Pandai atau bijak? Anda pilih yang mana?
Kebiasaannya pandai dan bijak digunakan dengan makna sinonim yang memberi maksud orang yang terpelajar atau berilmu; cerdik dan pintar atau orang yang menggunakan akal (Pusat Rujukan Persuratan Melayu).
Namun dalam penggunaan bahasa Melayu perkataan pandai adakalanya digunakan dengan konotasi negatif seperti kosa kata memandai-mandaiĀ yang bermaksud membuat sesuka hati atau mengikut fikiran sendiri. Begitu juga pandai turut digunakan untuk menunjukkan kepandaian yang tidak baik seperti pandai berhelah.
Hal ini sebaliknya tidak digunakan untuk kosa kata bijak yang sentiasa digunakan dengan maksud yang baik-baik sahaja tanpa dikaitkan dengan perangai tidak baik.