SPAM COMMENTS: Bagaimana Dihentikan?

Sebagai pengguna blog, memang tidak dapat lari daripada menerima komen-komen spam. Kecualilah jika diset untuk tidak menerima sebarang komen. Satu dua masih boleh bersabar. Apabila banyak, menyakitkan hati. Bukan berkait dengan posting yang ditulis pun. Adakalanya sehingga menenggelamkan komen-komen sebenar. Syukur awal-awal lagi saya telah setkan untuk moderate all comments, maksudnya komen-komen untuk setiap posting akan ditapis dulu oleh saya sebagai admin. Apabila komen-komen spam semakin banyak, saya perlu lakukan sesuatu. Tidak boleh dibiarkan. Sebenarnya komen ni bukan yang empunya komen yang hantar. Ia kebiasaannya dihantar oleh spam bots. Antara tujuannya adalah untuk meningkatkan kedudukan dalam enjin pencarian. Walaupun tidak semua klik link yang diberikan, pasti ada juga yang klik sama ada sengaja atau tidak.

Berikut antara yang saya buat:
1. Saya gunakan anti spam Clean Talk yang tersedia ada dalam wordpress. Aktifkan. Boleh juga kalau nak gunakan anti spam plug in yang lain Akismet, Antispam Bee, Hide My WP, WP Bruiser, Spam Destroyer dan lain-lain. Banyak pilihan.

2. Ini saya dah buat seawal saya menggunakan wordpress lagi. Moderasikan semua komen. Ada pada bahagian setting. Jangan dibiarkan auto published. Tapis. Masa saya setkan dulu, tujuannya ialah supaya tidak ada komen-komen yang negatif dan sensitif. Konon-konon untuk menjaga reputasi blog seorang ustazah. Rupanya ada hikmah yang lebih besar lagi, setidak-tidaknya ruang komen saya tidak dipenuhi dengan komen spam berlambak-lambak. Saya seorang sahaja yang sakit mata melihatnya. Kalau rajin dan dah tak boleh pejam mata, saya akan labelkan sebagai spam dan kosongkan dari akaun saya.

Ada lagi langkah-langkah lain yang boleh dibuat. Saya monitor dulu perkembangan aktiviti spam bots di blog saya setelah mengaktifkan anti spam. Jika selepas ini saya masih menerima komen spam, saya akan ikhtiarkan dengan kaedah-kaedah lain pula yang akan dikongsikan juga di sini.


Your PDF Files Need to Be Merged?

At times, we have several  PDF files that need to be merged.

However, we don’t subscribe Adobe Acrobat.

No worries, with almost everything is now just on the tips of our fingers, we can solve the problem easily. Just click this link:

https://www.ilovepdf.com/merge_pdf

I Love PDF  allows you not only merge pdf files, but also compress and split pdf files. Just drag and drop the files, then click merge button.

Why I Love PDF? I’ve tried others but they only allow me to merge at the most three files. Not more than that, not without subscribing.

Power Point Infographics by Smile Templates

Jika anda pengguna tegar power point untuk kegunaan kuliah atau pembentangan, pastinya anda acap kali rasa bosan dengan limitasi yang ada pada smart arts yang tersedia. Nak buat sendiri guna illustration function selain daripada smart arts pastinya memakan masa. Nak guna layout biasa tu lagilah bosan dan membosankan. Nanti power point slides penuh dengan tulisan.

Antara pilihan yang kita ada ialah memasukkan  INFOGRAPHICS ke dalam power point slides.  Berasal dari dua perkataan iaitu information  dan  graphic, ia  menggabungkan imej dan carta dengan teks yang minimal.  Penggunaan kedua elemen ini memudahkan lagi penyampaian untuk cepat difahami dengan jelas. Penggunaan elemen visual dengan pilihan warna dan bentuk-bentuk yang bersesuaian sudah tentu lebih menarik di pandangan mata.

Sebenarnya ada banyak pilihan infographic templates untuk power point yang boleh kita dapati secara mudah di internet. Ada yang percuma dan ada yang berbayar. Antara yang percuma dan senang diguna ialah Smile Templates. Ni URLnya: https://www.smiletemplates.com/most-popular/powerpoint-diagrams-charts/0.html.

Di bawah ini, contoh  templates yang free. Nak yang lagi cantik, kena bayarlah.. Apa yang perlu anda buat? Pilih aje yang berkenan di hati dan download. Kemudian open file power point yang di muat turun tadi. Copy slide dan paste ke fail power point yang kita sedang sediakan. Mudah je.. Selamat mencuba.

Editing PDF File Using PDF Pro

 https://www.pdfpro.co/files

Tools ini membolehkan pengguna mengedit  dokumen pdf secara online.

 

Padlet

Padlet boleh dicapai melalui URL ini https://padlet.com/

Ia merupakan satu alat pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan bagi sesiapa yang menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran aktif  seperti collaborative learning, blended learning, flipped classroom dan lain-lain.

Padlet umpama nota lekat (sticky notes) di papan digital yang boleh diperluaskan penggunaannya sama ada sebagai wadah untuk perbincangan pendapat, perkongsian imej, video, audio dan sebagainya.

Tidak semestinya menggunakan komputer, boleh juga diakses menggunakan smart phone.