Catatan DPI/SHPI ATI

Imbauan sejarah perjalanan program Diploma Pendidikan (Pengajian Islam) dan Sarjana Muda Pendidikan (Pengajian Islam) hasil coretan mantan Pengerusi Akademi Tamadun Islam, Prof Dr Ajmain Safar . Saya letakkan di sini bagi memudahkan warga Akademi Tamadun Islam memahami sebahagian kronologi penawaran program DPI dan SHPI di UTM. https://www.facebook.com/ibnuabid.safar/posts/4434687393215978


Hari ini selepas 24 tahun berlalu…. Program Diploma Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) melalui Proses Audit Pematuhan Program. Hari ini pensyarah pelapis muda kami….diketuai oleh Penyelaras Program Dr Abd Hafiz Abdullah and team.. bertungkus lumus “bersilat” semasa diaudit selepas beberapa minggu mempersiapkan dokumen untuk tujuan audit (Dr Akmaliza Abdullah…. gigih membantu walaupun ketika bercuti di kg… tetap online hihi….)… Alhamdulillah tahniah semua yang terlibat…. antum hebat.Aku teringat sekitar tahun 1996 ketika peringkat awal penubuhan Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial, tugas awal kami menyediakan kertas kerja mewujudkan Program baru yang diketuai oleh al marhom Prof Dr Nazeri Taib (moga Allah merahmati beliau). Dua kertas kerja kami usahakan Diploma Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) DPI dan Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) SPI dengan kerjasama Fakulti Pendidikan… (kami gelarkan… emaknya di PPIPS dan bapanya di FP… sebab binnya pada bapak hehehe). Rupanya kami telah merintis sinergi sejak 24 tahun yang lalu….Bersama al-marhom Prof Madya Ustaz Tamjes Kasiran (moga Allah merahmati beliau), mantan Pengarah PPIPS Prof Madya Ust Ab Gani Ben Jalil Jalil, Prof Selamat Hashim Hasyim, Prof Madya Azmi Shah Suratman juga Prof Madya Dr Aminuddin Ruskam dan beberapa orang lagi bertungkus lumus menyiapkan kertas kerja tersebut siang dan malam….ini program anak sulong kami… sebab selama ini hanya mengajar subjek umum universiti.Alhamdulillah akhirnya berjaya membuat pengambilan pertama SPI sesi 1997/1998 untuk aliran perdana … anak sulung kami dah graduate hampir 20 tahun… Kebetulan pada tahun 1996 juga ditubuhkan Kolej Islam Johor (KIJ) yang mula mengambil Program Diploma Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) DPI sebagai Program franchise pada tahun 1997… aku sempat dua atau tiga semester membantu mengajar program ini di KIJ… Nostalgia program DPI atau sekarang ni dah tukar nama DHPI sebenarnya banyak jasanya khususnya kepada guru-guru agama Kerajaan Negeri Johor, Selangor, Wilayah Perseketuan juga Perak yang telah di graduankan memiliki Diploma atau Sarjana Muda. Aku teringat semasa menjadi Pengarah PPIPS sekitar tahun 2003 (dah dilupakan… ) telah membuat pertemuan dengan Pengarah Jabatan Agama Johor untuk berbincang mengadakan perjanjian persefahaman untuk mengraduatkan guru-guru agama kerajaan Negeri Johor… antara kata-kata Pengarah JAJ masa tu… kami baru dapat peruntukan 1000 post perjawatan guru agama peringkat diploma… mohon bantuan pihak UTM untuk menerima guru-guru agama Negeri Johor menyambung pengajian dengan yuran pengajian mereka ini ditaja melalui JAJ….Alhamdulillah… telah ramai yang mendapat manfaat daripada program ini… TAHNIAH kepada rakan-rakan pensyarah… terutama golongan assabiqunal awwalaun (termasuk yang tidak disebut nama mereka satu persatu)…. Moga menjadi jariah buat kalian…

May be an image of 14 people

Speak Your Mind

*