UNSUR BINATANG DALAM PENDIDIKAN ADAB MASYARAKAT MELAYU BERDASARKAN KARYA RAJA ALI HAJI (ELEMENTS OF ANIMALS IN THE MALAY EDUCATION OF ETHICS BASED ON THE WORKS OF RAJA ALI HAJI)

 

Abstract

The concept of learning from nature is a manifestation of constant observation and contemplation of nature which results from the close relationship between the Malay society and their surrounding. Among other things, they utilize the elements of certain animals to portray positive behaviors that should be emulated and negative behaviours that should be avoided. The study is aimed first, at discussing the reality of man and animal, and second focusing on the elements of animals that have been utilized to portray the human behavior and characteristics, which is meant for inculcating the education of moral and ethics to ensure the happiness and harmony in societal life. The content analysis approach is employed to study selected works of Raja Ali Haji (1808-1872), a renowned Malay scholar born in Riau Island, who composed magnum opus in multifarious disciplines including shariah, tasawwuf, ethics, language and literature, history and mirror of the prince. The findings show that the Malays in the Malay archipelago benefited many powerful lessons from the nature and consider it as their teacher in order to manifest the high moral standards in their life that is based on the Islamic worldview.

Keywords: Ethics, Malay, Raja Ali Haji

 

Abstrak

Penelitian dan penaakulan terhadap alam yang terzahir melalui hubungan akrab antara masyarakat Melayu dan alam mewujudkan konsep mengambil ibarat atau iktibar dan konsep berguru dengan alam.Antaranya mereka menggunakan unsur binatang tertentu bagi memberi gambaran tentang sifat positif yang wajar dilakukan atau negatif yang perlu dihindari. Kajian ini berobjektifkan untuk meneliti hakikat manusia dan binatang di samping memfokuskan kepada unsur-unsur binatang yang digunakan bagi menggambarkan perilaku sifat manusia yang bertujuan untuk menerapkan pendidikan adab dan akhlak bagi menjamin kesejahteraan dan keharmonian hidup bermasyarakat. Pendekatan analisis konten digunapakai bagi meneliti beberapa karya terpilih Raja Ali Haji (1808-1872), seorang pujangga kelahiran Riau yang terkenal sebagai ulama, yang menulis karya-karya agung dalam pelbagai disiplin ilmu termasuk syariah, tasawwuf, akhlak, bahasa, sejarah dan ilmu ketatanegaraan. Hasil kajian mendapati bahawa masyarakat Melayu Nusantara banyak mengambil iktibar dan berguru dengan alam bagi memanifestasikan ketinggian akhlak yang bertunjangkan kepada pandangan semesta Islam.

Kata kunci: Akhlak, Melayu, Raja Ali Haji
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB) Vol. 1: No. 5 (September 2017) page 68-77 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

Analisis Adab Ketatanegaraan dalam Gurindam Dua Belas

Abstrak

Penulisan ini bertujuan untuk menganalisis Gurindam Dua Belas yang merupakan antara karya terkenal berbentuk puisi yang dihasilkan oleh Raja Ali Haji, seorang tokoh intelektual Alam Melayu abad ke-19 Masehi. Penulisan berbentuk gurindam telah digunakan sebahagiannya oleh Raja Ali Haji bagi meyampaikan nasihat kepada raja. Untuk tujuan kajian ini, fokus hanya ditumpukan kepada fasal kedua belas yang berkaitan dengan subjek perbincangan. Metode analisis konten digunakan bagi memperlihatkan fungsi dan kandungan Gurindam Dua Belas sebagai salah satu wadah penyampaian adab ketatanegaraan dalam lingkungan kepimpinan Melayu. Hasil kajian mendapati terdapat enam kata kunci utama yang berkait dengan adab ketatanegaraan iaitu muafakat, betul hati, adil, ilmu, mati dan akhirat yang menyentuh empat kategori hubungan iaitu antara raja dan menteri, serta raja dan rakyat, raja dan ulama‟, serta raja dan diri peribadi baginda sendiri.

