Refleksi Khidmat Komuniti Nur Ehsan (1)

  1. LAPORAN GERAK KERJA SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS

 

Gerak kerja sebelum kami tidak berjala dengan sebaiknya . masing masing masih tidak Nampak dengan jelas apa tugas yang hendak dilakukan oleh mereka walaupun jawatan jawatan sudah diberikan . saya sendiri salah seorang daripada AJK makanan dan tidak diberitahu apa yang perlu dilakukan oleh ketua AJK makanan . mungkin salah saya juga kereana tidak mengambil berat tentang hal ini. Seminggu sebelum hari lawatan itu semua masih keliru hendak lakukan aktiviti apa disana . malam sebelum hari aktiviti telah dilakukan meeting dan agenda meeting tu mungkin tidak sampai sepenuhnya . tetapi dalam meeting itu baru Nampak apa yang perlu dibuat oleh setiap ahli dalam aktiviti melawat orang tua nanti.

Semasa kami baru sampai , kami “speechless” dengan keadaan disana . ruang yang sempit untuk menjalankan aktiviti di sana dan ahli rumah orang tua hanya bermasam muka seperti susah untuk terima kehadiran kami. Tetapi selepas aktiviti senam robik yang diketuai oleh Kassim , perspektif kami telah berubah kerana kami lihat orang tua disana dapat member kerjasama yang baik dengan kami . dengan itu , semangat kami untuk menjalankan aktiviti disana semakin naik dan kami sangat gembira dengan kerjasama yang mereka berikan.

Terdapat beberapa nenek nenek yang sukar untuk member kerjasama, mungkin mereka penat . akan tetapi kami sentiasa memberkian layanan yang baik kepada mereka. Kami menjalankan tugas as a team dan saya gembira dengan kerjasama semua ahli berikan.

 

  1. APA YANG SAYA PELAJARI DAN SEDARI TENTANG DIRI SENDIRI

Apa yang saya pelajari disitu saya makin menghormati orang orang tua . kalau dahulu saya tidak gemar bercakap dengan orang tua kecuali ibu bapa saya . tetapi pengalaman ini menjadikan saya lebih bersabar melayan kerenah mereka dan mendengar dengan teliti apa yang mereka mahu katakan. Pengalaman ini juga melatih saya dalam kesabaran untuk mendengar dan melayan kerenah mereka. Ini kerana terdapat banyak orang tua disana sering mengulangi apa yang mereka telah bercakap. Saya juga dapat tahu yang saya berkerja dalam kumpulan lebih baik daripada bekerja seorang diri. Kalau dulu saya seorang yang tidak berapa gemar untuk berkerja dalam kumpulan, tetapi pengalaman ini telah merubahkan perspektif diri saya bahawa bekerja dalam kumpulan lebih baik daripada seorang diri.

 

  1. APA YANG SAYA BELAJAR MENGENAI REALITI KEHIDUPAN MASYARAKAT

Apa yang saya pelajari disitu adalah bukan semua ahli disitu dibuang ataupun anak mereka tidak mahu menjaga mereka, akan tetapi ada sesetengah daripada anak meraka mahu ibunya dilayan dengan baik semasa mereka sibuk bekerja. Saya berborak dengan nenek yang di dalam rumah . kebetulan berjumpa dengan dia masa saya hendak agihkan makanan ringan iaitu bubur ayam kepada mereka. Nenek itu mempunyai 3 orang anak. Anak mereka semua Berjaya dan sayangkan nenek itu . akan tetapi anak mereka risau kerana tiada orang mahu menjaga nenek itu di kampong seorang diri . tiada orang nak memasak untuk beliau, menjaga beliau dan memandikan beliau. Kisah nenek ini menukarkan pandangan saya terhadap Penjagaan Rumah Orang Tua ini. Dahulu tanggapan saya tempat ini seperti tempat pembuangan orang tua.

Saya amat suka dengan pengalaman ini kerana aktiviti ini dapat memberikan faedah kepada dua pihak iaitu pihak kami dan pihak orang tua disana. Bagi pihak kami, sudah semestinya kami dapat pelajari banyak perkara dan ambil pengalaman disana. Tetapi bagi pihak orang tua di sana, lawatan kami sedikit sebanyak telah meringankan beban mereka dan membantu mereka melupakan sebentar masalah mereka. Ini kerana kami menyediakan beberapa aktiviti yang dapat membantu mereka melupakan masalah masalah peribadi mereka. Mereka kelihatan gembira dan seronok dengan layanan kami.

 

  1. IMPAK PENGALAMAN TERSEBUT PADA MASA HADAPAN TERHADAP DIRI DAN KOMUNITI

Apa yang saya dapat ialah saya lebih menghargai kedua ibu bapa saya dan saya tidak mahu kedua ibu bapa saya berada disitu. Saya akan berusaha untuk mencari jalan untuk menjaga mereka sendiri walaupun saya sibuk bekerja. Walaupun tidak semua orang tua disitu dipaksa untuk masuk disitu, tetapi hampir kesemuanya merasa disisihkan dan tidak mendapat kasih sayang yang sepenuhnya oleh anak mereka. Mereka terlalu rindukan keluarga dan anak anak mereka sehingga ada seorang nenek itu tidak larat nak makan makanan ringan kami kerana terlalu rindukan anak anak mereka.

Apa yang saya harap daripada pihak komuniti , bantulah mereka semampu kita untuk meringankan lagi beban yang mereka pikul. Biarlah kita yang menjalankan tanggungjawab anak anak mereka untuk menjaga mereka dengan baik. Saya harap pada masa hadapan , pihak kerajaan ataupun NGO-NGO di Malaysia banyak melakukan aktiviti-aktivit disana seperti gotong royong dan membantu mereka seadanya. Saya juga berharap saya dapat membantu apa yang saya mampu di masa hadapan terhadap mereka yang tinggal di pusat penjagaan orang tua.

 

 

 

 

  1. ASPEK KEMAHIRAN INSANIAH YANG SAYA DAPAT PERTINGKATKAN

 

 

  • Kemahiran komunikasi

Seperti yang saya beritahu, saya dahulu tidak gemar untuk melayan kerenah orang tua. Tetapi pengalaman ini telah merubahkan cara saya melayan orang tua. Saya lebih bersabar dalam mendengar apa yang mereka sampaikan dan berusaha untuk mengambil sedikit sebanyak pengajaran terhadap apa yang mereka katakana untuk saya gunakan di masa hadapan. Saya juga dapat memberanikan diri untuk berkata kata dengan orang yang saya tidak kenali. Sungguh pengalaman ini telah menaikkan lagi kemahiran saya berkomunikasi dengan orang lain.

  • Kemahiran kerja berpasukan

Seperti yang saya katakana pada awalnya , gerak kerja awal saya sangat tidak membantu walaupun saya seorang AJK makanan. Tetapi semasa aktiviti dijalankan , saya bergerak secara berkumpulan dalam mengagihkan makanan dan minuman terhadap orang tua. Pengalaman ini juga dapat menaikkan kemahiran dalam bekerja berpasukan kerana semua aktiviti yang kami jalankan seperti Ice Breaking sangat memerlukan semangat kerjasama yang kuat dan kami Berjaya menjayakannya.

  • Etika dan Integriti

Pengalaman ini juga mengajar saya untuk menghormat orang yang lebih tua daripada saya. Kisah kisah yang mereka ceritakan kepada kami juga dapat memberikan pengajaran kepada kami supaya sentiasa menghormati dan menyayangi kedua ibu bapa kita. Kita sebagai anak juga perlu menjalankan tanggungjawab kepada mereka walaupun sesibuk mana kita sekalipun. Jangan pernah menyakiti hati mereka kerana mereka lah yang telah menjaga kita daripada kecil hinggalah besar.

 

~Ahmad Azamuddin~

Refleksi Khidmat Komuniti Kg Tanah Abang (5)

Pada tanggal 08 April 2015, telah diadakan satu program berbentuk kemasyarakatan di Kampung Orang Asli Tanah Abang, Mersing. Program ini adalah hasil usaha sama antara pihak Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAIJ), serta Fakulti Tamadun Islam Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Program ini adalah satu program serampang dua mata kerana di samping membantu masyarakat di komuniti Tanah Abang, kami juga mengajak mereka untuk lebih mendekati Islam dengan berdakwah menggunakan medium yang berbeza iaitu berdakwah dengan menggunakan akhlak.

Pada dasarnya, orang asli di Kampung Tanah Abang ini ada yang sudah memeluk Islam, namun begitu pegangan mereka masih belum kuat di mana mereka masih memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar dari mereka yang lebih arif terutamanya dari golongan ustaz serta ustazah yang pastinya lebih arif tentang agama. Atas dasar itu, timbul rasa tanggungjawab di kalangan pihak JAIJ untuk mengadakan program serta aktiviti yang menarik untuk memberi pendedahan kepada orang asli ini tentang keindahan Islam. Segala-galanya haruslah dilakukan secara perlahan-lahan dan berhati-hati ibarat menarik rambut dalam tepung memandangkan kebanyakan mereka masih kuat berpegang kepada kepercayaan nenek moyang mereka. Tidak ketinggalan juga ada sebahagian mereka yang telahpun menganut agama Kristian.

Pihak JAIJ telah menganjurkan program Khidmat Komuniti Orang Asli Kampung Tanah Abang dengan kerjasama Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Program ini telah berlangsung selama empat hari bermula 08 April sehingga 11 April.

