Bantulah, Jangan Berkira

Sesiapa yang menghilangkan satu kesusahan seorang Muslim daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan menghilangkan baginya satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan di hari kiamat. Sesiapa yang memudahkan orang yang mengalami kepayahan di dunia, nescaya Allah akan memudahkan baginya urusan dunia dan akhiratnya. Sesiapa yang menutup keaiban seorang Muslim di dunia maka Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat. Sesungguhnya Allah sentiasa menolong hamba-Nya selagi hamba-Nya berusaha menolong saudaranya.

Helping hand as picture for clipart free image

Kalau diikutkan kerja yang banyak, memang kebanyakan kita ada kerja yang banyak, Namun adakalanya dalam kesibukan kita, akan ada sahaja yang perlu kepada bantuan sama ada ahli keluarga, rakan, pelajar, mahupun orang yang tidak dikenali. Kadang-kadang kita ada rasa cuak, kalau-kalau jika masa yang digunakan untuk membantu orang lain akan membantutkan kerja kita sehingga kita tidak mampu untuk siapkan kerja. Hadis di atas boleh dijadikan sumber keyakinan untuk berusaha sedaya upaya membantu apabila ada yang perlu kepada bantuan. Luangkanlah masa, mudahkanlah urusan orang lain, bantulah.. Yakinlah, Allah akan bantu kita pula dengan pelbagai cara.

Speak Your Mind

*