Padlet boleh dicapai melalui URL ini https://padlet.com/
Ia merupakan satu alat pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan bagi sesiapa yang menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran aktif seperti collaborative learning, blended learning, flipped classroom dan lain-lain.
Padlet umpama nota lekat (sticky notes) di papan digital yang boleh diperluaskan penggunaannya sama ada sebagai wadah untuk perbincangan pendapat, perkongsian imej, video, audio dan sebagainya.
Tidak semestinya menggunakan komputer, boleh juga diakses menggunakan smart phone.