Sebelum bermulanya program, pihak JAIJ dan UTM telah mengadakan mesyuarat bagi melantik ahli jawatankuasa yang akan mengelola program di sana. Ahli jawatankuasa yang terlibat telah bertungkus lumus menyediakan segala kelengkapan yang diperlukan untuk dibawa dan kelengkapan yang akan digunakan sepanjang program berlangsung.

Kami telah dibahagikan kepada setiap unit masing-masing bagi membantu kelancaran program dan saya telah dipilih untuk memegang jawatan selaku Ketua Unit Pengangkutan dan Penginapan. Tugas saya adalah untuk menghubungi bas yang akan digunakan bagi perjalanan pergi dan balik kami ke program tersebut. Selain itu, saya juga diberi tanggungjawab untuk mendapatkan beg tidur yang akan digunakan untuk tidur bagi memastikan setiap peserta mendapat rehat yang sempurna sepanjang program itu berlangsung. Perkara ini sangat penting kerana dapat membantu saya mempelajari cara-cara berurusan dan berkomunikasi dengan orang penting.

Bermula seawal jam 9.00 pagi, kami telah berkumpul di depan Blok U5 Kolej Perdana UTM Johor, seperti yang telah dipersetujui bersama dengan pemandu bas yang akan membawa kami ke kampung Tanah Abang. Sebelum bertolak ke sana, kami telah bersama-sama mengangkat barang yang diperlukan untuk dibawa ke sana meskipun itu bukanlah dibawah tanggungjawab unit. Di sini dapat dilihat semangat kerjasama dipupuk dalam diri setiap peserta untuk saling membantu antara satu sama lain sehingga selesai semua kerja. Sebelum berangkat pergi, kami dikehendaki mengangkat sejumlah besar beras ke dalam bas dan kerja ini memerlukan kerjasama yang baik antara semua peserta. Kami bersama-sama membantu mengangkat beras meskipun pada awalnya kami tidak mengenali antara satu sama lain. Setelah selesai, kami pun bertolak ke destinasi iaitu Kampung Tanah Abang, Mersing.

Alhamdulillah, perjalanan kami ke sana tidak ditimpa sebarang musibah dan kami selamat sampai di sana kira-kira jam 2.00 petang. Setibanya di sana, saya agak terkejut melihat suasana di sana yang jauh berbeza dengan kampung-kampung yang pernah saya lawati sebelum ini. Hal ini demikian kerana, kampung mereka dipenuhi sekumpulan anjing yang banyak sehingga menimbulkan rasa gerun dalam diri sebilangan peserta yang terlibat. Kami disambut baik oleh pihak JAIJ dan juga beberapa anak orang asli yang agak sedikit kaget melihat kehadiran kami.

Kami pun menurunkan semua barang yang dibawa dan meletakkannya di dalam dewan yang telah disediakan. Kemudian, kami menjamu selera juadah yang telah disediakan iaitu Nasi Ayam. Dek kerana kelaparan, saya mengambil dua bungkus Nasi Ayam memandangkan ada lebihan yang tinggal. Jadi untuk mengelakkan pembaziran, saya pun mengambil nasi yang lebih dan saya makan sehingga habis. Alhamdulillah, saya berasa kenyang dengan rezeki yang dikurniakan. Setelah selesai menjamu selera, kami pun diberi peluang untuk merehatkan diri di dalam bilik yang telah disediakan. Meskipun bukan kami yang memandu bas pada ketika itu, namun kami berasa agak letih.

Setibanya di bilik, kami agak terkesima kerana ruangan yang disediakan untuk kami tidur bukanlah di dalam bilik rehat, sebaliknya kami hanya diberikan sebuah bengkel yang telah dibentangkan tikar yang dijadikan alas untuk kami tidur pada waktu malam. Di awal2 program lagi kami telah mendapat satu pengajaran yang cukup bermakna, bersyukur apa yang ada. Meskipun hanya diberikan bengkel namun kami tetap bersyukur kerana masih ada tempat untuk kami berteduh dari hujan dan panas sepanjang kami berkampung disini. Setelah meletakkan semua barang kami di dalam bilik, kami pun menunaikan solat Zohor secara berjamaah dengan diimamkan oleh pengarah program kami sendiri.

Kami diminta untuk berkumpul semula di dalam dewan setelah selesai menunaikan solat Zohor untuk mendengar sedikit taklimat yang akan disampaikan oleh pegawai daripada JAIJ berkenaan perjalanan program kami sepanjang kami berada di kampung Tanah Abang ini. Taklimat yang diberikan agak ringkas dan padat dan kami semua memahami setiap intipati yang dikatakan oleh pegawai berkenaan. Perkara pertama yang kami lakukan adalah kami bekerjasama dengan pihak JAIJ untuk menyiapkan frame yang akan diberi kepada semua ketua keluarga pada majlis penutup. Saya tidak dapat membantu rakan-rakan yang lain melakukan persiapan tersebut memandangkan saya bertugas selaku pengacara majlis untuk majlis perasmian pembukaan pada malam tersebut. Saya bersama Ketua Unit Protokol melakukan persiapan untuk majlis perasmian pembukaan bagi memastikan majlis pada malam itu berjalan dengan lancar. Di sinilah saya mempelajari ilmu baru, iaitu ilmu mengacara majlis memandangkan ini adalah kali pertama saya menjadi pengacara majlis.

Pada pukul 5 petang, kami semua telah menngadakan program ziarah sekampung dimana program ini adalah bertujuan untuk beramah mesra bersama penduduk kampung di samping menerangkan kepada penduduk kampung tentang tujuan program kami serta mengajak penduduk kampung untuk turut serta memeriahkan program yang pihak kami rancangkan. Kami berpecah kepada 3 kumpulan dan setiap kumpulan di ketuai oleh penduduk kampung itu sendiri yang menunjukkan kami jalan ke rumah-rumah keluarga angkat kami serta penduduk kampung yang lain. Setelah selesai program, saya terpaksa bergegas semula ke dewan kerana saya merupakan pengacara majlis bagi malam perasmian pembukaan. Saya bersama beberapa orang rakan yang lain melakukan persiapan bagi memastikan majlis perasmian pembukaan dapat berjalan dengan lancar.

Pada waktu malam, kami semua berkumpul di dewan untuk majlis perasmian pembukaan. Selaku pengacara majlis, saya sedikit berdebar memandangkan ini adalah pengalaman pertama saya menjadi pengacara untuk majlis yang formal. Peluh gemuruh mula menitik tatkala saya berdiri di hadapan para penonton dan majlis dimulakan dengan acara cabutan bertuah. Saya amat terharu dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh para penonton dan ini membuatkan saya bertambah lebih semangat untuk meneruskan acara. Tidak lama selepas itu majlis pun bermula dan simbolik perasmian majlis juga selesai dilaksanakan tanpa sebarang masalah. Majlis pada malam itu berjalan dengan agak lancar dan setelah selesai majlis, kami mengadakan post-mortem bagi menambah baik aturcara serta mengingatkan semua peserta tentang tentatif program untuk keesokan harinya. Lebih kurang jam 12 malam kami semua pulang ke bilik untuk merehatkan badan dan tidur.

Keesokan harinya iaitu pada hari Khamis, kami bangun awal pagi bagi menunaikan solat sunat Tahajud secara berjemaah dan seterusnya melakukan solat Subuh secara berjemaah. Setelah itu, kami mendengar sedikit kuliah Subuh yang disampaikan oleh Dr. Nurazmallail. Setelah itu kami yang lelaki kembali semula ke bilik untuk menyambung tidur manakala bagi peserta perempuan pula mereka bersama-sama beberapa wanita penduduk kampung melakukan senam robik di dewan. Pada pukul 10 pagi, kami semua pergi ke rumah keluarga angkat masing-masing dan kami pun berbual-bual, bertanyakan tradisi penduduk kampung, kehidupan seharian mereka dan banyak lagi. Saya mengikut rakan saya pergi ke rumah keluarga angkatnya kerana saya malu untuk berbual sendiri secara berseorangan dengan keluarga angkat saya, sehingga menyebabkan keluarga angkat saya menunggu kehadiran saya di rumah. Saya berasa serba salah dan ketika saya sampai di rumahnya, dia telahpun makan makanan yang sepatutnya kami makan bersama. Kami kemudian nya berbual-bual dan mereka menghidangkan air Nescafe untuk kami minum. Saya bukanlah seorang yang menggemari Caffein, dan saya memang tidak pernah minum air Nescafe itu. Namun demi menjaga hati keluarga angkat, saya terpaksa meminum air itu. Pada jam 1.30 petang, saya meinta izin untuk berangkat pulang.

Setelah selesai menunaikan solat Zohor dan Asar secara jamak, kami merehatkan diri di dalam bengkel dan bersiap-siap untuk perlawanan badminton bersama pegawai JAIJ dan penduduk kampung. Ternyata umur bukanlah penghalang kerana rata-rata pegawai JAIJ dan penduduk kampung lebih tua jika dibandingkan dengan kami para peserta. Namun mereka lebih handal dan akhirnya perlawanan akhir badminton kategori lelaki menemukan pegawai JAIJ dan penduduk kampung yang akhirnya dimenangi oleh pegawai JAIJ.  Pada waktu petang nya pula, telah diadakan perlawanan persahabatan bola sepak antara pegawai JAIJ dan penduduk kampung Tanah Abang. Saya dan beberapa rakan lain dipilih untuk bersama-sama pegawai JAIJ memperkuat pasukan mereka. Satu perlawanan yang sengit ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan yang menyaksikan serangan demi serangan dilakukan ke gawang masing-masing bagi memperoleh gol. Namun, nasib tidak menyebelahi kami apabila kami tewas dengan jaringan 2 berbalas 4, namun saya agak gembira kerana saya berjaya menyumbangkan satu gol.

