- Apakah yang dimaksudkan dengan Pembelajaran Aktif (Active Learning)? Satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang mendorong pelajar untuk terlibat secara aktif dalam proses dan aktiviti pembelajaran melalui penulisan, perbincangan, penyelesaian masalah atau refleksi.
- Kenapa elemen Pembelajaran Aktif perlu dimasukkan dalam PdP? Pelajar mampu mencerap pembelajaran dengan lebih baik apabila mereka terlibat secara langsung dan aktif dalam proses pembelajaran, berbanding dengan kaedah konvesional seperti mendengar syarahan dan mengambil nota. Ia juga dapat mengoptimumkan potensi dan motivasi pelajar dan pembelajaran; di samping memberikan kebebasan kepada pelajar untuk berfikiran kritikal dan kreatif.
- Apakah strategi-strategi untuk Pembelajaran Aktif? Antaranya ialah:
- Think-Pair-Share – Perbincangan dan perkongsian dengan rakan sebelah ataupun dalam kumpulan kecil dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan kesedaran bahawa rakan-rakan juga boleh menjadi sumber pembelajaran.
- Latihan pemikiran kritis secara berkumpulan
- Kajian Kes
- Debat
- Pembelajaran Berasaskan Masalah
- Peer Instruction
- Pre reading/Pre quiz
- Klip Video
- One minute paper, eg. Apakah konsep penting yang anda pelajari hari ini?
- Soalan-soalan terkumpul daripada pelajar di penghujung kelas
- Web 2.0
- Brainstorming
- One Minute Mystery, teka teki, teka silangkata (www.puzzlemaker.com)
Speak Your Mind