TESTIMONI 1
Pengajaran pensyarah sepanjang kursus ini juga memberikan impak yang besar kepada saya. Gaya pengajaran beliau yang santai dan menarik telah berjaya menarik perhatian kami untuk belajar dengan lebih bersemangat. Aktiviti kelas seperti debat mengenai pancaindera kawan [lawan] akal antara Empirikisme [empirisisme] dan Rasionalisme sangat menyeronokkan dan membina. Debat tersebut mengajar saya cara untuk mengemukakan hujah dengan lebih jelas dan terstruktur, serta mendengar dan menghormati pandangan orang lain. Untuk cadangan penambahbaikan, saya lebih suka aktiviti yang melibatkan interaksi antara para pelajar kerana dengan ini kami boleh berkenalan serta belajar daripada satu sama lain.
Secara keseluruhan, kursus ini telah membawa perubahan besar dalam cara saya berfikir dan bertindak. Saya kini lebih berhati-hati dalam membuat keputusan dan lebih terbuka dalam melihat dunia dan kehidupan. Saya belajar bahawa banyak perkara yang kita lakukan dan fikirkan sebenarnya dipengaruhi oleh persekitaran sekitar kita, baik dari segi perbuatan mahupun pemikiran. Kursus ini juga mengajar saya bahawa untuk menjadi seorang individu yang lebih baik, kita perlu sentiasa terbuka terhadap idea dan pandangan baru, serta berusaha untuk memahami dan menghargai perspektif orang lain.
Secara keseluruhan, kursus ini bukan sahaja memperkaya pengetahuan saya tentang falsafah, tetapi juga memberi impak besar terhadap perkembangan peribadi saya. Akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr Akmaliza sebab telah mengajar kami sepanjang kursus ini. Dr telah membuatkan kursus falsafah ini menarik dari segi cara Dr mengajar dan cara Dr melayan kami walaupun banyak perangai yang Dr jumpa semasa Dr mengajar dalam section kami ini. Saya ingin Dr tahu yang Dr ada mengubah sedikit sebanyak adab dan cara anak-anak murid Dr berfikir ke arah yang baik. Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr. Jangan lupakan kami Dr hehe. Saya harap Dr akan sentiasa membuat perubahan ini dalam diri pelajar. Saya juga berharap Dr sentiasa sihat, kerana tempoh hari Dr tidak sihat selama beberapa minggu. Jangan lupa jaga kesihatan diri lagi-lagi sekarang musim panas dan hujan yang tidak menentu. Saya juga mahu minta maaf sekiranya ada perbuatan dari kami yang ada membuatkan Dr kurang berkenan ataupun sakit hati dengan kami. Itu sahaja daripada saya, Franklyn. Terima kasih Dr.
TESTIMONI 2
Gaya pengajaran pensyarah juga amat dihargai. Dr. Akmaliza Abdullah mewujudkan suasana kelas yang terbuka dan mendorong pelajar untuk berfikir dan menyuarakan pandangan tanpa rasa takut. Aktiviti seperti forum-forum dalam pautan pembelajaran secara dalam talian, perbincangan secara berkumpulan dan analisis kes sebenar membantu saya memahami aplikasi falsafah dalam dunia sebenar. Akhir kata, kursus ini bukan hanya mencorak pemikiran saya, tetapi memberi peluang saya untuk berfikir dan melihat isu kini. Saya sekarang lebih peka terhadap nilai dan prinsip yang berdasarkan tindakan, serta lebih berhati-hati dalam membuat penilaian moral. Nilai seperti integriti, tanggungjawab dan kejujuran mengutamakan dalam kehidupan saya. Kursus ini telah membuka mata saya untuk menjadi bukan sahaja pelajar yang cemerlang dalam akademik, tetapi juga seorang individu yang bertanggungjawab dan berprinsip dalam kehidupan. Sekian terima kasih kepada Dr. Akmaliza Abdullah atas kursus ini. Semoga segala yang dipelajari terus menjadi panduan dalam kehidupan saya.
TESTIMONI 3 – KOH ZE CONG
Dr. Akmaliza seorang pensyarah yang bertanggungjawab dan baik hati. Beliau tidak pernah tidak hadir satupun kelas. Jika beliau tidak selesa, beliau akan menyediakan kursus atas talian untuk memastikan kami tidak terjatuh jadual pelajaran. Aktiviti yang saya berasa menarik ada banyak, yang paling saya suka adalah forum kerana memberi peluang kepada saya untuk berfikir terhadap konsep falsafah yang dipelajari. Idea saya ialah falsafah bukan ilmu yang belajar dari buku teks tetapi amat fokus terhadap fikiran sendiri. Ini juga saya belajar dari Dr. Akmaliza, beliau suka idea yang diberi oleh saya. Galakan beliau yang tak sedar diri tersebut banyak memupuk minat saya terhadap subjek ini. Cadangan saya terhadap Dr. Akmaliza adalah teruskan usaha beliau dan semoga beliau diberi kesihatan yang baik.
Perubahan saya banyak melalui kursus ini, bukan sahaja dari cara berfikir tetapi juga dari aspek melihat dunia. Sebelum melajari kursus ini, saya seorang yang takut menjawab kepada pensyarah dalam kelas. Kursus ini memberikan saya peluang untuk berani dan saya amat bersyukur. Dari kursus ini, saya mempelajari berani menghadapi masalah dan bertoleransi terhadap orang lain. Sebagai konklusi, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr. Akmaliza atas pengajaran beliau. Terima Kasih Dr.
TESTIMONI 4 LEE JIE PENG
Daripada aspek pengajaran pensyarah, saya mendapati gaya pengajaran beliau agak
fleksibel dan tidak terlalu formal. Beliau sering beralih antara kelas fizikal dan kelas
dalam talian, bergantung kepada situasi. Antara aktiviti kelas yang paling saya minati
ialah penggunaan Padlet, terutamanya ketika sesi kuliah berkenaan Topik 6:
Epistemologi. Saya masih ingat dengan jelas analogi tentang induksi pisang yang
digunakan, ia sangat menarik dan mudah difahami. Walaubagaimanapun, cadangan
penambahbaikan yang ingin saya kemukakan ialah berkaitan lokasi kelas. Kedudukan
kerusi dan meja yang kekal (tidak boleh bergerak) menyebabkan saya berasa kurang
selesa semasa sesi pembelajaran.