 

Pada waktu malam, kami sekali lagi mengadakan cabutan bertuah namun sebelum itu telah diadakan satu tayangan video berunsurkan nilai-nilai murni dan para penonton diberi soalan berkaitan video yang ditayangkan dan hadiah diberikan kepada mereka yang berjaya menjawab soalan dengan tepat. Video yang ditayangkan ternyata sangat menyentuh hati dan ada yang hampir menitiskan air mata kerana rata-rata video yang ditayangkan banyak menyentuh soal kekeluargaan dan ini sangat memberi kesan kepada para penonton yang hadir. Setelah selesai sahaja tayangan video, acara pada malam itu diteruskan dengan acara cabutan bertuah dan saya sekali lagi sangat terharu dengan sambutan yang sangat menggalakkan daripada penduduk kampung. Mereka seolah-olah tidak sabar menantikan nombor mereka dipanggil untuk menerima hadiah yang bakal diberikan. Setelah selesai semua, penduduk kampung serta semua peserta menjamu juadah yang telah disediakan oleh pihak pegawai JAIJ. Kami sekali lagi mengadakan post-mortem pada malam itu setelah tamat semua acara bagi menerangkan tentatif pada keesokannya harinya memandangkan esok adalah hari yang sangat sibuk bagi kami pihak penganjur. Setelah selesai semua kami pun pulang ke bilik untuk tidur kerana jam telahpun menunjukkan hampir pukul 1 pagi dan kami memang telah kepenatan.

Seperti biasa, kami bangun pada awal pagi untuk menunaikan solat Tahajud dan Subuh secara berjemaah dan mendengar kuliah Subuh. Setelah itu, kami tidak tidur kerana ada acara yang sangat penting iaitu acara sukaneka bersama anak-anak kampung Tanah Abang serta sedikit senam robik bersama penduduk kampung. Kami pun bersama-sama penduduk kampung pergi ke padang untuk meneruskan program yang telah dirancang. Kami sangat terkejut pada awalnya kerana anak-anak penduduk kampung ini dilihat begitu bersemangat. Mereka telah menunggu dihadapan bilik kami seawal jam 7 pagi kerana ingin turut serta dalam program yang kami rancangkan. Saya begitu kagum melihat semangat serta kerjasama dari penduduk kampung ini. Kami meneruskan acara dengan senaman dan seterusnya sukaneka. Mereka semua dilihat begitu seronok menyertai aktiviti yang telah kami sediakan.  dengan penduduk kampung. Ternyata mereka bukanlah tandingan bagi kami, kami tewas tipis 1-5.

Pada waktu malamnya pula, tibalah acara kemuncak yang ditunggu-tunggu, majlis perasmian penutupan Program Khidmat Komuniti Kampung Tanah Abang. Segala persiapan telah dirancangkan dengan begitu rapi. Namun keadaan menjadi sedikit kelam kabut pada awalnya apabila dif kehormat tiba lebih awal dari masa yang dijangka. Saya selaku pengacara pada malam itu agak sedikit gelabah namun hasil tunjuk ajar dari Ust Rafi, keadaan berjaya dikawal. Majlis diteruskan dengan persembahan tarian sewang serta montaj sepanjang program ini berlangsung. Setelah selesai majlis rasmi tersebut, kami sekali lagi meluangkan masa bersama keluarga angkat masing-masing untuk kali terakhir. Kami meluangkan masa mengambil gambar bersama. Saya agak terkejut pada malam itu kerana saya mendapat sebuah tanjak yang dianyam dari daun mengkuang oleh salah seorang dari keluarga angkat. Saya agak terharu kerana saya bukanlah anak angkatnya, namun dia memberikan saya tanjak itu kerana katanya dia meminati saya. Saya terharu kerana dalam kalangan ramai peserta lain, saya seorang yang terpilih mendapat tanjak itu. Saya memakai tanjak itu sehingga tamat majlis pada malam itu. Kami tidur dengan begitu nyenyak memandangkan program telahpun tamat dan tinggal menunggu masa untuk pulang pada keesokan harinya.

 

Pada keesokan harinya, kami masih lagi menunaikan solat Subuh bersama-sama dan bersiap untuk berangkat pulang. Selepas bersarapan, kami bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar dewan dan tempat tidur kami. Sekali lagi saya tersentuh melihat ada segelintir penduduk kampung serta keluarga angkat yang datang ke dewan untuk sama-sama mengiringi kami berangkat pulang. Suasana pilu seketika kerana mereka seolah-olah keberatan untuk melepaskan kami. Kami beramah mesra untuk kali yang terakhir sebelum bas tiiba lebih kurang jam 9 pagi. Setelah meletakkan barang di dalam bas, kami bersalaman dengan penduduk kampung dan bersedia untuk berangkat pulang. Jujur saya katakan ini adalah program keluarga angkat terbaik yang pernah saya ikuti dan pastinya pengalaman yang kami peroleh di sini sangat berharga. Sampai di UTM, kami makan bersama di Scholar’s Inn sebelum pulang ke kolej kediaman masing-masing. Sungguh pengalaman kami bersama masih tidak dapat dilupakan dan sehingga sekarang kami masih menghubungi satu sama lain dan kami telah pun merancang untuk mengadakan satu pertemuan kembali nanti.

 

~Syafiq~

Refleksi Khidmat Komuniti Tanah Abang (4)

8hb Rabu .

Semasa ziarah dan beramah mesra bersama penduduk kampung, kumpulan saya ziarah ke rumah di bahagian depan . Jadi saya tidak dapat mencari rumah  keluarga angkat saya yang berada di bahagian tengah . Semasa berziarah ke rumah-rumah lain saya dapat lihat cara hidup mereka, sifat malu mereka bersama orang luar. Banyak info yang saya dapat di sana .

Semasa makan malam yang sepatutnya kami makan bersama keluarga angkat, saya tidak makan bersama keluarga angkat saya kerana tidak kenal mereka dan tidak tahu samada mereka datang atau tidak pada malam itu . Saya makan bersama rakan-rakan saya yang senasib dengan saya.

Pada hari jumaat pagi, kami ada aktiviti sukaneka . saya tidak Nampak adik angkat saya. Jadi saya bermain bersama kanak-kanak yang lain . aktiviti sukaneka tamat pada jam 10.30 pagi .

Selepas itu, program motivasi pula diteruskan di dewan sehingga jam 12.30 tengahari .  selepas habis program, saya sedang menguruskan hadiah untuk aktiviti pada malam itu . tiba-tiba, ustazah akmaliza panggil saya dari luar dewan . di luar dewan , bapa angkat saya sedang menunggu. Ustazah kata gaya bapa angkt saya sepereti mencari seseorang . pada masa itu saya berasa seronok dan agak ‘excited’ dapat berjumpa beliau . jadi saya duduk bersama beliau serta anak-anak yang lain . bapa perkenalkan adik angkat yang bernama Aidil Akbar . setiap malam Aidil ada di dewan tetapi dia tidak kenal saya . sepupunya iaitu Boboi yang memberitahu beliau bahawa saya anak angkatnya . terima kasih kepada Boboi . setelah berbual , bapak minta diri untuk pulang kerana ada urusan . jadi saya teruskan perbualan saya dengan adik angkat serta kawan-kawannya . selepas makan bersama mereka, saya pulang ke bilik untuk solat zohor .

