Bagaimana merungkai Standard Pembelajaran (dari DSKP) menjadi Objektif Pembelajaran (dalam RPH)?

Merungkai Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dilaksanakan melalui pendekatan reka bentuk ke belakang (backward design) dengan memisahkan Standard Pembelajaran (SP) kepada dua dimensi teras: kata kerja (kemahiran/tindakan murid) dan kata nama (kandungan/pengetahuan) sebelum menterjemahkannya ke dalam bentuk ukuran harian.

Langkah 1: Merungkai Standard Pembelajaran (SP)

Buka lajur Standard Pembelajaran dalam DSKP bagi topik yang dipilih, kemudian asingkan pernyataan tersebut kepada tiga komponen asas:

  • Kemahiran (Kata Kerja): Apa yang murid boleh lakukan secara eksplisit dan boleh diukur (rujuk domain kognitif Taksonomi Bloom dan DSKP).
  • Kandungan (Kata Nama / Konsep): Apa yang murid perlu tahu, fahami, atau kuasai (fakta, rumus, tema, teori).
  • Konteks / Syarat: Medium, instrumen, atau batasan skop pelaksanaan standard tersebut.

Langkah 2: Menentukan Skala Waktu dan Pecahan Standard

Satu Standard Pembelajaran (SP) kadangkala merangkumi skop yang luas dan memerlukan beberapa sesi PdPc untuk dicapai. Jangan salin bulat-bulat SP sebagai Objektif Pembelajaran jika masa satu sesi (30 hingga 60 minit) tidak mencukupi.

  • Pecahkan SP: Jika SP mengandungi gabungan dua kemahiran (contoh: menyatakan dan membanding beza), fokuskan satu kemahiran asas terlebih dahulu untuk sesi pertama (menyatakan), disusuli kemahiran menganalisis (membanding beza) pada sesi berikutnya.
  • Padankan dengan Standard Prestasi (SPi): Rujuk lajur Standard Prestasi untuk melihat deskriptor Tahap Penguasaan (TP1 hingga TP6) bagi memastikan aras kognitif yang dirancang selari dengan sasaran Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

Langkah 3: Menulis Objektif Pembelajaran (OP)

Objektif Pembelajaran mestilah berfokus kepada hasil pembelajaran murid (student-centered outcomes), bukannya aktiviti guru. Format penulisan OP yang tepat mengguna pakai formula ABCD atau SMART:

  • A – Audience: Murid.
  • B – Behavior: Kata kerja tingkah laku yang boleh dilihat/diukur (elakkan perkataan kabur seperti mengetahui, memahami, mempelajari).
  • C – Condition: Situasi, bahan bantu, atau aktiviti panduan (contoh: berdasarkan petikan teks, melalui simulasi).
  • D – Degree: Tahap minimum kejayaan (kualitatif atau kuantitatif, contoh: sekurang-kurangnya 3 daripada 4, dengan tepat).

Struktur Standard Objektif Pembelajaran Formula ABCD atau SMART:

“Pada akhir PdPc, murid dapat [Kata Kerja Tindakan] + [Kandungan/Konsep] + [Kuantiti/Kualiti Ukuran]”

Formula OP “Siapa + Kata Kerja + Apa + Bagaimana”: “Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, [Murid] dapat/boleh [Kata Kerja Aras Taksonomi] + [Topik/Kandungan] + [Ukuran/Kriteria].”

Langkah 4: Membina Kriteria Kejayaan (KK)

Kriteria Kejayaan ialah bukti pelaksanaan mikro yang menunjukkan murid sedang bergerak ke arah mencapai OP. Ia biasanya ditulis menggunakan ganti nama diri murid (“Saya dapat…”) agar murid sedar akan sasaran pembelajaran kendiri (visible learning).

Struktur Standard Kriteria Kejayaan Formula ABCD atau SMART:

Pada akhir PdPc, murid dapat [Kata Kerja Tindakan] + [Kandungan/Konsep] + [Kuantiti/Kualiti Ukuran] + [Syarat/Konteks].

