Penceramah: Prof Dr Rosli Hussin (Books Consultant and Commentator), Penerbit UTMPress.
Modul1: Pengenalan kepada Indeks
Indeks merujuk kepada satu sistem atau senarai yang digunakan untuk meyusun, mengatur dan mencari maklumat yang penting yang ingin ditekankan dalam pencarian maklumat oleh seorang pembaca dengan cepat. Indeks yang baik mestilah relevan, tepat dan berguna untuk pembaca.
Contoh-contoh indeks: Dalam buku – kata kunci atau topik penting yang disusun secara abjad dan disertakan nombor halaman. Boleh guna perisian https://www.scribendi.ai/cindex/ (Percuma sejak 2024).
Fungsi: Untuk menyusun data secara teratur, memudahkan pencarian maklumat, memberi rujukan cepat dan padat, menjadi penunjuk atau penanda kepada sesuatu perubahan, meningkatkan nilai rujukan buku, menunjukkan struktur dan kandungan buku, membantu dalam kajian atau penyelidikan,
Bilakah digunakan: Untuk mencari istilah atau topik spesifik, semasa menyiapkan tigasan atau kajian, semasa ulangkaji atau persediaan peperiksaan, semasa menulis atau menyemak fakta, bila menghadapi masalah atau persoalan teknikal,
Buku ilmiah perlu ada indeks sekiranya melebihi dari 45 muka surat.
Modul 2: Komponen indeks
Apa itu entri?: Merujuk kepada istilah/ topik/ tajuk utama/ subjek atau istilah utama (keyword) yang akan dicari oleh pembaca dalam indeks. Entri utama biasanya merujuk kepada konsep, tajuk, subjek, atau istilah yang lebih umum yang dibincangkan dalam buku.
Apa itu sub-entri?: Perincian kepada entri utama. Ianya topik lebih terperinci yang memberikan maklumat tambahan mengenai topik yang dijelaskan dalam entri utama.
Ciri indeks yang berkualiti:
- Ketepatan dan kesesuaian istilah
- Kelengkapan dan kebersihan indeks (tidak berbelit-belit)
- Penyusunan logik dan teratur (susunan abjad)
- Ketepatan nombor halaman
- Rujukan silang (cross referencing)
- Konsisten dalam penggunaan istilah
- Istilah yang seragam
- Keterbacaan dan aksesibiliti (mudah dijumpai)
- Indeks sesuai dengan audiens sasaran
- Kesesuaian dan keselarasan gaya penulisan (contoh: APA dsb.)
Bagaimana mengelakkan kekeliruan:
- Elakkan terlalu banyak sub-entri, bahagikan menjadi entri baru. Kalau ada tajuk yang tidak mempunyai banyak penerangan terperinci bermula dari abjad A atau B, tetapi ada penerangan terperinci bermula dari C, indeks bermula dari C.
- Pertimbangan hierarki entri
- Pastikan halaman adalah tepat
- Penggunaan sinonim dengan menggunakan rujukan silang (cross reference)
- Sub entri mestilah relevan dengan entri
- Elakkan menggunakan istilah yang umum seperti kajian, isu, masalah
- Menggunakan perisian yang efisien. Penggunaan Words tanpa kefahaman kritis tentang fungsi teknikal dalam Words akan menyebabkan entri atau sub entri yang terlalu banyak.
Contoh:
Ekonomi (entri utama)
- Ekonomi global (sub entri)
- Pertumbuhan ekonomi (sub entri)
- Krisis kewangan 2008 (sub entri)
Cara membezakan entri utama dan sub entri: 1) Skop (entri lebih umum dan luas, sub entri lebih spesifik yang berkaitan dengan entri utama), 2) Kedudukan (entri utama di teltak di bahagian utama indeks, sub entri terletak di bawah entri utama untuk memberi perincian kepada indeks utama),
Rujukan silang (cross reference)
Merujuk kepada penunjuk suapaya dapat menjumpai maklumat untuk mengelakkan duplikasi
Jenis rujukan silang: “See” atau “lihat [Contoh: Bencana Alam lihat Alam sekitar]: Mengarah pembaca untuk topik yang masih lebih kurang sama, “See also” (Lihat juga): Mengarah pembaca kepada topik yang berkaitan yang mengandungi maklumat tambahan atau perspektif yang lebih luas [Contoh: Permeliharaan Alam, Lihat juga Perubahan Iklim], “See” dan “See also” dalam setengah kes, kedua-kedua jenis cross reference [Contoh: Pendidikan, Lihat Pengajaran, Pengajaran, Lihat juga Pendidikan] atau singkatan lih. j. Selain daripada itu, untuk ilustrasi seperti rajah, jadual dan sebagainya boleh guna i – ilustrasi rujuk fota pada entri/sub entri. [Contoh: Pendidikan, Lihat Pengajaran, Pengajaran, Lihat juga Pendidikan, i. ]
Manfaat rujukan silang
- Menghubungkan topik berkaitan
- Mengelakkan kekeliruan
- Meningkatkan pengalaman pembaca
Penunjuk lokasi (locator)
Pendidikan 1-2 (kalau ada nombor macam 12-15 atau 204-20 bermaksud penerangan satu topik yang ada beberapa sub-topik atau penerangan satu sub-topik yang melibatkan beberapa muka surat), Lihat Pengajaran 10, 20, 30
Maksimum 3 hingga 5 locator sahaja disyorkan untuk satu entri atau sub-entri. Sekiranya terlalu banyak locator, ianya akan mengelirukan pembaca. Halaman yang membincangkan konsep, kes, isu berkaitan perlu disertakan.
Modul 3:
Modul 4: Pembinaan indeks
Modul: Penilaian kualiti indeks
Modul 6: Pr
Modul 7: Etika
Modul 8:
Kesalahan umum
- Muka surat sukar dicari
- Wrong entry
Ciri yang baik
- Ada (See also) menunjukkan ada kaitan
- Rajah juga perlu diindeks