Apakah Itu Epistemologi? (Bhg. 1)

Kalau dah namanya belajar falsafah, perkataan EPISTEMOLOGI pasti menjelma kat depan mata. Sebab epistemologi adalah salah satu cabang utama perbahasan falsafah.

Okay, what is epistemology? Macam biasalah, dah falsafah ni berasal dari Greek maka asal usul perkataan epistemologi ni dah tentu-tentu dari Greek lah juga. Epistemologi berasal dari dua perkataan Greek iaitu Episteme dan Logos. Episteme is knowledge or understanding. Logos/Logia is science or study or reason. Secara mudah epistemologi adalah teori/kajian tentang ilmu.

Antara persoalan epistemologi ialah: Apakah yang dimaksudkan dengan ilmu? Bagaimana seseorang itu tahu tentang sesuatu perkara? Apakah asas kepada ilmu yang benar (true knowledge)?

Perbahasan epistemologi Plato contohnya adalah untuk memahami what it was to know, bagaimana ilmu itu dikatakan baik untuk orang yang mengetahui. Epistemologi Locke pula cuba untuk memahami bagaimana seseorang manusia memahami sesuatu perkara.  As a rationalist. Descartes believed that reason is the ultimate source of knowledge where as John Locke as an empiricist believed that the source of knowledge is experience. Dengan kata lain, Locke berpandangan  manusia dapat memahami sesuatu perkara menerusi pengalaman.

Berbalik kepada persoalan asas epistemologi – apakah itu ILMU? Contoh paling mudah, kita ambil definisi berikut: Knowledge is JUSTIFIED TRUE BELIEF. Ada tiga elemen di sini untuk mengesahkan sesuatu itu adalah ilmu.

  1. Justified – seseorang itu perlu dapat menJUSTIFIKASIkan pernyataannya
  2. Pernyataan tersebut perlu BENAR.
  3. Seseorang perlu PERCAYA terhadap pernyataan tersebut.

Contoh pernyataan: Bumi berbentuk sfera.

  1. How do we justify this claim? By using evidence that is of good quality, reasonable and logical. Banyak sebenarnya justifikasi untuk membuktikan  bumi berbentuk sfera. Paling mudah – Bayang yang terlihat pada bulan sewaktu gerhana berbentuk sfera. Sebenarnya  Aristotle (384-322 BC) pun dah lama tau pasal ni. Atau, bila tengok kapal yang tiba-tiba muncul di laut. Kalau bumi tu flat, the ship should just appear out of horizon tapi sebaliknya it seems to emerge beneath the sea.. Alang-alang kita dah hidup pada zaman teknologi yang dah advanced, bukti paling mudah dan kukuh ialah GAMBAR SATELIT. Apa bentuk bumi yang dirakam dari angkasa lepas? Sfera atau rata? Dah tentu seperti gambar di bawah – SFERA. Well, these are what we meant by justification.

File:NASA GOES-13 Full Disk view of Earth Captured August 17, 2010 (4901623190).jpg - Wikimedia Commons

2. Is the claim TRUE? Of course it is true. We’ve already justified it with evidence and fact.

3. Is it believable? Yes, of course it is. To see is to believe.

Harap penjelasan ringkas ini dapat membantu memahami konsep epistemologi dengan mudah. 

Untuk pengukuhan, boleh cuba jawab kuiz di sini https://quizizz.com/admin/quiz/5e9d147d5faf40001bb5aab8

Comments

  1. boleh bagi beberapa contoh persoalan lain epistemologi yang selalu ditanyakan dalam bidang falsafah?

Speak Your Mind

*