Kenapa Pilih Telegram, Bukan WhatsApp?

Untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran, serta komunikasi umum antara pensyarah dengan pelajar, pelajar dengan pelajar, kita akan gunakan aplikasi TELEGRAM. Saya harap wakil kelas dapat bantu saya untuk membuat kumpulan bagi seksyen ni.

Reaksi kurang senang terpancar di wajah sebahagian pelajar. Sebahagian lagi mengangguk, tiada masalah bagi mereka.

“Saya tak install telegram.” “Handphone saya dah penuh.” “Boleh tak kita guna WhatsApp?”

Itulah antara respon awal yang saya terima. Saya dapat memahami kerana itulah juga respon yang terdetik di hati saya apabila ada kumpulan WhatsApp sedia ada  mengesyorkan supaya beralih daripada Whatsapp kepada Telegram. Antara justifikasi yang diberi pada masa itu kerana WhatsApp menyokong Yahudi. Secara peribadi, saya tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan yang tidak tahu asal punca dan tiada asas. Faktor paling utama yang menjadi penyebab saya kurang senang bertukar kepada Telegram kerana matlamatnya adalah sama – untuk interaksi sosial menerusi telefon mobil. Kenapa nak kena tukar dan muat turun banyak aplikasi untuk kegunaan yang sama? Belum lagi masuk WeChat dan aplikasi-aplikasi sosial lain. Memang masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Namun jika ahli kumpulan tidak melebihi 50 orang, saya rasa kekal sahajalah dengan aplikasi sedia ada.

Namun untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran di kelas, saya memilih Telegram dan bukannya WhatsApp. Kenapa? Ini sebab-sebabnya;

  1. Sesiapa sahaja yang menjadi ahli kumpulan boleh masukkan rakan-rakan yang lain. Tidak terhad kepada admin sahaja sepertimana WhatsApp. Jadi memudahkan kerja wakil kelas yang tidak bergaji.
  2. Bahan-bahan, mesej-mesej yang dimasukkan sebelum ahli baru menyertai kumpulan telegram, masih boleh dibaca oleh mereka, tidak seperti WhatsApp yang hanya menampakkan mesej-mesej setelah kita menyertai kumpulan tersebut.
  3. Tidak begitu membebankan memori telefon, storage yang lebih baik tidak seperti WhatsApp.
  4. Senang untuk attach file pelbagai format termasuk power point, jpg. excel, movie, pdf.
  5. Saiz  pemindahan fail (file transfer) juga besar.
  6. Boleh menggunakan pelbagai platform sama ada  telefon pintar (Android, IPhone, IPad, Firefox OS); desktop (Windows, Mac, Linux, MacOS); Web (web-version, Chrome app). Senang cerita, kalau telefon hilang kepintarannya kerana habis bateri, boleh ber’telegram’  menggunakan komputer.
  7. Bilangan ahli kumpulan sampai mencecah 1000 orang. Namun yang ini tidak berkaitan untuk kelas saya yang saiznya tidak besar.
  8. Sekuriti lebih baik dengan adanya encryption, boleh juga secret chat. Yang ini setakat ini tidak berkaitan sebab perbincangan PdP di Telegram tidak sampai ke tahap sulit.

Untuk bagaimana saya menggunakan Telegram bagi tujuan PdP, akan disambung nanti in sha’Allah.

Pembelajaran Aktif

  1. Apakah yang dimaksudkan dengan Pembelajaran Aktif (Active Learning)? Satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang mendorong pelajar untuk terlibat secara aktif dalam proses dan aktiviti pembelajaran melalui penulisan, perbincangan, penyelesaian masalah atau refleksi.
  2. Kenapa elemen Pembelajaran Aktif perlu dimasukkan dalam PdP? Pelajar mampu mencerap pembelajaran dengan lebih baik apabila mereka terlibat secara langsung dan aktif dalam proses pembelajaran, berbanding dengan kaedah konvesional seperti mendengar syarahan dan mengambil nota. Ia juga dapat mengoptimumkan potensi dan motivasi pelajar dan pembelajaran; di samping memberikan kebebasan kepada pelajar untuk berfikiran kritikal dan kreatif.
  3. cone-of-learningApakah strategi-strategi untuk Pembelajaran Aktif? Antaranya ialah:
    1. Think-Pair-Share – Perbincangan dan perkongsian dengan rakan sebelah ataupun dalam kumpulan kecil dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan kesedaran bahawa rakan-rakan juga boleh menjadi sumber pembelajaran.
    2. Latihan pemikiran kritis secara berkumpulan
    3. Kajian Kes
    4. Debat
    5. Pembelajaran Berasaskan Masalah
    6. Peer Instruction
    7. Pre reading/Pre quiz
    8. Klip Video
    9. One minute paper, eg. Apakah konsep penting yang anda pelajari hari ini?
    10. Soalan-soalan terkumpul daripada pelajar di penghujung kelas
    11. Web 2.0
    12. Brainstorming
    13.  One Minute Mystery, teka teki, teka silangkata (www.puzzlemaker.com)

 

Hang Tuah: Fact or Fiction?

  1. Khoo Kay Kim’s view
  2. Prof Emeritus Dr Hashim Musa
  3. Prof Emeritus Dr Ahmat Adam