Formula KK: [Murid] berjaya jika dapat/boleh [Kata Kerja/Tindakan] + [Bilangan/Kuantiti] + [Topik/Hasil] + [Ukuran/Kriteria] dengan [Tahap Ketepatan/Kualiti].”

Contoh penulisan kriteria kejayaan:

(Objektif Pembelajaran: Murid dapat menentukan sekurang-kurangnya tiga nisbah setara bagi nisbah yang diberikan secara bertulis dengan betul).

Murid berjaya sekiranya dapat:

1. Menulis nisbah dalam bentuk termudah.

2. Mendarab atau membahagi nisbah dengan nombor bulat yang betul.

3. Melengkapkan 3 daripada 4 soalan latihan nisbah setara tanpa bantuan guru.

Cara Penulisan Objektif Pembelajaran dan Kriteria Kejayaan

1. Hubung kaitkan Standard Pembelajaran (SP) dengan Objektif Pembelajaran (OP)

Objektif Pembelajaran mesti berpaksikan kepada Standard Pembelajaran (SP). SP menentukan aras taksonomi yang perlu dicapai oleh murid, manakala OP memperincikan hasil pembelajaran yang diharapkan pada akhir sesi.

  • Contoh SP: “Murid boleh menyenarai kepentingan reka bentuk dan teknologi.” -> Menunjukkan Aras 1 (Mengingat) dalam Taksonomi Bloom.
  • Saranan OP: OP boleh ditulis pada aras yang sama atau dinaikkan ke Aras 2 (Memahami) untuk memperkukuh kefahaman murid.
    • Formula OP “Siapa + Kata Kerja + Apa + Bagaimana”: “Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, [Murid] dapat/boleh [Kata Kerja Aras Taksonomi] + [Topik/Kandungan] + [Ukuran/Kriteria].”
    • Contoh OP (selaras dengan SP): Murid boleh menjelaskan kepentingan reka bentuk dan teknologi dalam kehidupan harian.

2. Hubung kaitkan Objektif Pembelajaran (OP) dengan Kriteria Kejayaan (KK)

OP memperincikan hasil pembelajaran yang diharapkan pada akhir sesi dan KK menjelaskan kualiti objektif pembelajaran yang ingin dicapai melalui pembuktian pencapaian murid.

Formula KK: [Murid] berjaya jika dapat/boleh [Kata Kerja/Tindakan] + [Bilangan/Kuantiti] + [Topik/Hasil] + [Ukuran/Kriteria] dengan [Tahap Ketepatan/Kualiti].”

Contoh KK (selaras dengan OP): Murid berjaya jika dapat/boleh menjelaskan lima (5) kepentingan reka bentuk dan teknologi dalam kehidupan harian dengan tepat/ tanpa bantuan guru.

Beberapa contoh Objektif Pembelajaran dan Kriteria Kejayaan mengikut Aras Taksonomi Kognitif Bloom

Aras 1: Mengingat (Remembering)

  • Objektif Pembelajaran (OP): Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dapat menyenaraikan alatan tangan yang digunakan dalam proses pembuatan projek yang dirancang.
  • Kriteria Kejayaan (KK): Murid berjaya jika dapat menyatakan sekurang-kurangnya 3 alatan tangan dengan fungsinya secara ringkas dengan tepat.

Aras 2: Memahami (Understanding)

  • Objektif Pembelajaran (OP): Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dapat menerangkan fungsi reka bentuk konvensional dan reka bentuk moden secara bertulis.
  • Kriteria Kejayaan (KK): Murid berjaya jika dapat menjelaskan 2 fungsi utama dari segi bahan dan teknologi yang digunakan dalam kedua-dua reka bentuk tersebut dengan jelas.

Aras 3: Mengaplikasi (Applying)

  • Objektif Pembelajaran (OP): Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dapat mengira ukuran satu lakaran perspektif satu titik lenyap bagi satu bongkah geometri mengikut teknik yang betul.
  • Kriteria Kejayaan (KK): Murid berjaya jika dapat mengira ukuran 1 lakaran perspektif yang mempunyai titik lenyap, garisan ufuk, dan garisan unjuran yang tepat.

