Saya sebagai ajk makanan,merancang pemilihan makanan untuk komuniti dan kami yang terlibatat. Pada mulanya terdapat persilisihan paham antara kami ajk makanana dalam memilih menu serta memilih catering yang bersesuai. Komuniti yang di maksudkan di sini ialah warga emas.
Berakhirnya program ini saya mendapati sesuatu perlu dilakukan pada diri saya ketika ini, agar apa yang berlaku pada warga emas tersebut tidak berlaku pada ibu bapa saya mahupun keluarga saya amnya. Didikan anak-anak perlu diberikan dengan sempurna pentingnya kasih sayang antara ibu bapa dengan anak-anak. Anak-anak akan merasakan diri mereka disayangi lalu mereka akan melakukan pekara yang sama terhadap ibu bapa mereka ketika mereka tua. Ketika anak-anak masih kecil lagi ibu bapa harus mengingatkan kepada anak-anak mereka bahawa mengabaikan tanggungjawap menjaga ibu bapa ketika mereka tua adalah satu dosa yang amat besar malah dimurkai Allah.
Kehidupan masyarakat ketika ini adalah tidak mengambil kesah pada hal sekeliling mereka. Tanggapan awal saya amat tepat malah lebih dasyat. Isu medesak yang sering menjadi hangat ditingalkan anak-anak, mengabaikan tanggungjawap mereka malah ada pula yang datang semata mata mahu mengambil bank akaun ibu bapa mereka.
Pengalaman ini benar-benar mengajar saya erti tanggungjawap. Amat terkesan dalam diri ini , malah saya sering diperingat oleh kedua dua orang tua saya tentang pekara seperti ini. Aktiviti yang dijalankan oleh kami tidak terlalu menyentuh isu ni kerana kami tidak mahu menambahkan lagi luka mereka. Kami sangat mengerti persaan mereka kerana pada tanggapan mereka yang hadir adalah anak mereka tetapi kami yang datang. Sedikit hiburan memadai menghiburkan hati mereka yang lara.
Pada saya puncanya bermula dari ibu bapa itu sendiri. Kemungkinan didikan yang diberikan oleh ibu bapa mereka tidak memadai malah munggkin juga ibu bapa ini mengabaikan tanggungjawap mendidik anak. Pengajaran yang diperoleh ialah didikan yang sempurna serta peringatan mengenai tanggungjawap anak kepada ibu bapa dan tanggungjawap ibu bapa kepada anak-anak. Berdasarkan cerita yang diperolehi dari komuniti ini jadi saya sentiasa menghargai kedua ibu bapa saya . dan merasakan tidak sanggup rasanya saya menghantar ibu bapa saya ke situ berat mata saya menglihatnya.
Cerita-cerita yang diperolehi dari mereka dapat saya sebarkan kepada anak-anak muda pentingnya jaga kedua ibu bapa kita kerean redha dan berkat ada pada ibu bapa kita.
Tidak banyak yang mampu saya berikan kepada mereka hanyalah ememinta doa dari mereka agar saya tidak melakukan pekara yang sama anak mereka lakukan.
Aspek yang dapat saya pertingkatkan ialah kemahiran berkomunikasi dengan orang yang lebih berusia dari saya. Tidak mudah menjadikan minda kita berada di tahap mereka dalam memastikan perbualan menjadi tidak hambar.
Selain itu kemahiran ushawan dapat diterapkan dalam diri saya , ini kereana saya terpaksa berurusan dengan pihak luar untuk menempah makanan. Tetapi terlalu rumit pada diri saya. Jadi alhamdulilah saya mendapat pertolongan dari ibu saya untuk menempah makanan. saya berunding harga dengan ibu saya mengenai harga yang sesuai untuk dibayar.
~MOHAMAD SHAFRI AMIR BIN MOD SHARIF~