Tahun 2017 adalah tahun untuk hidup. Hidup untuk meneruskan kelangsungan UTM sebagai sebuah institusi pendidikan yang mempunyai hasrat mencapai kecemerlangan membina insan adabi. Antara cabaran yang besar yang perlu dihadapi adalah cabaran kewangan, apabila Bajet 2017 memperlihatkan potongan yang besar kepada perbelanjaan operasi dan pembangunan universiti-universiti awam termasuk UTM. Pembiayaan untuk UTM dikurangkan daripada RM580.6 juta kepada RM381.5 juta. Namun selagi bernyawa, perjuangan kehidupan mesti diteruskan. Keluhan demi keluhan tidak akan mengatasi masalah, sebaliknya usaha mengatasi cabaran perlu dipertingkatkan. Mudah-mudahan berkat ikhlas dan usaha, Allah akan melimpahkan rezeki dari sumber-sumber yang lain untuk meneruskan perjuangan memandaikan anak bangsa supaya kenal Tuhan dan dapat berkhidmat untuk ummah.
Detail ucapan Dato’ NC boleh dibaca menerusi buku beliau “Menjayakan Kelangsungan Sebuah Universiti” terbitan UTM Press. Keuntungan jualan buku akan diinfaqkkan ke dalam Tabung Dana Wakaf Pendidikan UTM. Dana Wakaf ini merupakan antara inisiatif UTM untuk menyelesaikan masalah kewangan ini. Harapnya ramai yang tergerak hati untuk menyumbang untuk saham akhirat.
“Kepemimpinan Akademik seharusnya meletakkan ithar (altruism), kebebasan (freedom) dan menjaga maruah (dignity) sebagai intisari pembangunan mahasiswa di peringkat pengajian tinggi. Penulis bersetuju dengan saranan Mohd Azraai yang menekankan supaya pensyarah yang diamanahkan bertugas di pendidikan tinggi perlu merasai taklif (amanah dan tanggungjawab). Sesungguhnya UTM mempunyai matlamat dan objektif yang jelas untuk melaksanakan tanggunjawab demi kesejahteraan sejagat dan mendapat keredhaan Allah SWT.”
Speak Your Mind