Aras 4: Menganalisis (Analyzing)

  • Objektif Pembelajaran (OP): Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dapat membezakan komponen-komponen elektrik yang terdapat dalam sebuah litar berfungsi kepada bahagian-bahagian kecil.
  • Kriteria Kejayaan (KK): Murid berjaya jika dapat membezakan 4 komponen utama (sumber, suis, konduktor, beban) dalam gambar rajah litar dengan tepat.

Aras 5: Menilai (Evaluating)

  • Objektif Pembelajaran (OP): Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dapat membuat justifikasi pemilihan bahan kitar semula yang paling sesuai untuk membina model produk.
  • Kriteria Kejayaan (KK): Murid berjaya jika dapat memberikan 2 alasan yang munasabah (seperti kos, ketahanan, atau estetika) mengapa bahan tersebut dipilih berbanding bahan lain dengan jelas.

Aras 6: Mencipta (Creating)

  • Objektif Pembelajaran (OP): Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dapat mereka cipta satu gajet elektrik yang berfungsi menggunakan bahan kitar semula secara kreatif.
  • Kriteria Kejayaan (KK): Murid berjaya jika dapat membina 1 model gajet yang berfungsi sepenuhnya (lampu menyala/motor bergerak) dengan kemasan yang kemas.

Cara penulisan Penutup (RPH)

Menulis bahagian Penutup dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH) adalah sangat penting bagi memastikan murid keluar dari bilik darjah dengan pemahaman yang jelas dan motivasi yang tinggi. Berikut adalah panduan dan contoh bagaimana menggabungkan aspek Kognitif dan Sosial secara efektif:


1. Aspek Kognitif (Rumusan Kandungan)

Tujuannya adalah untuk mengukuhkan semula apa yang telah dipelajari dan menilai sama ada objektif pembelajaran tercapai.

  • Rumusan Guru: Guru merangkumkan isi-isi penting.
  • Sumbang Saran Murid: Murid memberikan semula poin-poin utama yang mereka ingat.
  • Peta I-Think: Menggunakan peta minda secara spontan di papan putih.
  • Soal Jawab: Guru bertanyakan soalan rawak (Cold Call) untuk menguji kefahaman.

2. Aspek Sosial (Peneguhan Positif/Negatif)

Tujuannya adalah untuk memberi maklum balas terhadap tingkah laku, usaha, dan kerjasama murid sepanjang sesi PdP.

  • Peneguhan Positif: Pujian, tepukan, atau pemberian bintang/mata bagi murid yang aktif dan berdisiplin.
  • Peneguhan Negatif: Teguran membina atau peringatan tentang disiplin (contoh: mengingatkan murid yang tidak menyiapkan tugasan supaya menyiapkannya sebagai kerja rumah).
  • Motivasi: Kata-kata semangat untuk sesi akan datang.

Contoh penulisan Penutup

Guru merangkumkan isi penting. Guru bertanyakan soalan imbuhan seperti: “Mengapa bangunan pencakar langit mempunyai tapak yang sangat luas?” untuk menguji kefahaman mendalam. Murid merumuskan bahawa faktor luas tapak dan ketinggian mempengaruhi kestabilan sesuatu binaan (Aspek kognitif). Guru memberi pujian kepada murid yang berjaya menjawab soalan imbuhan dan juga memberi pujian kepada kumpulan membina model paling stabil dan menunjukkan semangat kerja berpasukan yang tinggi. (Aspek sosial).

Dari contoh di atas, apabila guru memberikan pujian kepada kumpulan (aktiviti di Fasa Peneguhan Konsep), ianya memberikan pengiktirafan kepada murid dan juga mengaitkan murid dengan fasa yang telah dilaksanakan sebelum ini. Dengan membuat perkaitan ini, ianya dapat mengukuhkan ingatan murid dengan adanya tambahan perkaitan pengalaman dari satu fasa dengan fasa lain.

