Lumrah manusia biasa melakukan dosa. Kita bukan para nabi yang ma’sum, terpelihara daripada berbuat dosa. Yang penting kita mempunyai hati yang hidup. Yang ada rasa gementar, ada rasa takut, ada rasa bersalah jika berdosa. Sama ada dosa yang sengaja atau tidak sengaja, yang zahir atau yang batin, yang diketahui atau yang tidak diketahui. Yang penting kita segera dan sentiasa beristighfar. Bertaubat dengan sebenar-benar tekad untuk tidak mengulanginya. Mengharap dengan sebenar-benar harap daripada Yang Maha Pengampun.
Sesungguhnya Aku Takut, Jika Aku Berbuat Dosa…
Posted on February 14, 2021 ·