The Whole is Greater than The Sums of The Part

The Whole is Greater that The Sums of the Part

Kata-kata ini dinisbahkan kepada Aristotle, ahli Falsafah Yunani (384-322 SM), walaupun ada yang beranggapan ianya bukan kata-kata beliau. Antara yang mempopularkan kata-kata ini ialah Dr. Joseph E. Murray (1919-2012),  salah seorang pakar pembedahan plastik Amerika  yang terlibat  dalam pasukan pakar  bedah Peter Bent Brigham  yang berjaya membuat pemindahan buah pinggang kepada pasangan kembar Richard and Ronald Herrick. Pasukan tersebut mencatat rekod kejayaan pemindahan buah pinggang pertama dilakukan ke atas manusia pada tahun 1954.

Seperti mana yang tertera, itulah maknanya. Secara mudah ia boleh difahami sebagai apabila kita melakukan sesuatu perkara secara bersama, ia akan menghasilkan sesuatu yang lebih baik berbanding jika dilakukan secara bersendirian. Pada masa kini frasa ini dapat dikaitkan dengan makna SINERGI atau TEAMWORK.

Di alam Melayu peribahasa “seperti seberkas lidi”  dan “bersatu kita teguh bercerai kita roboh” dijadikan gambaran tentang nilai kekuatan dan keteguhan apabila sesuatu perkara dilakukan secara bersama.

Dalam matematik, the whole is equal to the sum of its part.  4=2+2, tidak lebih dan tidak kurang. Dalam teori psikologi Gestalt pula, the whole is different from/other than the sum of its part.

Contohnya gambar Rubin Goblet ini, ada yang melihatnya sebagai  gambar seakan-akan pasu (goblet) dan ada yang melihatnya sebagai imej 2 muka orang yang saling berhadapan. Dalam teori Gestalt, Rubin Goblet menggambarkan apabila seseorang telah membentuk persepsi dalam mindanya, ia akan menjadi figura atau objek. Jika seseorang nampak goblet, dia tidak akan nampak 2 muka. Begitu juga sebaliknya.  Seseorang itu tidak dapat melihat kedua-dua imej goblet dan dua muka dalam satu masa.

 

 

Speak Your Mind

*