mengembalikan alatan yang dipinjam daripada fakulti tamadun islam. Alatan-alatan tersebut berjaya dikembalikan seperti sewaktu dipinjam dan tiada kerosakan pada alatan-alatan tersebut.
- APA YANG SAYA PELAJARI DAN SEDARI TENTANG DIRI SENDIRI
Apa yang telah saya pelajari daripada program ini adalah banyakkan bersabar dalam menghadapi apa jua situasi yang mendatang. Dalam program ini, saya perlu bersabar dengan karenah sesetengah ahli jawatankuasa lain yang mementingkan diri sendiri. Saya juga perlu bersabar melayan karenah orang tua kerana sesetang daripada mereka sudah nyanyuk dan tidak mahu bercakap. Seterusnya, daripada program ini saya sedar bekerja dalam berkumpulan jauh lebih baik berbanding bekerja sendiri.
- APA YANG SAYA BELAJAR MENGENAI REALITI KEHIDUPAN MASYARAKAT
Apa yang saya pelajari mengenai reality kehidupan masyarakat daripada progam ini adalah rumah orang tua bukanlah tempat bagi orang tua yang ditinggalkan oleh anak-anak mereka dan tempat bagi orang tua yang tiada pergantungan hidup, namun sesetengah daripada orang tua disitu ditinggalkan sementara di rumah orang tua tersebut kerana pergi bekerja. Sesetengah masyarakat meninggalkan ibu bapa mereka di rumah orang tua sewaktu pergi bekerja dan mengambil kembali pada waktu petang dan membayar sedikit yuran untuk menjaga makan minum ibu bapa sewaktu di sana. Tindakan ini jauh lebih baik berbanding meninggalkan ibu bapa bersendirian di rumah sewaktu anak-anak pergi bekerja yang tidak terjamin keselamatan dan makan minum mereka.
Namun , ada sesetengah masyarakat yang tidak mengenang jasa pengorbanan ibu bapa mereka dengan meninggalkan ibu bapa mereka di pusat jagaan orang tua. Sikap ini perlu dihalang agar ianya tidak menjadi kebiasaan dalam kehidupan masyarakat.
- IMPAK PENGALAMAN TERSEBUT PADA MASA HADAPAN TERHADAP DIRI DAN KOMUNITI
Apa yang saya dapat ialah saya lebih menghargai kedua ibu bapa saya dan saya tidak mahu kedua ibu bapa saya berada disitu. Saya akan berusaha untuk mencari jalan untuk menjaga mereka sendiri walaupun saya sibuk bekerja. Walaupun tidak semua orang tua disitu dipaksa untuk masuk disitu, tetapi hampir kesemuanya merasa disisihkan dan tidak mendapat kasih sayang yang sepenuhnya oleh anak mereka.
Harapan saya bagi masyarakat komuniti adalah saya berharap masyrakat dapat memberi sedikit sumbangan kepada rumah-rumah orang tua di Malaysia kerana mereka memerlukan bantuan kewangan yang banyak. Saya juga berharap program seperti ini dapat dilakukan lagi kerana ianya dapat memberi impak kepada diri sendiri dan kepada orang tua yang dilawati.
- ASPEK KEMAHIRAN INSANIAH YANG SAYA DAPAT PERTINGKATKAN
- Kemahiran komunikasi
-melalui program ini saya dapat berintaksi dengan masyarakat dengan lebih lancar walaupun sebelum ini saya sedikit malu-malu jika berhadapan dengan orang yang tidak dikenali.
-program ini juga mengajar saya komunikasi amat penting dalam sesebuah program.
- Kemahiran kerja berpasukan
-apabila sesebuah program dijalankan, kerja berpasukan amat penting supaya semua kerja dilakukan berjalan dengan lancar. Melalui program ini, saya dan peserta-peserta lain dapat tingkatkan kemahiran kerja berpasukan kerana pada awalnya program ini akan gagal kerana kerja berpasukan antara peserta amat teruk. Namun ,setelah beberapa kali diadakan mesyuarat , sikap kerja berpasukan itu dapat ditingkatkan.
- Etika dan integriti
-Pengalaman ini juga mengajar saya untuk menghormat orang yang lebih tua daripada saya. Kisah kisah yang mereka ceritakan kepada kami juga dapat memberikan pengajaran kepada kami supaya sentiasa menghormati dan menyayangi kedua ibu bapa kita. Kita sebagai anak juga perlu menjalankan tanggungjawab kepada mereka walaupun sesibuk mana kita sekalipun. Jangan pernah menyakiti hati mereka kerana mereka lah yang telah menjaga kita daripada kecil hinggalah besar.
~Muhammad Asyraf Awa