Cara penulisan Penilaian (Pentaksiran Formatif)

Fasa Penilaian (Pentaksiran Formatif) adalah fasa selepas fasa Peneguhan Konsep. Untuk menjadikan penulisan Penilaian (Pentaksiran Formatif) dalam RPH lebih profesional, sebaiknya menyentuh aspek berikut:

a. Aktiviti: Apa yang murid buat?

b. Tujuan: Apa yang ingin dinilai? (Objektif pembelajaran)

c. Tindakan Susulan: Apa yang guru buat selepas mendapat jawapan murid? (Inilah intipati pentaksiran formatif).

Penulisan Penilaian (Pentaksiran Formatif) yang umum seperti ” Kuiz bertulis (5 soalan)” adalah tidak memadai bagi menerangkan fasa Penilaian (Pentaksiran Formatif). Contoh lain: “Murid menjawab soalan kuiz Quizziz melalui platform padlet. Guru menilai tahap penguasaan murid.” mempunyai maklumat tambahan tentang apa yang guru lakukan tetapi masih boleh diperbaiki. Ianya tidak mempunyai penjelasan tindakan susulan guru selepas melaksanakan penilaian tahap penguasaan murid.

Contoh penulisan Penilaian (Pentaksiran Formatif)

Murid menjawab 5 soalan kuiz bertulis (Lampiran 1) dalam tempoh 5 minit (Apa yang murid buat). Guru menyemak jawapan murid secara rawak untuk mengenal pasti tahap penguasaan objektif pembelajaran (Tujuan). Murid yang salah diberikan bimbingan (remedi), manakala yang betul diberikan latihan pengayaan (Tindakan Susulan).

Cara penulisan Peneguhan Konsep

Fasa Peneguhan Konsep ialah fasa murid meneguhkan kefahaman mereka tentang konsep yang dipelajari melalui aktiviti pembelajaran selepas penerangan oleh guru di fasa Pengembangan Konsep. Oleh yang demikian, penulisan penerangan fasa ini perlu menonjolkan bagaimana aktiviti itu “mengunci” konsep. Aktiviti pembelajaran berkaitan dengan Peneguhan Konsep mestikan didasari oleh PAK21 dan teori pembelajaran seperti kognitivisme dan konstruktivisme. Oleh yang demikian penulisan penerangan Peneguhan Konsep perlu menitikberatkan elemen: kolaboratif, justifikasi danvisualisasi.

Penulisan Peneguhan Konsep bergantung kepada jenis aktiviti pembelajaran yang ingin dilaksanakan. Terdapat beberapa aktiviti pembelajaran yang boleh dilaksanakan bergantung kepada kesesuaian tajuk. Durasi: 7 minit

  1. Aktiviti Bersifat “Synthesis” (Sintesis)
    Murid tidak hanya menyebut fakta, tetapi menggabungkan fakta menjadi satu kesimpulan. Murid boleh menggunakan bahan tertentu ketika aktiviti dilaksanakan.

Saranan Penulisan: “Dengan menggunakan aktiviti Think-Pair-Share (elemen Kolaboratif), murid secara berpasangan (2-3 orang murid) mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk membina satu hujah sokongan mengapa bahan tertentu dipilih berdasarkan sifatnya (elemen Justifikasi). Hasil perbincangan dipersembahkan dalam bentuk Peta Pemikiran (Concept map) atau Lakaran Grafik (elemen visualisasi) di atas kertas lembaran kerja untuk memperkukuh perkaitan antara sifat fizikal bahan dengan fungsinya”

Saranan Penulisan: Murid diberikan satu projek kecil atau sampel bahan (cth: papan kayu) untuk diproses (elemen visualisasi). Berdasarkan lukisan projek, murid perlu memilih secara fizikal peralatan yang tepat di stor alatan (cth: memilih gergaji jig untuk memotong bentuk lengkung). Murid melakukan aktiviti memotong, membentuk, dan membuat kemasan pada bahan tersebut mengikut langkah kerja yang telah dipelajari. Murid menjelaskan pemilihan alatan kepada rakan sebaya tentang proses sesuatu memotong/membentuk/membuat kemasan (elemen Justifikasi dan kolaboratif).

