8hb Rabu .
Semasa ziarah dan beramah mesra bersama penduduk kampung, kumpulan saya ziarah ke rumah di bahagian depan . Jadi saya tidak dapat mencari rumah keluarga angkat saya yang berada di bahagian tengah . Semasa berziarah ke rumah-rumah lain saya dapat lihat cara hidup mereka, sifat malu mereka bersama orang luar. Banyak info yang saya dapat di sana .
Semasa makan malam yang sepatutnya kami makan bersama keluarga angkat, saya tidak makan bersama keluarga angkat saya kerana tidak kenal mereka dan tidak tahu samada mereka datang atau tidak pada malam itu . Saya makan bersama rakan-rakan saya yang senasib dengan saya.
Pada hari jumaat pagi, kami ada aktiviti sukaneka . saya tidak Nampak adik angkat saya. Jadi saya bermain bersama kanak-kanak yang lain . aktiviti sukaneka tamat pada jam 10.30 pagi .
Selepas itu, program motivasi pula diteruskan di dewan sehingga jam 12.30 tengahari . selepas habis program, saya sedang menguruskan hadiah untuk aktiviti pada malam itu . tiba-tiba, ustazah akmaliza panggil saya dari luar dewan . di luar dewan , bapa angkat saya sedang menunggu. Ustazah kata gaya bapa angkt saya sepereti mencari seseorang . pada masa itu saya berasa seronok dan agak ‘excited’ dapat berjumpa beliau . jadi saya duduk bersama beliau serta anak-anak yang lain . bapa perkenalkan adik angkat yang bernama Aidil Akbar . setiap malam Aidil ada di dewan tetapi dia tidak kenal saya . sepupunya iaitu Boboi yang memberitahu beliau bahawa saya anak angkatnya . terima kasih kepada Boboi . setelah berbual , bapak minta diri untuk pulang kerana ada urusan . jadi saya teruskan perbualan saya dengan adik angkat serta kawan-kawannya . selepas makan bersama mereka, saya pulang ke bilik untuk solat zohor .
Selepas solat zohor , aktiviti kami ialah menziarah rumah keluarga angkat . saya bersama Farhana dan Amin berjalan bersama kerana rumah kami berdekatan dengan ditemani oleh Nur Maizatul Afiqah iaitu sepupu angkat saya . sesampainya di rumah Amin dahulu, mak dan ayah angkatnya keluar ke Kluang beli barang. Jadi kami teruskan ke rumah saya . tetapi mak dan bapak tiada di rumah . jadi kami teruskan jalan ke rumah Farhana . ini kali pertama farhana berjumpa dengan ayah angkatnya, Aban bin Deron kerana sebelum ini pergi hanya maknya sahaja ada di rumah . semasa berbual-bual, mak angkat Amin lalu depan rumah Farhana dengan motor . beliau mencari anak angkatnya . jadi saya dan Amin meminta diri dulu dan kami terus ke rumah saya kerana mak dan bapak sudah pulang . itu kali pertama kami berbual panjang . bapak saya berasala dari Lombok timur, Indonesia, sudah 20tahun menetap di johor . beliau ada seorang anak perempuan di Indonesia yang bernama Yuni . bapak kata rupa Yuni sama dengan saya sebab itu bapak terus selesa dengan saya . saya berasa agak gembira apabila dengar bapak kata begitu . ada sesetengah perkataan yang saya tidak faham apa yang bapak cakapkerana bercampur dengan dialek Indonesia , tetapi Amin faham. setelah berkenalan dengan semua, saya Amin minta diri dahulu kerana kami nak pergi ke rumah Amin pula . Mak Amin sangt baik kerana selalu memberi kami makanan setiap kali datang ke sana . Mak Amin berasal dari Jawa Timur, Amin kata dia kurang faham dengan apa yang maknya katakana . Abang angkat Amin turut serta berbual dengan kami . beliau dahulu belajar di Kolej Komuniti di Negeri Sembilan ambil bidang elektrik . sekarang beliau membuat ‘wiring’ dan bengkel motor . tepat jam 5 petang, kami minta diri untuk pulang kerana pelajar lelaki ada permainan bola sepak di padang . Amin pulang ke dewan , saya pulang semula ke rumah keluarga angkat kerana mahu bersembang lagi . saya mempunyai adik-adik angkat yang sangat comel . ayu, aidil akbar, aida fitri, dan akbar billah . ayu telah meninggal dunia . aidil berumur 13tahun dan tidak bersekolah. Aidil selalu ikut bapanya kerja . aida fitri berumur 7tahun . akbar billah baru 8bulan . mak saya seorang yang ramah, beliau tidak berapa malu seperti pada mulanya . setelah lama berbual, bapak berikan kami motor untuk berjalan-jalan ke padang . saya, farhana dan Maiza menaiki motor bersama ke padang . setibanya di padang, mak Amin mengajak kami ke rumah rakit . angin sangat kuat dan sangat selesa bersantai di sana . Pelajar utm sedang bermain bola bersama penduduk kampong Tanah Abang . semasa bersantai di rumah rakit, Aidil, Boboi dan seorang lagi yang saya tidak ingat namanya terjun ke dalam sungai . mereka pandai berenang . sungai itu sangat dalam dan lebar . seberang pada sungai itu merupakan negeri Pahang . tempat yang dikenali sebagai endau-rompin . sangat menarik dan teruja . hari semakin gelap jadi kami pun pulang semula ke dewan untuk persiapan makan malam .
Seperti biasa keluarga saya tidak datang kecuali Aidil, adik angkat saya . kemudian kami tangkap gambar bersama . pada mala mini saya agak sedih kerana tidak dapat makan bersama keluarga angkat saya . jadi seperti biasa saya makan bersama keluarga angkat Amin .
Pada keesokan harinya , kami telah bersiap sedia untuk pulang . kemas dewan . selepas itu, mak angkat amin datang ke dewan kerana hendak beri sarapan kepada Amin. Ketika itu, Amin sedang bersiap-siap . jadi agak lama hendak menunggu. Saya berbual dahulu dengan mak angkat Amin . agak terik ketika itu kerana matahari sudah naik jadi saya ajak mak angkat Amin untuk masuk ke dewan dahulu tetapi dia tidak mahu . selepas Amin bersiap dan bertemu mak angkatnya, saya, Amin dan Farhana berjalan bersama ke rumah mak angkat Amin buat kali terakhir . banyak bekalan makanan mak angkat Amin beri kepada kami di dalam bas . selepas itu, kami pulang ke dewan . semasa menunggu bas tiba, ramai keluarga angkat yang datang . saya tunggu keluarga angkat saya datang tetapi tidak ada . Aidil pun tidak ada . pagi itu saya berasa agak sedih juga kerana tiada gambar keluarga bersama . semasa ke rumah mak angkat Amin , saya terniat untuk singgah ke rumah keluarga angkat saya tetapi saya takut mengganggu mereka jika mereka masih tidur .
Setelah sampai ke UTM , pada malam itu, bapa angkat saya telefon bertanya khabar . Abah kata dia suruh Aidil ke dewan untuk tengok saya samada sudah pergi atau belum . mereka fikir saya sudah pergi jadi mereka tidak datang ke dewan . sekian sahaja pengalaman luarbiasa yang amat berharga yang tidak pernah saya lalui saya di perkampungan Orang Asli Tanah Abang. Terima kasih kepada Ustazah Akmaliza kerana memilih kami untuk menyertai program sebegini .
~Shylina~