Abstrak
Kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji sikap pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terhadap usaha penerapan elemen khidmat komuniti dalam pengajaran dan pembelajaran kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Seramai 90 orang yang terdiri daripada pelajar tahun satu yang mengambil kursus TITAS pada semester 1 dan 2 sesi 2014/15 terlibat sebagai responden. Kajian ini merupakan kajian tindakan (action research) menggunakan pendekatan kuantitatif. Instrumen soal selidik menggunakan skala Likert 5 mata diedarkan kepada responden. Data diproses menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) version 15.0. Analisis data dinyatakan secara deskriptif dalam bentuk min. Hasil kajian menunjukkan sikap pelajar adalah positif terhadap penerapan elemen khidmat komuniti dalam pembelajaran TITAS di UTM.
Kata kunci: Khidmat komuniti, service learning, khidmat masyarakat, TITAS, pengajaran dan pembelajaran
*Kertas kerja diterbitkan dalam Proseding INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND RESEARCH 2016 (ICIER 2016), pada 5-6 Disember 2016 di Hotel Eagle Bay Langkawi .
Speak Your Mind