Kata Kunci yang Efektif

Dalam penulisan abstrak bagi artikel proseding mahupun jurnal, antara yang perlu ada ialah abstrak. Biasanya diminta untuk memasukkan maksimum lima kata kunci sahaja. Tidak boleh banyak.
Namun adakalanya penulis tidak tahu kata kunci yang boleh dimasukkan.

Tujuan Menulis Kata Kunci
Meningkatkan kebolehcapaian artikel, kata kunci membantu dalam pengindeksan artikel dalam pangkalan data akademik. Dengan itu memudahkan penyelidik lain mencari artikel tersebut melalui enjin carian atau pangkalan data.
Membantu pembaca mendapatkan gambaran ringkas mengenai topik utama dan fokus penyelidikan


Tips Menulis Kata Kunci.

Pastinya yang relevan dan efektif untuk artikel kita. Semestinya yang berkait dengan tajuk atau topik perbincangan artikel yang ditulis.

1. Walaupun kita yang menulis, pembaca yang akan menggunkan kata kunci tersebut. Justeru fikirlah daripada perspektif pembaca, bukan penulis. Apakah kata kunci yang akan digunakan oleh pembaca untuk membantu mendapatkan artikel kita?

2. Boleh guna kata tunggal, tapi kata tunggal tidak membantu pencarian. Jadi yang terbaiknya, gunakan dalam bentuk frasa yang terdiri dari dua-empat perkataan.

3. Kata kunci perlu mengandungi kosa kata dan frasa yang melambangkan tajuk artikel. Boleh juga dimasukkan kosa kata dan frasa yang mempunyai perkaitan dengan taju4.

4. Gunakan pelbagai variasi istilah atau frasa yang kebiasaannya digunakan dengan maksud yang sama atau hampir sama.

Speak Your Mind

*