Peradaban Melayu kaya dengan pemikiran metafora yang mengambil iktibar daripada alam sekeliling untuk melahirkan manusia beradab yang menjunjung ketinggian susila dan hati budi. Dalam aspek pendidikan contohnya, masyarakat Melayu menekankan pendidikan peringkat awal bagi memudahkan usaha memasak nilai dan menanam adab dalam jiwa anak-anak.
‘Melentur buluh biarlah dari rebung’ atau terjemahan literal bahasa Inggerisnya ‘to bend a bamboo, start when it’s still a shoot‘ ialah satu peribahasa popular yang sering diungkapkan supaya proses menyemai nilai dan adab perlu dilakukan sedari kecil, bukannya menunggu usia dewasa atau tua kerana pada peringkat ini manusia diumpamakan sudah keras seperti rebung atau dengan kata lainnya sukar untuk diajar dan diubah. Selain itu, ada ungkapan yang lebih kurang hampir maksudnya turut menggunakan elemen rebung dan buluh sebagai kias ibarat ‘sedang rebung baik dipatah, jadi buluh melepuh jari’. Perumpamaan yang sama juga ada dalam masyarakat Inggeris, cuma berlainan daripada segi objek metaforanya, iaitu ‘Strike the iron while it’s hot‘.
Abdullah Munshi dalam karyanya Hikayat Abdullah turut mencoretkan ungkapan yang mempunyai maksud yang sama tetapi menggunakan elemen ranting kayu, “Manusia umpama ranting kayu. Ketika muda kita dapat melenturnya dan masih lembut. Apabila sudah tua dan kering, lentur sedikit sahaja ia mudah patah”…
(Hanya sebahagian ekstrak dipaparkan dalam laman ini -AA)