Selepas solat zohor , aktiviti kami ialah menziarah rumah keluarga angkat . saya bersama Farhana dan Amin berjalan bersama kerana rumah kami berdekatan dengan ditemani oleh Nur Maizatul Afiqah iaitu sepupu angkat saya . sesampainya di rumah Amin dahulu, mak dan ayah angkatnya keluar ke Kluang beli barang. Jadi kami teruskan ke rumah saya . tetapi mak dan bapak tiada di rumah . jadi kami teruskan jalan ke rumah Farhana . ini kali pertama farhana berjumpa dengan ayah angkatnya, Aban bin Deron kerana sebelum ini pergi hanya maknya sahaja ada di rumah . semasa berbual-bual, mak angkat Amin lalu depan rumah Farhana dengan motor . beliau mencari anak angkatnya . jadi saya dan Amin meminta diri dulu dan kami  terus ke rumah saya kerana mak dan bapak sudah pulang . itu kali pertama kami berbual panjang . bapak saya berasala dari Lombok timur, Indonesia, sudah 20tahun menetap di johor . beliau ada seorang anak perempuan di Indonesia yang bernama Yuni . bapak kata rupa Yuni sama dengan saya sebab itu bapak terus selesa dengan saya . saya berasa agak gembira apabila dengar bapak kata begitu . ada sesetengah perkataan yang saya tidak faham apa yang bapak cakapkerana bercampur dengan dialek Indonesia , tetapi Amin faham. setelah berkenalan dengan semua, saya Amin minta diri dahulu kerana kami nak pergi ke rumah Amin pula . Mak Amin sangt baik kerana selalu memberi kami makanan setiap kali datang ke sana . Mak Amin berasal dari Jawa Timur, Amin kata dia kurang faham dengan apa yang maknya katakana . Abang angkat Amin turut serta berbual dengan kami . beliau dahulu belajar di Kolej Komuniti di Negeri Sembilan ambil bidang elektrik . sekarang beliau membuat ‘wiring’ dan bengkel motor . tepat jam 5 petang, kami minta diri untuk pulang kerana pelajar lelaki ada permainan bola sepak di padang . Amin pulang ke dewan , saya pulang semula ke rumah keluarga angkat kerana mahu bersembang lagi . saya mempunyai adik-adik angkat yang sangat comel . ayu, aidil akbar, aida fitri, dan akbar billah . ayu telah meninggal dunia . aidil berumur 13tahun dan tidak bersekolah. Aidil selalu ikut bapanya kerja . aida fitri berumur 7tahun . akbar billah baru 8bulan . mak saya seorang yang ramah, beliau tidak berapa malu seperti pada mulanya . setelah lama berbual, bapak berikan kami motor untuk berjalan-jalan ke padang . saya, farhana dan Maiza menaiki motor bersama ke padang . setibanya di padang, mak Amin mengajak kami ke rumah rakit . angin sangat kuat dan sangat selesa bersantai di sana . Pelajar utm sedang bermain bola bersama penduduk kampong Tanah Abang . semasa bersantai di rumah rakit, Aidil, Boboi dan seorang lagi yang saya tidak ingat namanya terjun ke dalam sungai . mereka pandai berenang . sungai itu sangat dalam dan lebar . seberang pada sungai itu merupakan negeri Pahang . tempat yang dikenali sebagai endau-rompin . sangat menarik dan teruja . hari semakin gelap jadi kami pun pulang semula ke dewan untuk persiapan makan malam .

Seperti biasa keluarga saya tidak datang kecuali Aidil, adik angkat saya . kemudian kami tangkap gambar bersama . pada mala mini saya agak sedih kerana tidak dapat makan bersama keluarga angkat saya . jadi seperti biasa saya makan bersama keluarga angkat Amin .

Pada keesokan harinya , kami telah bersiap sedia untuk pulang . kemas dewan . selepas itu, mak angkat amin datang ke dewan kerana hendak beri sarapan kepada Amin. Ketika itu, Amin sedang bersiap-siap . jadi agak lama hendak menunggu. Saya berbual dahulu dengan mak angkat Amin . agak terik ketika itu kerana matahari sudah naik jadi saya ajak mak angkat Amin untuk masuk ke dewan dahulu tetapi dia tidak mahu . selepas Amin bersiap dan bertemu mak angkatnya, saya, Amin dan Farhana berjalan bersama ke rumah mak angkat Amin buat kali terakhir . banyak bekalan makanan mak angkat Amin beri kepada kami di dalam bas . selepas itu, kami pulang ke dewan . semasa menunggu bas tiba, ramai keluarga angkat yang datang . saya tunggu keluarga angkat saya datang tetapi tidak ada . Aidil pun tidak ada . pagi itu saya berasa agak sedih juga kerana tiada gambar keluarga bersama . semasa ke rumah mak angkat Amin , saya terniat untuk singgah ke rumah keluarga angkat saya tetapi saya takut mengganggu mereka jika mereka masih tidur .

Setelah sampai ke UTM , pada malam itu, bapa angkat saya telefon bertanya khabar . Abah kata dia suruh Aidil ke dewan untuk tengok saya samada sudah pergi atau belum . mereka fikir saya sudah pergi jadi mereka tidak datang ke dewan . sekian sahaja pengalaman luarbiasa yang amat berharga yang tidak pernah saya lalui saya di perkampungan Orang Asli Tanah Abang. Terima kasih kepada Ustazah Akmaliza kerana memilih kami untuk menyertai program sebegini .

 

~Shylina~

Refleksi Khidmat Komuniti Kg Tanah Abang (3)

Hari pertama

Pada hari pertama kami berkumpul dan bertolak awal pagi daripada kolej perdana seawal 9 pagi dan mengambil masa 3 jam perjalanan dari utm ke kampung tanah abang di mersing.perjalanan yang jauh menyebabkan kami berasa mengantuk dan mula hilang semangat untuk meneruskan program. Setibanya di sana kami melihat persekitaran di sana seperti di kampung- kampung yang lain. Kami menjangkakan kampung orang asli ini agak ketinggalan seperti tinggal di kawasan hutan namun, kampung mereka sama seperti di kampung-kapung melayu yang lain dimana kawasan mereka telah dibangunkan oleh ramai pihak yang sudi membantu mereka selama ini. Walaupun kami dikhabarkan bahawa ada antara mereka menganut agama islam, kami melihat anjing kelihatan bersepah di situ dan bermain dengan anak-anak mereka. Kami menganggapkan bahawa mereka ini masih terikat dengan cara hidup mereka yang lama. Setelah kami berhenti di dewan yang sepatutnya menjadi kediaman kami, kami pun turun dari bas dan mengeluarkan barang  kami sambil disambut oleh anak-anak orang asli yang kelihatan agak gangster. Semua  hadiah, beras dan pakaian dibawa masuk ke dewan.

Pada petangnya, kami telah dibawa oleh jkkk kampung menziarahi penduduk di situ sambil mengundang mereka hadir pada majlis yang akan berlangsung tiga malam berturut-turut nanti. Pada masa itu juga kami diperkenalkan kepada keluarga angkat kami yang mana kami seorang untuk satu keluarga. Setelah itu, kami pulang untuk membuat persiapan majlis yang akan berlangsung pada malam itu. Pada malam itu, telah berlangsungnya cabutan bertuah, perasmian pembukaan majlis dan makan malam bersama keluarga angkat. Makanan yang disediakan cukup sedap untuk dinikmati dan kebanyakan penduduk orang asli ini amat bersyukur dengan rezeki yang mereka dapat. Pada malam itu juga kami beramah mesra bersama keluarga angkat.

Postmortem  pada malam itu, kami senang hati apabila program pada hari itu berjalan dengan lancar.

 

Hari kedua

 

Pada awal pagi, kami telah bersama-sama sebagai umat islam telah mengadakan qiamullail dan mengadakan ceramah pendek selepas subuh berjemaah. Setelah itu,pihak perempuan telah mengadakan senamrobik bagi menjalani kehidupan yang sihat. Kemudian kami telah bersarapan dan menuju ke rumah keluarga angkat masing-masing untuk sesi suai kenal dan ramah mesra.kami sungguh puas hati dengan layanan yang telah diberikan oleh penduduk kampung kerana mereka tidak menganggap kami seperti orang luar. Mereka sungguh mesra dan dan kami menjadi tetamu yang bertuah kerana dapt mengetahui cara hidup mereka. Sehingga tengah hari, kami telah dihantar makan tengah hari oleh pihak jabatan agama untuk makan bersama. Selepas makan, kami pulang ke dewan untuk bersiap-siap untuk pertandingan badminton lelaki dan perempuan pada petangnya. Kami memulakan pertandingan dengan kategori perempuan diikuti kategori lelaki pula. Tujuan pertandingan dilangsungkan adalah untuk merapatkan lagi hubungan antara kami dan juga mereka. Walaupun ada antara kami yang menang, hadiah adalah hanya untuk penduduk kampung. Kami secara sukarela menyertai pertandingan itu bagi memeriahkan majlis. Selepas itu, pertandingan bola sepak pula telah dilangsungkan antara pihak kampung dan juga jabatan agama. Keputusan penuh adalah dimenangi oleh penduduk kampung dengan gol 5-2.

 

Pada malamnya, seperti biasa cabutan bertuah telah diadakan dahulu bagi memeriahkan majlis. Kemudian pula telah berlangsung  tayangan dokumentari bagi semua penduduk kampung dengan isi nilai-nilai murni di dalamnya. Teka- teki telah dijalankan dengan terbuka kepada semua pihak sama ada kanak-kanak mahupun orang dewasa. Hadiah yang lumayan yang telah disediakan bagi mereka-mereka yang dapat menjawab soalan.tayangan telah berjalan dengan lancar dan difahami oleh penduduk kampung kerana telah diceritakan semula oleh MC majlis dengan bahasa yang lebih mudah. Setelah penat berlangsung majlis, makan malam disediakan dan sekali lagi beramah mesra bersama anak angkat. Program berjalan dengan lancar pada hari keduanya dan kami tidur setelah lewat malam.

 

Hari ketiga

 

Pada hari ketiga di situ, kami telah menjalankan senamrobik untuk semua orang kampung di padang. Kebanyakan dari mereka berasa malu untuk mengikuti gerak geri kami namun mereka masih dapat memeriahkan suasana di pagi itu. Semua termasuk kanak-kanak dan orang dewasa telah memberikan kerjasama yang amat baik sekali. Kami juga telah mengadakan sukaneka untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa. Dimulakan dengan permainan mencari gula dalam tepung, membawa bola ping-pong menggunakan sudu dan mengadakan permainan belon air yang mana dipanggil permainan ’semakin jauh semakin sayang’. Pada masa yang sama, pihak jabatan agama telah mengadakan pertunjukan membuat martabak maggi. Ini dilakukan bagi menunjukkan cara-cara bagaimana ingin membuat martabak maggi kepada penduduk khususnya pada kaum wanita. Selepas itu, martabak maggi yang dimasak dijamu oleh semua penduduk kampung termasuk pihak jabatan agama serta mahasiswa dari UTM.