  1. Aktiviti Bersifat “Peer-Teaching” (Bimbingan Rakan Sebaya yang melebihi 3 orang. Bilangan ahli: 4-5 orang)
    • Nota: Aktiviti bersifat “Peer-teaching” agak memakan masa. Sesuai digunakan bagi sesi PdPC berdurasi 60 minit. Fasa Peneguhan Konsep berdurasi 10-15 minit sekiranya PdPC berdurasi 60 minit.
      Ini adalah peneguhan paling kuat. Apabila murid menerangkan kepada rakan, konsep mereka sendiri menjadi lebih kukuh.

Saranan Penulisan: “Melalui aktiviti ‘One Stay, Three Stray’ (elemen Kolaboratif), murid yang tinggal di kumpulan bertindak sebagai pakar untuk meneguhkan kefahaman rakan menerusi rujukan Peta Pemikiran atau Infografik (elemen Visualisasi) yang telah dihasilkan. Pakar membentangkan hujahan sokongan (elemen Justifikasi) mengenai pemilihan bahan binaan yang paling lestari, manakala ahli kumpulan lain mencatatkan maklumat baharu pada nota mereka.“

  1. Aktiviti Bersifat “Comparison” (Perbandingan)
    Peneguhan berlaku apabila murid perlu membezakan dua perkara yang hampir sama.

Saranan Penulisan: “Melalui aktiviti ‘Table Talkers’ (elemen Kolaboratif), murid membandingkan kesan jangka panjang penggunaan plastik berbanding kayu menggunakan Kad Banding Beza (elemen Visualisasi). Murid membina justifikasi pemilihan bahan paling lestari berdasarkan impak alam sekitar sebelum merumuskan dapatan mereka kepada kelas (elemen Justifikasi)”.

Nota: Table talkers memerlukan penyediaan Kad Table Talkers (kad arahan/soalan) untuk diletakkan di tengah meja setiap kumpulan. Ianya boleh dilaksanakan dalam ruangan yang terhad dan tidak memerlukan pergerakan murid. Ianya sesuai bagi tajuk yang memerlukan murid membuat pembandingan. Oleh yang demikian, kad arahan boleh disesuaikan seperti berikut:

Kad A (Ciri): “Bandingkan ketahanan kayu dan plastik terhadap cuaca.”

Kad B (Impak): “Antara kayu dan plastik, yang mana lebih sukar dilupuskan?”

Kad C (Justifikasi): “Bina satu hujah mengapa plastik dianggap kurang lestari walaupun ia tahan lama.”

Tips tambahan:

  1. Elakkan penulisan Peneguhan Konsep yang bersifat umum seperti “Murid berbincang dalam kumpulan tentang bahan lestari dan membentangkan hasil kerja untuk peneguhan konsep“.
  2. Pastikan penulisan Peneguhan Konsep mempunyai elemen ini: Kolaboratif (ciri PAK 21), Justifikasi (murid perlu memberikan penerangan yang menunjukkan kefahaman mereka), dan Visualisasi (murid menunjukkan bukti maujud kefahaman mereka. Lembaran kerja boleh digunakan bagi tujuan ini).
  3. Contoh penulisan Peneguhan Konsep yang mempunyai ketiga elemen tersebut:
    • Murid melakukan aktiviti membuat keputusan (‘Decision Making’) dalam kumpulan untuk memilih satu bahan binaan yang paling seimbang dari segi kekuatan dan kelestarian (elemen Kolaboratif). Setiap kumpulan mempertahankan (defend) pilihan mereka dalam sesi perbincangan kelas, manakala guru memberikan maklum balas segera untuk membetulkan sebarang salah faham sifat bahan (elemen Justifikasi). Murid melengkapkan Peta Pemikiran di atas kertas Mahjung sebagai bukti pengukuhan kaitan antara Ciri Bahan -> Fungsi -> Impak Alam Sekitar (elemen Visualisasi)

Cara penulisan Pengembangan Konsep

Penulisan pengembangan konsep dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH) adalah fasa kritikal di mana guru membina pemahaman murid daripada asas kepada tahap yang lebih mendalam. Pengembangan konsep berlaku selepas set induksi dalam tempoh 8-10 minit bagi sesi PdPC berjangka masa 30 minit.

