Setiap kali membaca tulisan ulama-ulama besar, hati akan tersentuh. Tangan akan ringan untuk menulis dan berkongsi ilmu. Ilham kali ini bersumberkan karya Hujjatul Islam al-Ghazali rahimahu’l-Lah yang berjudul Kimiya-e- Sa’adat. Beliau memperuntukkan satu bab tentang cinta Tuhan. Bab ini adalah bab terpenting dan menjadi tujuan penulisan karyanya ini. Muka surat pertama bab tersebut mengilhamkan tulisan ini yang saya muatkan di dinding facebook saya dan turut dikongsi di sini. Harapnya ia dapat mengetuk jiwa kita untuk introspeksi diri tentang cinta yang ada dalam hati kita.
Mata akan cinta rupa yang cantik-cantik aje..
Telinga akan cinta bunyi yang merdu-merdu aje..
Hidung akan cinta bau yang wangi-wangi aje..
Lidah akan cinta rasa yang sedap-sedap aje..
Tangan akan cinta sentuhan yang lembut gebu-gebas aje..
Normal lah manusia ada rasa cinta sebegini. Haiwan juga punya rasa cinta yang sama..
Tapi ada deria ke-6 yang manusia tak berkongsi dengan haiwan. Faculty of perception yang letaknya di hati. Dengannya kita kenal keindahan yang sebenar-benar indah, kesempurnaan yang sebenar-benar sempurna,kehebatan yang sebenar-benar hebat. Pengenalan ini akan membawa kita untuk kenal dan merasa pengalaman cinta hakiki – cinta sebenar-benar cinta.
KUIZ:
Yang mana lebih menyenangkan hati?
A. solat
B. Chanel Perfume
C. wanita jelita/jejaka hensem
JAWAPAN:
Cinta biasa2 yang cuma guna 5 pancaindera akan pilih B/C. Cinta tahap tinggi yang guna the 6th sense akan pilih A.
“O Allah, grant me to love Thee and to love those who love Thee, and whatsoever brings me nearer to Thy love..”
Speak Your Mind