 

Seterusnya, kami telah membawa semua kanak-kanak untuk hadir ke dewan bagi mengadakan program motivasi pula untuk mereka . program telah berjalan dengan lancar kerana kami berjaya membuatkan kanak-kanak berasa selesa dan gembira pada masa itu. Kami telah menyediakan aktiviti belon beracun dimana mereka perlu menyelesaikan tugasan yang telah diberikan pada mereka apabila lagu berhenti dan pada masa yang sama belon itu berada di tangan mereka. Selain itu, kami adakan aktiviti melukis, dan juga menari bersama. Hadiah telah diberikan pada semua pemenang. Setelah program selesai, kami berehat sebentar sebelum sesi beramah mesra sekali lagi bersama keluarga angkat pada petangnya. Sehingga jam 5 petang, kami telah hadir ke padang untuk mengadakan perlawanan persahabatan antara penduduk kampung dan juga mahasiswa UTM. . Keputusan penuh adalah dimenangi oleh penduduk kampung dengan gol 5-1. Pada malamnya, kami memulakan majlis dengan cabutan bertuah dan seterusnya dengan ucapan daripada pengarah, Tok Batin, dan juga Timbalan Dekan fakulti Tamadun Islam UTM.

Perasmian penutup dilakukan dan diakhiri dengan majlis makan malam bagi semua. Setelah selesai majlis, postmortem kami telah dikejutkan dengan ketidakpuasan hati pihak jabatan agama kepada pihak UTM kerana tidak menyatakan peranan jabatan agama di dalam skrip ucapan semasa majlis menyebabkan ada sesetengah pihak mengatakan jabatan agama tiada melakukan apa-apa untuk menjayakan program anak angkat sedangkan merekalah yang bertungkus lumus dari awal hingga akhir dan banyak nengeluarkan belanjawan. Kami amat sesal dengan perkara sebegini dan kami telah meminta maaf kepada mereka. Namun akhirnya, pihak mereka telah terbuka hati untuk memaafkan kami dan ini amat menggembirakan hati kami semua.  Keesokan harinya, kami pulang ke UTM dengan iringan penduduk kampung.

 

Kesimpulan

 

Pengalaman sepanjang saya berada di Kampung Orang Asli, saya telah banyak belajar bagaimana cara hidup mereka dan bergaul  dengan baik dengan mereka . Mereka saling hidup dalam keadaan yang harmoni dan tidak bermusuhan antara satu sama lain apatah lagi dengan orang luar seperti kami. Kami telah menjadi tetamu yang dihormati dan dilayan mesra oleh mereka seperti keluarga mereka sendiri. Kami menampakkan mereka tidak kekok apabila bersama kami malah mereka lebih suka dengan kedatangan kami. Kami rasa bersyukur dengan limpahan bantuan yang diberikan kepada mereka oleh banyak pihak. Kehidupan mereka sekarang telah banyak berubah dalam masa yang singkat walaupun pada masa dahulu mereka agak ketinggalan dalam dunia sebenar. Kami belajar yang mereka ini sama seperti kita cuma mereka hanya satu suku kaum yang belum mencapai kemajuan. Kami nampak potensi yang ada pada anak-anak di situ yang mana mereka akan mencapai kejayaan dan mengubah kehidupan mereka pada masa akan datang. Kebanyakan orang asli juga telah banyak kacukan dari melayu dan juga cina. Ini menunjukkan tiada halangan untuk kita dan juga mereka menjadi seorang kawan. Keluarga angkat kami di kampung orang asli dan juga di kampung melayu sungguh berbeza kerana mereka lebih ini lebih kepada sifat berkeluarga sebenar. Mereka juga memahami agama kami seperti mana mereka sering cuba untuk menghidari anjing daripada kami. Kami sangat terharu bagaimana mereka menghormati cara hidup kami sebagai umat Islam.

 

~Saiful~

Refleksi Khidmat Komuniti Tanah Abang (2)

BismillahirrahmaaNirrahim. Syukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan izin-Nya saya telah diberikan ruang dan peluang untuk menyiapkan tugasan refleksi program bersama penduduk orang asli di perkampungan orang asli yang terletak di Kampung Tanah Abang, Mersing, Johor. Alhamdulillah, dengan kerjasama semua pihak yang melibatkan JAKIM, JAIJ, JAKOA dan peserta dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Tidak lupa juga jasa dan kerjasama daripada penduduk kampong Tanah Abang sendiri yang memeriahkan lagi program ini. Program ini telah diadakan selama 4 hari 3 malam dan penyertaan seramai 20 orang daripada pelajar serta 2 orang pensyarah daripada UTM. Bagi pihak Jabatan Agama Islam lebih kurang 30 orang yang melibatkan diri dalam program ini yang dipimpin oleh Ustaz Rafi.

Objektif program ini dijalankan adalah salah satunya untuk merapatkan hubungan antara masyarakat luar dengan masyarakat orang asli disamping menjalankan urusan dakwah terhadap masyarakat orang asli. Selain itu, mempertingkatkan lagi ilmu kepimpinan jati diri dalam diri mahasiswa dalam membentuk keyakinan diri pada masa hadapan. Mahasiswa juga dapat berkongsi pengalaman bersama dengan masyarakat orang asli di Kampung Tanah Abang. Pengetahuan atau informasi yang saya dapat tahu mengenai kampung Tanah Abang, mereka merupakan kaum orang asli ‘jakun’ yang sudah lama menetap di kampung ini. Secara umum nya, apa yang dapat saya katakana, kehidupan masyarakat orang asli jauh ketinggalan dalam pelbagai bidang. Jadi, mereka ini perlu dibantu dan diberi perhatian yang bersungguh-sungguh disamping meninggitarafkan hidup mereka serta memperkenalkan ajaran islam dengan lebih giat dalam kalangan mereka. Bangsa ini bukan sahaja memerlukan bimbingan secara terus, malah bangsa ini yang telah berevolusi lebih lama daripada bangsa Melayu memerhati dan menilai orang Melayu dengan imej islamnya.

Sepanjang program ini dijalankan, pelbagai cabaran dan halangan yang saya hadapi tetapi dibalas dengan banyak ilmu pengetahuan, pengalaman manis, suka duka yang dapat saya alami dalam program ini. Terdapat banyak aktiviti dan program yang dijalankan sepanjang program antaranya menziarahi keluarga, sukaneka, program motivasi, makan beramai-ramai, cabutan bertuah, perlawanan persahabatan badminton dan bola sepak, program ceramah agama dan banyak lagi. Terdapat pelbagai ragam yang dapat dilihat antara masyarakat orang asli dengan mahasiswa UTM dengan gelak ketawanya semasa menjalankan aktiviti. Jadi, untuk refleksi saya ini, Insyallah, saya akan menceritakan dan berkongsi pengalaman bersama dengan masyarakat orang asli sepanjang program ini dijalankan.

 

HARI PERTAMA

 

Pada hari pertama program, iaitu pada hari rabu, kami daripada UTM bertolak pada waktu pagi dan sampai di Kampung Tanah Abang pada pukul 12.30 tengah hari. Perasaan saya mula-mula apabila masuk ke dalam kampung tersebut agak tidak yakin dan gemuruh untuk mengadakan program bersama orang asli di sana kerana tempat tinggal mereka memang jauh daripada pekan dan bandar. Suasana dan pemandangan dikelilingi dengan pokok-pokok besar dan kecil dan rumah-rumah mereka tidak begitu besar yang cukup hanya untuk berteduh daripada panas dan hujan. Tempat tinggal mereka agak daif kerana rumah mereka hanya dibuat dengan gabungan kayu dan daun-daun dan ada juga terdapat segilintir rumah yang dibina dengan batu-bata serta simen atas sumbangan daripada pihak jabatan agama islam Johor. Hati saya apabila melihat tempat tinggal mereka agak sebak di dada kerana terdapat juga kehidupan sebegini tanpa kita sedari. Suasana sekeliling dipenuhi dengan anjing-anjing dan memang sukar untuk dapat lihat ayam atau kucing. Bagi mereka, anjing tersebut perkara biasa kerana budaya ini memang dari dulu lagi dan kekal sehingga sekarang. Kami berkumpul di dewan serbaguna dan diberi taklimat oleh Ustaz Rafi berkenaan dengan aktiviti sepanjang program ini dijalankan.

 

Kami diberi tugasan pertama iaitu mengagihkan barang-barang untuk disumbangkan kepada penduduk orang asli di kampung tersebut. Sebelum bergerak ke rumah masing-masing, kami dibahagi kepada tiga kumpulan untuk diserahkan sedikit sumbangan kepada penduduk kampung. Perasaan gementar hadir dalam hati kerana ini lah pertama kali saya bersemuka dan berbual dengan masyarakat orang asli tapi.

