Anak-anak gadisku
hidup jangan tersalah laku
Jagalah adab, jagalah malu
malu Melayu bukan kolot
malu Melayu bukan pasif
malu Melayu bukan tidak asertif
malu Melayu perisai diri
supaya agama dan air muka sentiasa terjaga
sabda Junjungan kita, jika malu diumpamakan lelaki
malu itu lelaki yang saleh
kata Raja Ali Haji, jika akal tiada, malu pun menyusul jua
apabila akal tiada, malu tiada,
manusia dan haiwan tiada beza
kata Buya Hamka, tiada malu tanpa sharaf (kehormatan)
malulah pendorong kemajuan dan kemuliaan bangsa
malu mencetus rasa tidak mahu tercicir, tidak mahu tewas
malu membantu mencapai cita menggapai bahagia
Wahai anak-anak gadisku
Hiaskan dirimu dengan malu
Usah dilupa kita ini Melayu
~Akmaliza, 2015~
*Catatan rentetan insiden gadis-gadis Melayu bertudung dicium dan dipeluk artis K-Pop di pentas.
Speak Your Mind