Berikut adalah elemen-elemen utama yang perlu dititikberatkan untuk memastikan konsep tersebut disampaikan dengan berkesan:


1. Pemeringkatan Idea (Scaffolding)

Konsep tidak boleh diberikan sekaligus. Ia perlu disusun mengikut hirarki kognitif:

  • Konkrit ke Abstrak: Mulakan dengan bahan bantu mengajar (BBM) yang boleh disentuh sebelum beralih kepada teori.
  • Mudah ke Kompleks: Pastikan murid menguasai sub-topik A sebelum diperkenalkan kepada sub-topik B.
  • Pengetahuan Sedia Ada: Kaitkan konsep baharu dengan apa yang telah mereka pelajari sebelum ini.

2. Kepelbagaian Strategi & Kaedah

Jangan hanya bergantung pada syarahan (chalk and talk). Pertimbangkan:

  • Inkuiri Penemuan: Biar murid mencari jawapan melalui eksperimen atau simulasi.
  • Pembelajaran Kooperatif: Gunakan struktur teknik pembelajaran aktif seperti Think-Pair-Share atau Gallery Walk untuk mengembangkan idea melalui perbincangan rakan sebaya sama ada secara berpasangan atau berkumpulan (mengikut kesesuaian)
  • Penyelesaian Masalah: Berikan senario dunia sebenar yang memerlukan aplikasi konsep tersebut.

3. Penggunaan Analogi dan Contoh

Konsep yang sukar akan lebih mudah difahami jika dipadankan dengan situasi harian dengan penggunaan analogi atau contoh/bukan contoh.

  • Analogi: Contohnya, menerangkan pengaliran arus elektrik seperti pengaliran air dalam paip.
  • Contoh & Bukan Contoh: Tunjukkan apa itu “Jahitan” (contoh maujud kain dengan jahitan berbeza ) dan apa itu “Sulaman” (contoh maujud sulaman) untuk memperincikan sempadan konsep antara jahitan dan sulaman.

4. Integrasi KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi)

Sediakan soalan-soalan yang mencabar pemikiran murid semasa konsep dikembangkan:

  • Gunakan kata kerja seperti Menganalisis, Menilai, dan Mencipta.
  • Sediakan soalan “Bagaimana jika…” atau “Mengapa…” untuk menggalakkan penaakulan logik.

5. Penggunaan Bahan Bantu Belajar (BBB) yang Relevan

Pastikan bahan yang digunakan membantu visualisasi konsep:

  • Peta Pemikiran (i-Think): Gunakan Peta Buih atau Peta Pokok untuk menstrukturkan maklumat.
  • Teknologi: Integrasi simulasi digital, video pendek, atau aplikasi interaktif (seperti Wayground atau Padlet) untuk mengukuhkan kefahaman.

6. Pentaksiran Formatif (Check for Understanding)

Guru perlu menyemak kefahaman murid semasa proses pengembangan konsep sedang berlaku walaupun ada fasa khas untuk penilaian (pentaksiran formatif) selepas fasa peneguhan konsep. Guru boleh menggunakan teknik penyoalan bagi mendapatkan maklum balas dengan segera ketika fasa pengembangan konsep.

  • Teknik Penyoalan: Gunakan teknik no-hands-up atau papan putih mini untuk melihat maklum balas serta-merta.
  • Maklum Balas Segera: Betulkan miskonsepsi (salah faham) dengan serta-merta sebelum beralih ke langkah seterusnya.

