Power Point Infographics by Smile Templates

Jika anda pengguna tegar power point untuk kegunaan kuliah atau pembentangan, pastinya anda acap kali rasa bosan dengan limitasi yang ada pada smart arts yang tersedia. Nak buat sendiri guna illustration function selain daripada smart arts pastinya memakan masa. Nak guna layout biasa tu lagilah bosan dan membosankan. Nanti power point slides penuh dengan tulisan.

Antara pilihan yang kita ada ialah memasukkan  INFOGRAPHICS ke dalam power point slides.  Berasal dari dua perkataan iaitu information  dan  graphic, ia  menggabungkan imej dan carta dengan teks yang minimal.  Penggunaan kedua elemen ini memudahkan lagi penyampaian untuk cepat difahami dengan jelas. Penggunaan elemen visual dengan pilihan warna dan bentuk-bentuk yang bersesuaian sudah tentu lebih menarik di pandangan mata.

Sebenarnya ada banyak pilihan infographic templates untuk power point yang boleh kita dapati secara mudah di internet. Ada yang percuma dan ada yang berbayar. Antara yang percuma dan senang diguna ialah Smile Templates. Ni URLnya: https://www.smiletemplates.com/most-popular/powerpoint-diagrams-charts/0.html.

Di bawah ini, contoh  templates yang free. Nak yang lagi cantik, kena bayarlah.. Apa yang perlu anda buat? Pilih aje yang berkenan di hati dan download. Kemudian open file power point yang di muat turun tadi. Copy slide dan paste ke fail power point yang kita sedang sediakan. Mudah je.. Selamat mencuba.