Wacana Falsafah dan Isu Semasa

22 Mac 2021. Semester ini, Akademi Tamadun Islam dan CAEL, UTMiLeague menganjurkan Wacana Falsafah dan Isu Semasa pada awal semester. Kali ini mengupas tajuk Falsafah Sejahtera Era Pandemik COVID 19 dengan menjemput tetamu undangan iaitu Dato’ Dr. Mohd Yusof Bin Hj. Othman dan Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Sanusi. Penyelaras kursus UICI1022: Falsafah dan Isu Semasa, Dr. Nur Najwa Hanani Binti Abd Rahman menjadi moderator untuk kesekian kalinya.
Wacana ini menjadi sebahagian daripada penilaian kursus Falsafah dan Isu Semasa. Pelajar perlu menghasilkan ULASAN yang markahnya 10%. Berikut adalah panduan penulisan Ulasan:

https://www.youtube.com/watch?v=w_JCQ3KLX2k

A. Fasa Pra Penulisan

  1. Sila tonton video webinar.
  2. Buat catatan, ulasan seharusnya melampaui perkara yang ditemui dalam webinar. A review is neither summary nor a report of the webinar.
  3. Penekanan juga perlu diberikan kepada analisis  kekuatan dan kelemahan isu yang diulas.
  4. Senaraikan informasi asas berkaitan isu yang dibincangkan dalam webinar. Dengar dan perhatikan isu yang cuba disampaikan.
  5. Cari sedikit maklumat mengenai objektif webinar tersebut.
  6. Hasilkan satu pandangan menyeluruh terhadap isu tersebut sebagai thesis statement/problem statement anda.
  7. Lihat catatan anda dan lihat apa yang bersesuaian dengan thesis statement/problem statement. Buang yang tidak berkaitan. Ya, BUANG. Anda perlukan imaklumat yang penting dan bersesuaian sahaja. Ulasan tidak perlu kepada ayat yang meleret-leret.
  8. Anda boleh merangka outline dan seterusnya menulis ulasan webinar
  9. Perlu ada data sokongan dari sekurang-kurangnya tiga (3) sumber rujukan sama ada buku, artikel jurnal dan sebagainya.

B. FASA PENULISAN

Ulasan perlu mengandungi perkara berikut:

1. PENDAHULUAN/PENGENALAN : Sertakan nama panel, tajuk, tema utama, objektif webinar, thesis statement.Ulasa

2. ISI :

Pertama: Kembangkan thesis statement anda. Terangkan kekuatan dan kelemahan isu yang dibincangkan dalam webinar tersebut. Analisis kandungan webinar yang disampaikan dengan mengemukakan dua (2) isu utama bagi menyokong thesis statement tersebut yang ditulis dalam dua perenggan berbeza. Kedua-dua isi tersebut perlu dianalisis dan disertakan bukti sokongan.

Kedua: Analisis perbandingan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan Falsafah Pendidikan negara lain.

3. PENUTUP: Ulasan perlu diakhiri dengan kesimpulan yang menyatakan tanggapan keseluruhan anda terhadap isu webinar tersebut, apakah kebaikan dan kelemahannya. Jangan cadangkan idea baru di bahagian kesimpulan.

4. RUJUKAN: Pelajar perlu merujuk kepada sekurang-kurangnya tiga (3) rujukan.

5. FORMAT PENULISAN

  1. PDF
  2. Font: Times new Roman
  3. Saiz:  12
  4. Justify
  5. Spacing: 1.5
  6. Tidak melebihi 3 muka surat

Nota: Sila rujuk rubrik Ulasan Wacana di e-Learning.