Online Sources on The Malay World
- MALAY CIVILIZATION PORTAL – The portal has been developed by a research team of the Institute of Malay Wold and Civilization (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia. The project led by Dr Zawiyah Baba was funded by DAGS Fund, Ministry of Science and Technology (MOSTI). The contents of the portals:
- Pangkalan Data ATMA (PADAT) – The ATMA Data Base
- Karya JAWI (Works in Jawi/ Arabic alphabet in Malay Language)
- Sejuta Pantun ( A Million of Pantuns/ Malay traditional poetic form or rhyme)
- MALAY CONCORDANCE PROJECT(MCP)- The concordance is free for everyone who’s interested in classical Malay literature. Yes, it’s free but with three condition, i.e., to let them know if there is any error or inconsistency; to acknowledge the project and of course the contributors if you cite any article from the concordance; and to contribute if you have any new text in a digital form. The MCP is developed by a team from the Australian National University (ANU). The contributors are renowned in the field, including Annabel Gallop, Virginia Hooker, Jan Van der Putten, Amin Sweeney etc.
AQAL
Aqal itu ibarat penglihatan menerusi dua mata yang tilikannya telah diseimbangkan sehingga menjadi satu pandangan.Mata yang satumelihat yang zahir dan yang satu lagi melihat yang batin; dan keseimbangan pandangan mengenainyalah yang harus dituntut, kerana jikalau tiada demikian maka pandangan yang terlihat nanti seperti pandangan yang buta sebelah, atau yang juling-keliru.
~S.M.N. al-Attas, Risalah untuk Kaum Muslimin
Transkripsi Jawi ke Rumi Kitab Thamarat al-Muhimmah Raja Ali Haji (2)
Ditranskrip oleh Akmaliza Abdullah
Fasal 2
Pada memeliharakan badan dan mentadbirkan sihat iaitu sangat berkehendak kepada raja-raja dan beberapa orang besar-besar pada memeliharakan badan itu kerana penyakit itu memutuskan beberapa pekerjaan bermula mentadbirkan badan supaya sihat itu iaitu lima perkara pertama pada makan dan minum kedua tidur ketiga pada jimak keempat pada bergerak-gerak kelima pada berhawa adapun pada makan minum hendaklah dengan beratur dan berhad maka hendaklah makan pada ketika lapar dan minum pada ketika dahaga apabila makan jangan kenyang dengan hawa nafsu jangan memasukkan makanan sebelum lagi hancur makanan yang baharu dimakan dan jangan makan dihimpunkan susu serta ikan dan jangan makan akan makanan yang sudah basi dan hendaklah memilih makanan yang berpatutan dengan tabiat badan serta berpatutan dengan tabiat fasal alam kerana adalah tabiat manusia empat anasir iaitu panas dan kering dan panas basah dan sejuk kering dan sejuk basah maka falak langit pun empat peredaran juga peredaran panas kering dan peredaran panas basah dan peredaran sejuk kering dan peredaran sejuk basah dan tabiat makanan dan rempah-rempah pun demikian juga bermula tabiat badan itu tiadalah tersembunyi kepada orang yang ahli al-nabat dan demikian lagi khasiat-khasiat makanan dan rempah-rempah pun tiada juga tersembunyi kepada ahli al-tabib dan peredaran segala fasal itupun tiada tersembunyi kepada ahli al-falakiah iaitu mengetahui segala buruj yang di langit dan manziluhu matahari dan peredarannya dan berpindahnya daripada satu buruj maka tiap-tiap berpindahnya itu mengubahkan tabiat hawa dunia ini dan jika hendak akan tafsilnya ilmu ini hendaklah tanyakan segala ahlinya dan patut juga raja-raja dan orang besar-besar dan mengetahui ilmu ini supaya dapat ia membezakan badannya dengan makanan dan dengan rempah dan dengan tabiat fasal-fasal dunia ini supaya diubatkan badannya dengan makanan dan dengan fasalnya supaya menjadi sihat dan afiat dan hendaklah makan minum dengan adabnya seperti di dalam Kitab al-Adab Adab al-Akl tuntut olehmu akan dia adapun tidur hendaklah dengan hingganya jika malam jangan tidur melampaui delapan saat dan jika siang jangan melampau satu jam qaylulah lebih kurang sedikit tiada mengapa sekira-kira mendapat awal waktu Zohor iaitu yang awla dan membanyakkan tidur itu mensia-siakan waktu dan menghilangkan cahaya muka dan mensia-siakan umur …………. badan adapun bergerak-gerak iaitu mendatangkan sihat jua kerana apabila banyak diam badan itu lampaui daripada waktunya tiada kuat perjalanan darah apabila sejuk darah tertahanlah ia daripada berjalan iaitu membawa kepada penyakit dan hendaklah kita gerakkan badan kita itu tiap-tiap hari kadar yang patut ada kalanya dengan mengenderai kuda atau dengan bersiar-siar atau membuat sesuatu pekerjaan istimewa pula lepas makan petang sekurang-kurangnya empat puluh langkah adanya. Adapun mengenakan badan dengan hawa dan angin yang lemah lembut iaitu mensihatkan badan jua dan hawa yang baik itu ba’d al-Subh dan qabl tulu’ al-shams yakni kemudian daripada sembahyang Subuh dan sebelum lagi terbit matahari adapun angin yang baik iaitu angin lemah lembut daripada pihak mashriq shahadan inilah segala yang tersebut itu sayugianya raja dan orang besar-besar mengamalkan barang yang tersebut itu ‘ala qadr kuasanya intaha.