Kata kunci: Adab ketatanegaraan, akhlak, Gurindam Dua Belas, Raja Ali Haji, alam Melayu

JPG to PDF Converter Online

http://jpg2pdf.com/

Anda boleh klik URL di atas untuk tukarkan fail jpg anda ke format pdf.

Download Youtube Video Online

Savefrom.net

  1. copy Youtube videoURL
  2. click download

Mindomo Mind Map Tutorial

Houston Smiths’ Postmodernism’s Impact on the Study of Religion

Journal of the American Academy of Religion, Vol. 58, No. 4 (Winter, 1990), pp. 653-670

Qalb- Guided Leadership

Majlis Perutusan Tahun Baru NC UTM 2017

Majlis Perutusan Tahun Baru 2017

 

Tahun 2017 adalah tahun untuk hidup. Hidup untuk meneruskan kelangsungan UTM sebagai sebuah institusi pendidikan yang mempunyai hasrat mencapai kecemerlangan membina insan adabi. Antara cabaran yang besar yang perlu dihadapi adalah cabaran kewangan, apabila Bajet 2017 memperlihatkan potongan yang besar kepada perbelanjaan operasi dan pembangunan universiti-universiti awam termasuk UTM. Pembiayaan untuk UTM dikurangkan daripada RM580.6 juta kepada RM381.5 juta.  Namun selagi bernyawa, perjuangan kehidupan mesti diteruskan. Keluhan demi keluhan tidak akan mengatasi masalah, sebaliknya usaha mengatasi cabaran perlu dipertingkatkan. Mudah-mudahan berkat ikhlas dan usaha,  Allah akan melimpahkan rezeki dari sumber-sumber yang lain untuk meneruskan perjuangan memandaikan anak bangsa supaya kenal Tuhan dan dapat berkhidmat untuk ummah.

Detail ucapan Dato’ NC boleh dibaca menerusi buku beliau “Menjayakan Kelangsungan Sebuah Universiti” terbitan  UTM Press. Keuntungan jualan buku akan diinfaqkkan ke dalam Tabung Dana Wakaf Pendidikan UTM. Dana Wakaf ini merupakan antara inisiatif UTM untuk menyelesaikan masalah kewangan ini. Harapnya ramai yang tergerak hati untuk menyumbang untuk saham akhirat.

buku NC 2017

“Kepemimpinan Akademik seharusnya meletakkan ithar (altruism), kebebasan (freedom) dan menjaga maruah (dignity) sebagai intisari pembangunan mahasiswa di peringkat pengajian tinggi. Penulis bersetuju dengan saranan Mohd Azraai yang menekankan supaya pensyarah yang diamanahkan bertugas di pendidikan tinggi perlu merasai taklif (amanah dan tanggungjawab). Sesungguhnya UTM mempunyai matlamat dan objektif yang jelas untuk melaksanakan tanggunjawab demi kesejahteraan sejagat dan mendapat keredhaan Allah SWT.”

GADIS MELAYU BERTUDUNG & K-POP JAMBU

 

Anak-anak gadisku
hidup jangan tersalah laku
Jagalah adab, jagalah malu
malu Melayu bukan kolot
malu Melayu bukan pasif
malu Melayu bukan tidak asertif
malu Melayu perisai diri
supaya agama dan air muka sentiasa terjaga
sabda Junjungan kita, jika malu diumpamakan lelaki
malu itu lelaki yang saleh
kata Raja Ali Haji, jika akal tiada, malu pun menyusul jua
apabila akal tiada, malu tiada,
manusia dan haiwan tiada beza
kata Buya Hamka, tiada malu tanpa sharaf (kehormatan)
malulah pendorong kemajuan dan kemuliaan bangsa
malu mencetus rasa tidak mahu tercicir, tidak mahu tewas
malu membantu mencapai cita menggapai bahagia
Wahai anak-anak gadisku
Hiaskan dirimu dengan malu
Usah dilupa kita ini Melayu

 

~Akmaliza, 2015~

*Catatan rentetan insiden gadis-gadis Melayu bertudung dicium dan dipeluk artis K-Pop di pentas.

Montaj Projek Pembangunan Pendidikan dan Khidmat Komuniti SERPAMA, Kemboja