Saya dan beberapa rakan lain serta wakil daripada JAKIM diarah untuk menziarah di kawasan perumahan tengah. Kami hanya berjalan kaki melawat rumah ke rumah disamping memberi sedikit sumbangan kepada mereka atas penghargaan kesudian menyertai dalam program ini. Disamping memberi sumbangan, kami tidak lupa untuk berkenalan antara satu sama lain. Ada yang berasa malu dan ada yang senang hati berbual dengan kami. Ada juga rumah yang kami lawati tiada tuan rumah kerana bekerja. Saya dan rakan-rakan juga mengambil kesempatan menjemput mereka dan menceritakan program ini untuk memeriahkan lagi program ini. Alhamdulillah, kami sempat menziarahi kesemua rumah yang diberikan kepada kami dan perasaan kami sangat gembira kerana mereka sangat bekerjasama dengan kami. Pada malamnya, telah diadakan majlis perasmian yang telah dirasmikan oleh wakil rakyat dan terdapt juga acara yang diminati ramai dimana juga acara yang menarik perhatian penduduk kampung orang asli iaitu acara cabutan bertuah. Selepas acara itu, disusuli dengan pembahagian keluarga angkat penduduk kampung Tanah Abang kepada kami mahasiswa UTM seramai 20 keluarga. Pada waktu itu, saya tidak kenal lagi siapa keluarga angkat saya, agak berdebar juga untuk menanti keluarga saya. Bedebar semakin terasa apabila nama saya dipanggil akhir sekali dan saya telah mendapat keluarga yang sangat bahagia…

Manis sekali anak pasangan muda keluarga saya nie yang berusia 5 tahun. Namanya Qistina dan panggilannya ialah kak naya. Malu orangnya adik ni, tetapi kakak saya cakap kak naya nak abang, tak nak akak, jadi sebab saya dapat keluarga ini. Hehe…Alhamdullilah, saya bersyukur kerana dipertemukan dengan keluarga yang bahagia ini sebab saya dapat merasai kehidupan mereka yang penuh dengan pahit manisnya, lurus bengkoknya, tetapi mereka bahagia sampai sekarang. Abang saya berusia 28 tahun dan kakak saya 25 tahun. Abang saya ini anak jati Terengganu dan kakak saya memang berasal daripada kampung ini. Kakak saya merupakan darah kacukan dimana ibunya Cina dan ayahnya orang asli tetapi dari kecil kakak saya dijaga oleh mak angkatnya. Ibu bapa kandungnya bukan beragama islam tetapi keluarga angkatnya beragama islam. Kedua-dua pasangan ini dijodohkan kata kakak saya sewaktu mereka bekerja di sebuah kilang di negeri Pahang. Abang saya sekarang bekerja di ladang pisang berdekatan di kampung itu dan membuat saya sangat terkejut kata abang saya dia bekerja di ladang tersebut hanya seramai 4 orang dengan seluas 15 ekar. Saya berasa amat bangga dengan abang saya ini kerana berusaha penat lelah mencari rezeki untuk menampung keluarganya. Kakak saya seorang suri rumah dan dia sangat peramah dan baik orangnya. Pada malam itu, keluarga saya bertuah kerana mendapat cabutan bertuah yang disampaikan oleh pengarah program ini, saudara Iskandar. Selepas acara cabutan bertuah, kami bersama penduduk kampung disajikan dengan makanan yang lazat yang dimasak oleh pihak JAKIM, JAIJ dan JAKOA. Terima kasih diucapkan kepada mereka.

HARI KEDUA

Pada hari keduanya, kami semua menuju ke rumah keluarga angkat masing-masing dan makan tengah hari bersama dengan kelurga angkat. Pada masa itu rumah keluarga saya hanya ada kakak saya dan kak naya sahaja. Abang saya bekerja pada masa itu. Sebelum kami makan bersama, saya sempat berbual dan menyoal sedikit perkara kepada kakak saya berkaitan dengan cara hidup mereka, budaya, latar belakang, pengalaman hidup dan banyak lagi. Banyak perkongsian yang dapat saya ketahui. Selepas beberapa jam, makanan tiba di rumah saya yang dibawa oleh Ustaz Solihin. Kami makan bersama-sama dengan adik-adik kecil di kawasan rumah keluarga saya. Seronok melihat mereka makan dan saya kagum walaupun adik-adik ini masih kecil, mereka tidak memilih makanan malah mereka makan dengan enaknya dan habis makanan tersebut. Saya pulang dari rumah saya dalam pukul 1 lebih tengah hari. Pada petangnya, kami mengadakan perlawanan badminton bersama dengan pelajar UTM, penduduk kampung dan pihak jabatan agama Islam dimulakan dengan perempuan seterusnya pihak lelaki. Mereka menunjukkan bakat mereka yang begitu hebat dan sambutan pada petang itu sungguh memberansangkan. Perlawanan badminton ini dimenangi oleh pihak JAKIM dan tempat kedua jatuh kepada penduduk kampung. Tidak lupa juga daripada wakil UTM yang hanya mendapat tempat ketiga yang dimenangi oleh saya sendiri, hahaha, dan Epul.

 

PERLAWANAN BADMINTON

Pada malamnya, acara tayangan multimedia yang diisi dengan video-video yang sangat menarik dan menyentuh hati. Tujuannya adalah untuk memberi sedikit motivasi kepada ibu bapa dan anak-anak terhadap susah payah kehidupan, pengorbanan ibu bapa, hormat menghormati satu sama lain, tidak cepat berputus asa, sentiasa menolong orang walaupun susah dan banyak lagi pengajaran serta nilai murni yang tersirat dalam video pada malam tersebut. Sambutan sekali lagi membanggakan kami kerana ramai yang turut hadir untuk menyaksikan tayangan tersebut. Makan malam turut disediakan pada malam tersebut. Sebelum makan, cabutan bertuah juga diadakan pada malam tersebut dan seramai 10 penduduk kampung membawa pulang hamper yang besar ke rumah. Fuhh, hari yang memenatkan juga tetapi sangat bermakna dan banyak pengalaman yang saya dapat dan macam biasa setiap malam kami mahasiswa dan pensyarah berkumpul mengadakan post mortem untuk membincangkan masalah-masalah yang dihadapi dan menyelesaikannya.

Figure 9 Post mortem

Figure 10Post mortem

HARI KETIGA

Pada hari ketiganya, program dimulakan dengan sukaneka, antara acara yang begitu menarik dan seronok. Sambutan yang begitu hangat kerana ramai kanak-kanak dan ibu bapa yang hadir memeriahkan dan menggamitkan lagi suasana pada pagi yang indah tersebut. Acara sukaneka dimulai dengan senamrobik yang diketuai oleh abang-abang UTM yang menjadi fasilitator hadapan mereka. Banyak acara yang diadakan seperti ‘makin jauh makin sayang’, bawa bola pingpong atas sudu, cari gula-gula dalam tepung dan banyak lagi tidak kira daripada dewasa mahupun kanak-kanak yang turut serta. Sukaneka dimeriahkan lagi dengan sebuah gerai yang menunjukkan demo atau cara-cara memasak murtabak maggi. Sambutan daripada kalangan ibu sungguh memberansangkan. Mereka tertarik dengan menu tersebut.

Pada petangnya pula, telah diadakan perlawanan persahabatan antara penduduk kampung dengan pelajar UTM. Permainan yang penuh dramatik itu diakhiri dengan jaringan yang agak jauh bezanya iaitu 5-1 yang dimenangi oleh penduduk kampung. Pada malamnya pula, acara perasmian penutup yang dirasmikan oleh wakil daripada UTM dimana penutup untuk program khidmat komuniti di Kampung Tanah Abang ini. Seperti biasa acara cabutan bertuah untuk kali terakhir dilakukan dan seramai 10 orang penduduk yang hadir yang tidak membawa pulang dengan tangan yang kosong yang mendapat hamper-hamper yang agak besar. Semasa majlis tersebut, kami dimeriahkan dengan sebuah persembahan daripada Kampung Tanah Abang yang dipanggil persembahan ‘sewang’. Persembahan tersebut dipersembakan oleh beberapa kanak-kanak cilik yang manis yang diserikan dengan pakaian tradisional di kampung tersebut. Sambutan semasa majlis tersebut amat menggalakkan dan dapat dilihat kesan daripada beberapa hari program dimana mereka berasa sungguh seronok dan gembira menyertai program ini bersama-sama dengan kami. Penduduk juga diberi sumbangan beras dan saguhati daripada pihak jabatan agama Islam atas kerjasama yang amat memberansangkan sepanjang program dijalankan. Dipenghujungnya kami semua disajikan dengan makanan yang enak dan lazat daripada masakan katering. Pelbagai jenis makanan yang ada semasa malam tersebut.

 

HARI KEEMPAT

Pejam celik pejam celik, sudah tiba hari terakhir saya dan rakan-rakan di Kampung Tanah Abang sempena program khidmat komuniti yang penuh erti bagi kami semua. Kami bergotong-royong membersihkan kawasan dewan dan sekeliling sebelum pulang. Saya berasa terharu apabila penduduk kampung sudah tunggu di dewan menanti kepulangan kami ke UTM. Pagi-pagi lagi mereka sudah berada di dewan untuk berjumpa anak angkat masing-masing. Saya sungguh terharu apabila keluarga angkat saya turut hadir untuk mengucapkan selamat tinggal kepada saya dan rakan yang lain. Abang saya sanggup mengambil cuti pada hari itu demi berjumpa dengan kami. Abang saya juga menghadiahkan kami 2 buah guni yang beriisi pisang berangan yang dipetik dari tempat kerjanya. Saat-saat terakhir kami dengan keluarga masing-masing terasa sebak di dada kerana walaupun hanya kenal beberapa hari sahaja tetapi kami sudah menganggap mereka semua keluarga kami. Kami sempat bergambar dengan mereka sebelum berangkat pulang dan bergelak ketawa walaupun ingin meninggalkan kampung mereka. Banyak pengalaman manis yang terpahat dalam fikiran kami di Kampung Tanah Abang ini. Harap kami berjumpa lagi di hari yang lain dan jutaan terima kasih kepada keluarga angkat saya serta semua penduduk Kampung Tanah Abang yang menjadi sebahagian keluarga kami. Insyaallah.