Contoh penulisan pengembangan konsep berdurasi 10 minit:

Nota: Perhatikan pembahagian penerangan berdasarkan aturan tertentu: penerangan berstruktur -> visualisasi proses -> demonstrasi & interaksi

Penerangan Berstruktur (Visual & Perbandingan):

  • Guru memaparkan slaid interaktif yang membandingkan ciri-ciri kayu, keluli, konkrit, dan bata dari segi kekuatan dan kegunaan dalam industri pembinaan (3 minit).
  • Murid mencatatkan perbezaan utama dalam Peta Pokok (i-Think) ringkas berdasarkan penerangan guru.

Visualisasi Proses (Tayangan Video):

  • Guru menayangkan video berdurasi 2 minit mengenai Ujian Penurunan Konkrit (Slump Test) untuk memberi gambaran sebenar tentang kebolehkerjaan (workability) konkrit di tapak bina.
  • Sambil menonton, guru memberikan ulasan (voice-over) tentang kepentingan nisbah air dan simen bagi mengelakkan kegagalan struktur.

Demonstrasi & Interaksi (Pemerhatian Dekat):

  • Guru menunjukkan bahan maujud (sampel bata dan potongan keluli) untuk dirasai tekstur dan beratnya oleh murid (pembelajaran kinestetik). Durasi: 5 minit
  • Guru melakukan demonstrasi ringkas ujian penurunan menggunakan set model mini untuk menunjukkan perbezaan antara konkrit yang terlalu cair, terlalu pekat, dan ideal. Guru menyoal murid ketika demonstrasi dilaksanakan bagi memastikan tiada salah konsep berlaku (salah konsep = misconception).

Cara penulisan Set Induksi

Penulisan Set Induksi dalam RPH bagi sekolah menengah perlu mempunyai elemen “kejutan” atau relevansi yang kuat kerana murid di sekolah menengah dalam fasa remaja cenderung untuk hilang fokus jika permulaan kelas terasa terlalu akademik atau mendatar.

Set induksi yang berkesan biasanya berdurasi 3 hingga 5 minit dan bertujuan untuk membina ketersediaan mental murid. Ada beberapa teknik yang guru boleh gunakan untuk menarik minat murid ketika fasa set induksi.

1. Teknik “Demonstrasi atau Bahan Maujud”

Gunakan objek fizikal yang boleh disentuh atau dilihat di depan kelas.

  • Contoh (Tajuk 1.4 Peralatan Lukisan):“Guru menunjukkan sebatang pensel kayu yang tumpul dan sebatang pensel mekanikal 0.5mm. Guru meminta seorang murid melukis satu garisan halus menggunakan kedua-duanya di papan putih. Guru bertanyakan murid, ‘Antara kedua-dua garisan ini, yang manakah memenuhi kriteria lukisan kejuruteraan yang jitu?'”

2. Teknik “Analogi atau Perbandingan”

Mengaitkan topik pelajaran dengan situasi yang dekat dengan jiwa remaja.

  • Contoh (Tajuk 1.1 Pengenalan Lukisan Kejuruteraan):“Guru memaparkan dua gambar: Sebuah lukisan pemandangan (seni) dan sebuah pelan mekanikal enjin (teknikal). Guru meminta murid membezakan tujuan kedua-dua lukisan tersebut. Guru merumuskan bahawa jika lukisan seni adalah untuk perasaan, lukisan kejuruteraan adalah ‘bahasa’ untuk membina dunia.”

3. Teknik “Video Pendek atau Visual Isu Semasa”

Menggunakan klip video untuk mencetuskan rasa ingin tahu (curiosity).

  • Contoh (Tajuk 1.8 Lakaran):“Guru menayangkan video time-lapse seorang jurutera kereta terkemuka sedang membuat lakaran awal (freehand sketch) model kereta terbaru di atas sekeping kertas. Guru bertanyakan murid, ‘Mengapa lakaran bebas masih penting walaupun kita sudah ada perisian komputer yang canggih?'”

4. Teknik “Simulasi atau Aktiviti Ringkas”

Melibatkan pergerakan atau cabaran fizikal yang cepat.

