Glossari Topik 2: Perkembangan Ilmu pada Zaman Pertengahan

ZAMAN KLASIK

Merujuk kepada zaman antara Peperangan Parsi pada awal abad ke 5 SM hingga kepada kematian Alexander The Great 323 SM. Zaman yang banyak berlaku konflik dan peperangan, antara orang Yunani dan Parsi dan juga antara  orang-orang Athens dan Sparta. Namun era ini juga terkenal dengan pencapaian hebat dalam bidang politik dan kebudayaan. Muncul tokoh-tokoh Yunani yang terkenal seperti Herodotus (ahli sejarah), Hippocrates (ahli perubatan) dan Socrates, Plato, Aristotle (ahli falsafah). Pada era ini juga bermulanya sistem politik demokratia atau demokrasi  (pemerintahan oleh rakyat), di mana setiap lelaki berusia lebih 18 tahun layak menyertai Ekklesia (Assembly), badan kerajaan yang memerintah Athens. Pegawai-pegawai perlu bersumpah untuk bertindak ,” according to the laws what is best for people”.

 

Sophist (sufastaiyyah)

Secara literal, bermaksud orang yang bijak, atau orang yang  mahir (skilled man). Merujuk kepada orang-orang bijak pada zaman awal Yunani, sebelum Socrates (pre Socratic ) pada abad ke- 5 dan 4 SM.  Terdiri daripada guru-guru yang mengajar bahasa dan public speaking, pemuisi di wilayah yang masyarakatnya bertutur dalam bahasa Greek, dengan mengenakan bayaran. Kebanyakan mereka berasal dari luar Athens. Kenapa Athens menjadi tumpuan? Kerana Athens menganjurkan demokrasi yang memberi ruang freedom of speech di samping  golongan ini mendapat patronage daripada hartawan  seperti.  Callias dan juga mendapat sokongan pemerintah seperti Pericles yang turut mengundang mereka berdiskusi panjang lebar di rumah beliau. Malah Pericles memberi peluang kepada golongan yang mampu memberikan impresi yang baik kepada orang ramai untuk menyertai politik sebagai ahli Council dan Assembly. Plato dan Aristotle menentang golongan ini kerana mereka bukan bertujuan untuk mencari kebenaran sebaliknya inginkan kemenangan dalam perdebatan walaupun menggunakan cara yang tidak jujur sekalipun.

Antara pemikiran sophist –

  • tidak wujud kebenaran mutlak di dunia ini. Kebenaran ialah apa yang dapat dibuktikan dengan kata-kata, lima pancaindera dan logik akal sehingga tidak dapat disanggah lagi
  • idak berminat dengan perbincangan falsafah dan ilmu berkaitan alam malah mengutuk prinsip moral, agama dan juga undang-undang dan menganggapnya sebagai adat ciptaan manusia
  • Lebih baik menjadi orang yang berjaya (contoh, kaya raya, berkuasa ) tanpa menghiraukan persoalan moral, etika dan nilai murni.
  • Seseorang tidak perlu bertanggungjawab untuk mematuhi undang-undang dan boleh melanggarnya asalkan dapat mengelak daripada ditangkap.

 

Zaman Hellenistik

Merujuk kepada era setelah kematian Alexander The Great 323 SM dan penaklukan Rom ke atas Mesir pada 30SM. Era ini dilanjutkan lagi selama 3 1/2 abad iaitu sehingga Constantine, maharaja Rom juga telah mengubah kota pemerintahan Rom ke Konstantinople pada tahun 330 M.. Berikutan kematian Alexander the Great, kerajaan telah berpecah kepada kerajaan-kerajaan lain seperti  Macedonia, Seleucid dan Ptolemaic. Signifikannya, berlaku penyebaran ilmu dan budaya Yunani serta bercampurnya orang-orang  Yunani dengan masyarakat lain. (Britannica.com)

Contoh pemikiran Helenistik ialah  –  antaranya Falsafah Stoicisme yang dipelopori oleh Zeno  seperti ” kebahagiaan paling baik ialah dengan menolak kesenangan dan bukan dengan mengejar kesenangan”; ” takdir yang ditentukan untuk manusia adalah konsisten dengan keadilan untuk cara kita berkelakuan”.

Anekdot: Zeno menceritakan tentang dia pernah menyebat seorang  pencuri, lantas pencuri itu berkata, ” ini adalah takdir hidupnya sebagai pencuri”, lalu Zeno menjawab, ” ini juga takdirnya untuk menyebat pencuri”.

Konsepsi tentang kebenaran menurut Stoicisme. Zeno berpendapat ada 4 tahap keyakinan: persepsi, persetujuan, pemahaman, pengetahuan. Contoh, saya melihat sebiji epal jatuh dari pokok, dan tidak memikir perkara lain selain daripadanya. Kemudian saya akan melihat persoalan ini lebih jauh dengan menerima/bersetuju/meyakini yang epal itu benar-benar jatuh. Kemudian saya akan cuba memahami implikasi daripada epal yang jatuh tersebut, contohnya kepala saya sakit bila epal terjatuh mengenai kepala.  Daripada epal yang jatuh juga, akan membawa kepada pengetahuan tentang hukum alam yang menatijahkan kejadian tersebut.

Zeno menggambarkan tahap keyakinan dengan tangannya. Tangan yang terbuka (persepsi).  tangan yang sedikit tertutup (persetujuan).  Tangan yang digenggam (pemahaman).Tangan  yang digenggam diangkat dan  di tumbuk di tangan yang lain (pengetahuan). Zeno menyatakan, hanya orang yang bijak yang dapat mencapai pengetahuan.

Speak Your Mind

*