Konklusi yang dapat saya katakan sepanjang program ini dijalankan, banyak pengajaran dan nilai murni yang dapat saya pelajari bersama-sama dengan penduduk kampung, pegawai-pegawai jabatan agama Islam, pensyarah-pensyarah dan rakan-rakan saya. Saya dapat mengenali cara kehidupan mereka dengan lebih mendalam kerana sebelum ini saya hanya pernah melihat sahaja masyarakat orang asli ini tetapi melalui program ini saya sendiri sudah mempunyai keluarga orang asli. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada terutamanya Ustazah Akmaliza yang banyak membantu kami iaitu anak-anak ustazah yang nakal ini dalam menjayakan program ini dan sesekali tidak pernah penat mengajar dan membentuk kami untuk menjadi insan yang berguna dunia dan akhirat. Tidak lupa juga daripada wakil jabatan agama Islam yang diketuai oleh Ustaz Rafi yang menjemput kami untuk melaksanakan program ini disamping menunjuk ajar kami dalam pelbagai aspek. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang banyak membantu dan memberi kerjasama yang amat cemerlang dalam menjayakan program ini. Hanya ALLAH yang dapat membalas jasa anda sekalian. Amin. Assalammualaikum.

 

Mohamad Nizam Idris

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

x

 

 

 

 

 

 

Refleksi Khidmat Komuniti Tanah Abang 1

KHABAR ANGIN, MITOS DAN REALITI

Maafkan saya ustazah andai kata apa yang dituliskan saya ini bukan satu refleksi, tapi percayalah apa yang saya rasa semuanya ikhlas dan jujur daripada hati ini. Pada saat dikhabarkan yang kami diperlukan dalam 10 orang sukarelawan daripada kelas kami, saya berdoa dan agar saya tak terpilih untuk menyertai khidmat masyarakat ini. Bukan apa, pada pandangan kebanyakan orang, apabila disebut sahaja Orang Asli atau Orang Asal perkara pertama yang dibayangkan oleh mereka ialah tidak berpakaian dan tidak bertamadun. Kehidupan mereka pula serba kekurangan dari pelbagai aspek ; tinggal di dalam hutan, berburu, menangkap ikan, warna kulit yang sedikit sawo matang dan banyak lagi. Tapi sebenarnya ramai yang tidak menyedari sebenarnya ramai masyarakat Orang Asli pada hari ini sudah semakin maju dan bukan seperti apa yang digambarkan. Mereka mempunyai kenderaa sendiri, menggunakan gadget yang canggih seperti telefon pintar dan mempunyai Astro di rumah ; yang pada pandangan saya sudah cukup menggambarkan bahawa mereka tidak sebegitu ketinggalan zaman atau dianggap kolot.

 

ANTARA PERMINTAAN DAN HARAPAN

Masa semakin suntuk, demi menggalas amanah dan harapan seorang pensyarah, kami pelajar perempuan tabahkan hati, ikhlaskan hati untuk menyertai program khidmat masyarakat yang berkolaborasi bersama Jabatan Agama Islam Johor.

 

 

Setibanya di sana, berat kaki untuk melangkah keluar daripada perut bas dan bertapak ke tanah perkampungan OA Tanah Abang itu selepas melihatkan betapa banyaknya anjing yang dipelihara oleh mereka. Kerja-kerja memunggah dan menyusun barang dilakukan dengan pantas. Pada petang itu kami membuat lawatan ke rumah-rumah penduduk kampong dengan membawa sedikit buah tangan. Kebanyakan rumah yang kami lawati penghuninya pemalu dan tidak banyak cakap. Bukan kerana tidak memahami Bahasa Melayu, tetapi kerana mereka tidak mempunyai keyakinan dan merasa kerdil di mata masyarakat luar. Bagi saya yang bukan kali pertama menjejakkan kaki ke rumah-rumah penduduk OA hanya beriak biasa meskipun ada sedikit terdetik di hati rasa geli untuk menapak masuk ke rumah mereka. Astaghfirullah

 

SEDERHANA TETAPI BAHAGIA

Keluarga angkat yang saya dapat terdiri daripada seorang ayah yang mempunyai dua isteri yang merupakan adik beradik. Seluruh keluarga besarnya tinggal di rumah yang sama. Saya ingat lagi, kali pertama saya berbual dengan isteri pertama ayah. Dia seorang yang pemalu dan tidak banyak cakap sehinggakan saya ketandusan idea untuk mengajaknya berbual. Sepatah ditanya sepatahlah dijawabnya. Pada hari ketiga saya mencuba lagi untuk berbual dengan emak angkat yang pertama namun masih sama. Alhamdulillah ayah angkat saya seorang yang peramah. Dia tidak kekok untuk berbual bersama. Anak-anaknya pula seperti kebanyakan penduduk kampong yang lain, pemalu dan tidak banyak bercakap.

Pada malam terakhir kami di sini, ayah angkat saya telah memberi saya sesuatu yang tidak saya tahu namanya. Boleh dibuat sebagai perhiasan dan juga satu permainan yang mencabar minda. Hasil seninya halus dan teliti. Persilangan rotan yang diikat menggunakan  tali sangat mencuri perhatian saya. Terima kasih ayah.

 

PERUBAHAN KE ARAH KEBAIKAN

Kita. Manusia yang diciptakan daripada tanah. Kita. Di mata Allah manusia hanya dibezakan melalui keimanan dan ketakwaannya. Namun mengapa manusia, hamba yang lemah dan hanya bergantung sepenuhnya kepada Sang Pencipta mendabik dada dan meletakkan taraf perbezaan?

Banyak manfaat yang dapat dijadikan iktibar sebenarnya apabila kita menyertai khidmat masyarakat sebegini. Bukan yang tersurat yang diambil, tetapi yang tersirat. Betapa kuatnya budaya atau pegangan masyarakat OA kepada kepercayaan nenek moyang mereka. Jika kita, masyarakat luar rajin untuk membuat komunikasi dua hala atau merapatkan jurang di antara mereka dan kita sudah pasti mereka tidak terabai. Betapa tabahnya hati mereka dalam menempuh dugaan dan mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan. Walau mereka hidup dalam serba kekurangan, namun mereka gembira dengan apa yang mereka ada. Ia juga sedikit sebanyak kesedaran dalam diri saya. Benarlah kata pepatah Inggeris “ Don’t judge the book by its cover”. Kita hanya menilai mereka dari segi luaran tanpa mengetahui bahawa disebalik kehidupan mereka itu tersimpan 1001 rahsia. Suka duka tangis tawa. Hargai orang lain jika mahu diri anda dihargai. Pengalaman yang takkan saya lupakan dan menjadi satu pembelajaran yang tidak boleh didapati di dalam kelas. Alhamdulillah. Assalamualaikum

 

Farhana

Appreciating the Little Things in Life

… The simple answer must be that every recovered bit of the past has at least the potential of stimulating an expansion of knowledge and insight and thereby contributing to progress

(Franz Rosenthal)

Transkrip Jawi ke Rumi Kitab Thamarat al-Muhimmah Raja Ali Haji (3)

Ditranskrip oleh Akmaliza Abdullah

 

Fasal 3

Pada menyatakan memeliharakan nama bermula tiada dapat tiada raja-raja dan orang besar-besar itu memeliharakan namanya yakni memeliharakan nama yang jahat supaya disebut orang baik adapun sejahat-jahat nama kepada raja-raja dan kepada orang besar-besar itu iaitu nama zalim dan nama bodoh dan nama lalai dan nama penakut adapun nama zalim sekeji-keji nama raja dan nama orang besar-besar dan erti zalim itu pada lughah KELAMkalam (kalim)terbit daripada zalima yazlimu zulman fahuwa zalim ism fa’il yang kelam yakni kelam daripada membezakan haq dengan batil dan pada istilah syarak dan dengan makna aniaya yakni melakukan atas seorang bukan dengan sebenarnya sama ada daripada hukuman atau kelakuan yang menyalahi dengan hukuman Quran dan hadis dan ijmak sama ada pada nyawa dan badan orang atau pada harta benda orang atau pada kemaluan orang. Lawan zalim itu adil iaitu menghukumkan atau melakukan sesuatu atas seorang dengan patutnya dengan muwafakat dengan Quran dan hadis dan ijmak atau melakukan suatu yang dibilangkan indah dan patut serta manfaat kepada orang yang benar dan kepada orang yang mempunyai mata hati syahadan adalah pekerjaan zalim itu dua bahagi pertama menzalimi dirinya kedua menzalimi orang yang lain adapun menzalimi dirinya seperti mengerjakan ia akan pekerjaan yang membawa mudarat kepada akalnya ayau kepada badannya seperti dikerjakannnya dengan dirinya berbuat maksiat atau melelahkan dirinya dengan permainan yang sia-sia atau makan minum ia yang memberi mudarat kepada akal dan badan kepada badan atau mensia-siakan umurnya dengan tiada mengerjakan kebajikan maka iaitulah menzalimi dirinya adapun menzalimi orang lainnya maka iaiitu terlebih maklum seperti yang telah tersebut kepada makna zalim iaitu syahadan apabila kita ketahuilah nama yang jahat dan nama yang baik maka tatkala kita berkehendak memeliharakan nama supaya mendapat nama yang baik tiada dapat tiada hendaklah kita ketahui tertib segala kejahatan hati yang membawa kepada anggota yang zahir iaitu yang lagi akan disebutkan pada khatimah kitab ini in sha’ Allah ta’ala adanya intaha.