  • Contoh (Tajuk 1.6 Penghurufan):“Guru memberikan nota ringkas yang ditulis dengan tulisan tangan yang sangat cakar ayam kepada murid. Murid diminta membaca nota tersebut dalam masa 10 saat. Guru bertanyakan, ‘Adakah maklumat sampai dengan tepat?’ Guru mengaitkan kepentingan tulisan teknik (penghurufan) yang seragam agar tiada ralat dalam pembinaan.”
  • Contoh (Tajuk 2.1 Teknologi Pembuatan): “Guru melukis corak bunga yang rumit pada kertas dan meminta murid mengukur masa yang diperlukan untuk lukisan tersebut. Guru menggunakan “cop” (stamping) siap cetak lukisan corak bunga yang sama di kertas dan meminta murid mengukur masa yang diperlukan untuk mengecop lukisan bunga tersebut”

Tips tambahan:

Bagi penulisan set induksi, guru juga boleh menulis penerangan set induksi dengan membahagikan kepada beberapa langkah seperti di bawah:

1. Guru memaparkan gambar bangunan yang runtuh akibat kesilapan tafsiran simbol pada pelan.

2. Murid diminta memberikan pendapat tentang punca kegagalan tersebut.

3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan kepentingan Piawaian (ISO) dalam Lukisan Kejuruteraan.

Getting 5 marks for e-content materials

It is a bit cliché to say that “Just do your best to create teaching materials for your class”. Well, everybody aims that but the real thing is, how far we are engaging students in learning process with the materials that we give or with the instruction that we give?

I never get full marks. That is the fact. But I never aim to get full marks when I create or craft my teaching materials for my students. It is just that when people ask me about “how to get 5 marks” for ELPPT bonus, I feel sad because I could not help them much in this thing.

But nevertheless, even though it is stated that the materials should be interactive yada yada yada, I do not know what it means. I am a bit slow in this but for this semester, one of the experiments that I do to improve my teaching is to use Padlet as a platform for students to showcase their presentation as well as discuss about the topic of presentation using asynchronous mode since some of them have to share devices and there are many of them have internet accessibility issues.

This is the example from one of my classes – CLICK. This is not considered as e-content.

Why does it not being considered as e-content?

ONE: Padlet is only used as a platform to collect and share students’ assignment. There is no interaction UNLESS we give an EXTRA instruction in which they have to give feedback on each assignment which is showcased in the Padlet. I did not do that. So, it is not considered as e-content.

TWO: The instruction given is too generic. You have to be more detail in giving the instruction. How to do this? First, think about “What is the thing that you want to accomplish – Is it students’ interaction? Is it just sharing information? Second, use simple, compact and concise wording. This is the most challenging part, for me personally. I am struggling with this. What I normally do is, I will brainstorm with another colleague how to rephrase the instruction. Sometimes, to have another person to brainstorm ideas is better than doing it alone. I am blessed to have such colleagues around me even though there are just a handful of them. Well, they are the best. It is most important. Quality. Not quantity.

Poster… poster….

I gave my students an assignment to create an infographic poster.   Wow… I am really impressed with them.  They use Adobe, Canva and so many other apps and software.  Me?  I only know how to use Canva but those who have seen my posters, they know that I need to improve and upgrade my skills and techniques.  I have a long way to go.  Indeed.

These students?  They belong to a different league.  It is hard to choose which the best.  I have my favorite though (tongue in cheek remark).  But I let them to vote two posters (not their own).  The criteria of evaluation: 1) accuracy of information, 2) interesting design/color, 3) attractive (the Wow factor).

Here are the posters (not rank into any specific order):

The last round robin activity for this semester

It is never my intention to torture my students with Round Robin activity this semester which I conducted more than twice.  But, the thing is they are future teachers.  I hope through experiential learning, they would remember how they go through the process of this activity.  Hope they would store the information in procedural memory and episodic memory (there are steps involved that they have to go through i.e. relate to procedural memory as well as event where they go through i.e. related to the activity itself).

 

Please ignore the way they dress. After all, they are TEASLIAN. As you can see, they might have resemblance with LA lecturers too who teach them. An example of modelling (social learning) by Bandura in action. Indeed