Paling banyak rakaat solat fardu cumalah empat
Tapi yang dua rakaat pun terasa berat
Bangun mengambil wuduk pun terasa liat
Dah hampar sejadah pun masih tak solat-solat
Sekadar seruan untuk muhasabah diri. Kenapa solat yang terpenting dalam hidup kita sebagai Muslim kadang-kadang terasa sukar dan selalu dilengah-lengahkan? Solat yang sepatutnya mudah terasa payah. Sedangkan latihan fizikal yang mengambil masa, perlu dibayar yurannya dan yang berganda-ganda meletihkan tidak terasa seberat seperti mana hendak mendirikan solat.
Patutlah, Allah menyebut di dalam al-Quran mafhumnya, “sesungguhnya ia (solat) itu berat, kecuali untuk orang-orang yang khusyu’.”
Untuk menjadikan sesuatu yang berat itu ringan, perlu dibiasa-biasakan. Bak kata pepatah Melayu, alah bisa tegal biasa. Jom usaha untuk sama-sama jadikan amalan solat sebati dengan diri. Apabila telah menjadi kebiasaan, bukan sahaja yang susah jadi mudah malah kita akan rasa canggung apabila tidak melakukannya. Apabila tak buat sesuatu yang dah jadi kebiasaan, dengan sendirinya timbul perasaan masih ada yang tidak sempurna, masih ada yang belum selesai.
Speak Your Mind