Transkripsi Jawi ke Rumi Kitab Thamarat al-Muhimmah Raja Ali Haji (1)

Di transkrip oleh: Akmaliza Abdullah

 

Fasal 1

Pada menyatakan memeliharakan ruh ya’ni nyawa dan hati bermula makna ruh dan makna qalbu dan makna nafsu dan makna akal itu iaiyu berpanjanganlah bicaranya di dalam kitab yang panjang-panjang seperti di dalam Ihya’ ‘Ulum al-Din dan lainnya maka tiadalah boleh patut ditanggungkan pada kitab mukhtasar ini sehingga kunyatakan atas makna ruh yang ghalib atas pengetahuan orang yang awam jua kerana adalah pada pengetahuan orang yang awam adalah manusia iaitu tubuh badan berhimpun kepadanya beberapa anggota seperti mata dan telinga danlidah dan hidung dan tangan kaki dan perut dan zakar maka iaitu menerima penyakit yang zahir yang dapat diubatkan oleh tabib dengan beberapa ubat yang zahir yang berlainan khasiatnya dan faedahnya adapun ruh and hati itu memerintahkan segala anggota yang zahir itu hal keadaannya jism latif yakni  jisi, yang halus yang tiada didapat oleh pancaindera yang zahir dan menerima ia akan enyakit yang batin dan tiada didapat diubatkan dengan ubat yang zahir dan seperti dipegang dan dijabat akan tetapi menerima pula ia ubat yang latif yang halus-halus akan lagi datang sebutnya intaha.

Bermula pada pihak memeliharakan ruh dan memeliharakan hati dan nafsu itu fardu kerana jika sakit segala yang tersebut itu (ayat) membawa kepada membinasakan kepada anggota yang zahir jua bermula adalah penyakit yang datang kepada raja itu (ayat)iaitu anwa’ bala’ yakni kedatangan beberapa bagi bala dan susah pertama pada rezeki yakni sebab kepecakan rezeki yakni kehidupannya sebab kedua sebab kedatangan penyakit kepada badan dan kepada tubuh ketika sebab bercerai dengan kekasih sayang sama ada kepada manusia seperti kematian anak isteri dan sanak saudara kaum kerabat dan sahabat handai atau sebab bercerai dengan kekasih sayang daripada pangkat dan kebesaran dan kemuliaan atau kasih sayang daripada harta benda emas perak seperti tanggal segala yang tersebut itu daripada genggamannya yakni terlepas daripadanya dengan kehilangan atau kerugian keempat dengan sebab kedatangan susah daripada pihak  yang ditakutkan hilang nayawa atau mudarat kepada badan iaitu kesusahan pada pihak seteru seperti di dalam permusuhan dan pergaduhan atau lainnya yang segala pekerjaan yang ditakuti kelima sebab kedatangan dihina-hinakan manusia seperti diumpat orang dan dicela orang dan dinista orang atau barang sebagainya segala pekerjaan yang jatuh dirinya yang jadi menyusahkan dia maka inilah segala yang tersebut itu (ayat)  yang mendatangkan penyakit ruh hendaklah bersungguh-sungguh mengubatkan dan memeliharakan dia kerana penyakit ini ibinasa kepada badan maka wajiblah memeliharakan dia dan mengubatkan dia bermula memeliharakan dia dan mengubatkan dia ‘ala al-umal tiada yang terlebih besar dan terlebih segera pada membaiki dia melainkan mendengar Quran al-‘Azim dan hadis Sayyid al-Mursalin dan perkataan dan nasihat dan aarab sahabat dan awliya’ dan ulama dan hukama’ al-mutaqaddimin wa al-muta’akkhirin seperti memikirkan maknaya dan mafhumnya segala perkataan mereka itu dan pada menyuruh sabar dan redha dan tawakal apabila kedatangan segala anwa’ al-bala’  yang telah tersebut itu  kepada kitakerana di dalam dunia ini tiada hampa daripada anwa’ al-bala’ yang tersebut itu maka hendaklah jangan kita ikutkan susahnya kerana tiada berguna susah dan tiada  tertolak perintah Allah ta’ala dengan sebab susah kita itu dan tiada boleh kita menegah takdirnya akan tetapi jika dilawan susah kita itu dengan sabar dan redha dan tawakal mudah-mudahan bertemu kita dengan barang yang dijanjikan Allah ta’ala didalam Quran al-‘Azim iaitu Allah ta’ala kasihkan orang yang sabar dan meluaskan orang yang tawakal di dalam dunia dan di dalamakhirat dan memberi pahala pula kepada orang yang sabar di dalam bala’ dan menggantikan pula Allah akan orang uang sabar di dalam bala’ dengan beberapa kelebihan di dalam dunia dan akhirat seperti hikayat segala anbiya’ yang tersebut di dalam Quran seperti Nabi Ya’kub diberi bala bercerai dengan anaknya Yusuf ‘alayhi al-salam kemudian berapa akhirnya iaitu dipertemukan Allah ta’ala dengan bapa dan dengan segala saudaranya di dalam negeri Mesir pada hal dengan kemuliaan dan kebesarannya menjadi raja di dalam negeri Mesir dengan berkat sabarnya akan bala intaha. Dan seperti Nabi Allah Ayyub  ‘alayhi al-salam diberi bala dengan penyakit dan kematian segala ahlinya kemudia betapa akhirnya disihatkan badannya terlebih baik daripada dahulunya dan dikembalikan segala anak-anaknya dan segala hartanya terlebih banyak daripada yang binasa itu dengan berkat sabarnya intaha. Dan Nabi Allah Musa alayhi al-salam diberi bala dengan bermusuh dengan raja Firaun dengan beberapa masa kemudia betapa akhirnya iaitu ditenggelamkan Allah ta’ala Raja Firaun dengan segala kaumnya dan lepas Nabi  Allah daripada balanya dan menggantikanlah ia akan kerajaan Firan dengan berkat sabarnya ntaha seperti Nabi Allah ‘Isa ‘alayhi al-salam diberi bala dengan disakiti oleh kaum Yahudi kemudian betapa akhir pekerjaannya diangkatkan Allah ta’ala ke langit dengan kemyliaan dan seperti Nabi kita Muhammad s.a.w. beberapa bala dipersakiti oleh kaum Quraish dengan didustakan dan dengan diperangi dan diperusir dari negeri Makkah al-Musharrafah sampai ke Madinah kemudian diperikut oleh kaum Quraish kemudian dengan diperangi dengan sebenar-benar susah permusuhan yang besar-besar beberapa kali kemudian pada akhir pekerjaan betapa rupanya siapa yang ditolong Allah ta’ala dan siapa yang dibinasakan fikirlah olehmu dengan fikiran yang sempurna sebab kerana inilah tiada yang terlebih besar ubat penyakit anwa’ al-bala’ daripada  Quran al-‘Azim dan hadis Sayyid al-Mursalin dan kitab-kitab karangan ulama al-‘amilin makan iaitu segera ubat mengapuskan segala anwa’ al-bala’ yang telah tersebut itu syahadan setengah daripada yang memberi manfaat memeliharakan raja iaitu hendaklah sekedudukan dengan orang yang berilmu daripada ulama atau orang yang salih-salih orang yang baik perangai biasa sabar dan redha akan qada’ Allah ta’ala dan tawakal kepada yang dijanjikan Allah ta’ala daripada rezeki dan lainnya hendaklah jangan dihampiri segala sebab yang membawa dukacita dan susah yang tiada disuruhkan syara’ di dalamnya dan jika datang susah dan dukacita dengan jalan disuruhkan Allah ta’ala dan rasulnya maka hendaklah sabar serta redha serta berharap akan kebajikan dan tawakal kepada Allah dan minta tolong kepadanya dengan minta  doakah atau dengan sembahyang hajat dan jika segera ditolongnya maka hendaklah syukur kepadanya dan jika lambat ditolongnya hendaklah sabar serta baikkan sangka kepada Allah ta’ala sebab hikmatnya tiada kita ketahui entahkan apa-apa yang jadikebaikan kepada kita janganlah keluh kesah mengadu-ngadu ke sana kemari demikianlah kita kerjakan pada memeliharakan ruh syahadan jika hendak terang kenyataan perkara yang tersebut itu hendaklah mutala’ah kitab-kitab ahli sufi seperti kebanyakan kitab al-Ghazali dan lainnya intaha.

 

 

 

 

 

 

 

 

Album Khleang Sbek, Cambodia: Good Bye Is Not The End

Sila klik di sini untuk gambar-gambar program

UTM Open Day