Knovio

  • Knovio – Knowledge+Vision
  • Knovio boleh dicapai di URL ini http://www.knovio.com/
  • Ianya adalah alat pengajaran dan pembelajaran inovatif yang boleh menukarkan powerpoint slides kepada persembahan video yang lebih  menarik.
  • Boleh menggunakan desktop mahupun mobile
  • Boleh digunakan bila-bila masa.
  • Boleh dikongsi melalui media sosial dan email.

Flipsnack Edu

Flipsnack Edu  boleh dicapai melalui URL ini http://flipsnackedu.com

CABARAN PENERAPAN ELEMEN KHIDMAT KOMUNITI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TITAS DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Abstrak

Kertas kerja ini bertujuan untuk meneliti cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) rentetan inisiatif penerapan elemen khidmat komuniti dalam pengajaran dan pembelajaran kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Seramai 90 orang  yang terdiri daripada pelajar tahun satu yang mengambil kursus TITAS pada  semester 1 dan 2 sesi 2014/15 terlibat sebagai responden. Kajian ini merupakan kajian tindakan (action research) menggunakan pendekatan  kuantitatif. Instrumen  soal selidik menggunakan skala Likert 5 mata diedarkan kepada responden. Data diproses menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) version 15.0. Analisis data dinyatakan secara deskriptif dalam bentuk min. Hasil kajian menunjukkan cabaran yang dialami oleh pelajar sewaktu penerapan elemen khidmat komuniti dalam pembelajaran TITAS di UTM berada pada tahap sederhana.

Kata Kunci: Khidmat komuniti, pembelajaran servis,  pengajaran dan pembelajaran, TITAS

  • Kertas kerja diterbitkan di Proseding 6th International Conference on Global Business & Social Entrepreneurship Kota Bharu Kelantan 2016 (6th ICoGBSE) pada 7-8 Disember 2016 di Holiday Villa, Kota Bharu.